Pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong berkata pihaknya telah menulis kepada kedua-dua Pornthip and Dr Peter Vanezis melaui surat dan juga e-mail, tetapi masih belum mendapatkan jawapan.
Katanya, setiausaha suruhanjaya itu, Saripuddin Kasim hanya berjaya menghubungi setiausaha Pornthip melaui telefon.
"Ia tidak berakhir setakat itu... Kita akan menulis kepada Kedutaan Thailand dan minta Pornthip beri keterangan," katanya sambil menambah perkara yang sama dilakukan bagi mendapatkan Vanezis.
Penyiasat persendirian
Pornthip dan Vanezis adalah pakar patologi yang dibawa memberi keteranagn pada inkues bagi menentukan punca kematian pembantu politik DAP itu.
Porrnthip mengejutkan negara apabila beliau berkata Teoh kemungkinan dicekik dan kematiannya bukan akibat jatuh dari sebuah tingkap pada tingkat 14, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, Shah Alam.
Mayatnya dijumpai pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat 5. Koroner membuat penghakiman terbuka dengan memutuskan kematiannya bukan kerana bunuh diri ataupun dibunuh.
Foong juga mengumumkan suruhanjaya berkenaan akan melantik penyiasat persendirian menjelang esok bagi menyemak bukti-bukti yang dikemukakan.
Namun, beliau tidak menamakan identiti penyiasat persendirian itu.
SMS didedah
Mengenai perkara yang sama, Chris Leong, yaang bertindak bagi pihak Majlis Peguam memaklumkan kepada suruhanjaya itu bahawa mereka telah menghubungi polis Hong Kong bagi memohon bantuan mereka sebagai penyiasat persendirian.
Mengenai data yang diperolehi dari telefon Teoh, Foong (kiri) berkata pihaknya akan mendapatkan kerjasama syarikat telekomunikasi, Digi bagi membekalkan rekod penuh termasuk panggilan dan SMS yang telah dipadamkan dari akaunnya.
Seorang jurubahasa Cina juga dibawa hari ini bagi menterjemahkan mesej yang dijumpai pada telefon Teoh.
Siasatan akan bersambung dengan Leong meneruskan soalannya ke atas saksi kelapan, Inspektor Mohd Zaidi Abu Hassan, yang membina laporan data yang diperolehi daripada telefon Teoh.
0 comments:
Post a Comment