Bandaraya Alor Setar Makin Naik Airnya.. Banjir Makin Buruk

ALOR SETAR: Keadaan banjir di Kedah bertambah buruk dengan jumlah mereka yang dipindahkan kini meningkat kepada 39,785 orang dan hampir semua kawasan di bandar raya ini kini dinaiki air.

Sehingga 4 petang ini, kira-kira 80 peratus kawasan di bandar raya Alor Setar telah digenangi air. Jumlah penduduk yang dipindahkan di daerah Kota Setar dan Pendang menunjukkan peningkatan manakala Kubang Pasu masih sama dan daerah Padang Terap serta Pokok Sena menunjukkan penurunan.
Di Kota Setar, jumlah mangsa banjir kini 16,376 orang daripada 4,047 keluarga, di Pendang 244 orang daripada 62 keluarga, di Kubang Pasu 21,111 orang membabitkan 5,740 keluarga, di Padang Terap berkurangan kepada 354 orang daripada 92 keluarga dan daerah Pokok Sena 1,738 orang melibatkan 307 keluarga.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, sehingga kini, 100 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 50 adalah di Kubang Pasu, lapan di Padang Terap, 34 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.

Beliau berkata, keadaan di Padang Terap semakin pulih apabila 303 orang daripada 112 keluarga dibenar pulang ke rumah masing-masing manakala di Pokok Sena 29 orang daripada enam keluarga dibenarkan pulang.

Tinjauan di sekitar bandar raya Alor Setar mendapati sudah 80 peratus kawasan digenangi air manakala banyak jalan tidak dapat dilalui kenderaan ringan berikutan air yang naik secara mendadak.
Beberapa premis penting termasuk bangunan kerajaan, agensi kerajaan dan pusat membeli-belah telah mula dimasuki air menyebabkan kedai terbabit terpaksa menutup operasi lebih awal.

Beberapa kenderaan ringan yang cuba melalui jalan yang terjejas tersangkut menyebabkan kenderaan lain terpaksa mencari jalan alternatif.

Tinjauan di sekitar pekan Jitra di daerah Kubang Pasu pula mendapati keadaan banjir semakin surut dan ada kawasan yang telah pulih sepenuhnya, namun mangsa masih belum boleh pulang ke rumah masing-masing kerana keadaan terlalu kotor.

Akibat banjir yang melanda sejak 1 November lalu, daerah berkenaan juga terputus hubungan dengan daerah Kota Setar apabila jalan-jalan utama iaitu jalan Hutan Kampung-Alor Setar dan Kepala Batas-Alor Setar ditenggelami air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Sementara itu, tujuh jalan di Kota Setar ditutup untuk semua kenderaan manakala 21 jalan di tiga daerah ditutup kepada kenderaan ringan.

Jalan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah di Kota Setar iaitu Jalan Hutan Kampung-Kepala batas; Jalan Langgar-Simpang Hutan Kampung; Jalan Sultanah; Jalan Alor Setar-Kangar; Jalan Alor Setar-Kepala Batas; Jalan Alor Janggus-Gunung Keriang; dan Jalan Gunung Keriang-Sungai Korok.

Jalan-jalan yang dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan ialah di Kota Setar iaitu Jalan Kuala Sungai-Sungai Baru; Jalan Alor Setar-Kepala Batas; Jalan Tambang Badak; Jalan Stadium; Lebuhraya Sultanah Bahiyah; Jalan Langgar-Pendang; Jalan Alor Setar-Pokok Sena; Jalan Alor Setar-Pokok Sena-Kuala Nerang; Jalan Pantai Johor-Gunung Keriang; dan Jalan Suka Menanti-Gunung Keriang.

Di daerah Kubang Pasu pula ialah Jalan Titi Besi-Kampung Pasu; Jalan Jitra-Kelubi; Jalan Tunjang-Kampung Teluk Malik-Kampung Naga; Jalan Jitra-Sungai Korok; Jalan Kepala Batas-Kemuning; Jalan Tanah Merah-Wang Tepus; Jalan Batu 9 Jitra-Alor Rambai-Kepala Batas dan Jalan Alor Mengkudu-Tok Keling.

Di Pokok Sena ialah Jalan Lengkuas-Kampung Derang; Batu 11 Jalan Pokok Sena; dan Jalan Bukit Payung-Kampung Cina.

Inilah Punca PAS Kalah Dengan BN Di Galas....

PAS mendakwa, antara sebab kekalahannya dalam pilihan raya kecil DUN Galas ialah masalah akses kepada masyarakat Orang Asli.

Ia menjadi penyebab merosotnya sehingga 13 peratus di enam kawasan Orang Asli tersebut.

Di kawasan majoriti Melayu, PAS kehilangan sehingga 8 peratus, lebih tinggi daripada yang dijangka sebelumnya.

Pengundi Melayu mewakili sebanyak 60 peratus daripada jumlah penduduk di situ.

Oleh sebab itu, kehilangan undi sebanyak 8 peratus memberi makna yang besar kepada PAS, menurut penasihat jenteranya Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

PAS hanya dapat mengekalkan pengaruhnya di Sungai Terah, itupun dengan majoriti yang rendah.

Di kawasan pengundi Cina, sokongan masyarakat berkenaan juga nampaknya berkurangan berbanding 52 peratus pada Mac 2008.

Faktor kemenangan BN, diakui sendiri oleh pengarah jenteranya Tengku Razaleigh Hamzah, antaranya adalah hasil pendekatan baru yang dianjurkannya dalam kempen kali ini.

Tiada rapat umum yang besar dijalankan BN, dan ia juga lebih aktif menggunakan media baru, termasuk salah satu media rasminyaUmno Online.

Kemenangan itu akan meningkatkan moral jentera BN dalam memenangi semula negeri Kelantan.

Dalam menghadapi gelombang ini, PAS perlu bersiap sedia.

Barisan pemimpinnya, khususnya di Kelantan perlu dipersiapkan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini.

PAS perlu meneliti faktor-faktor yang memberi kesan kepada pengundi luar dan pengundi muda ini.

Apakah isu-isu melibatkan pemimpinnya sendiri yang menjejaskan sokongan golongan ini?

Sekitar Demo Bantahan Roboh Surau di Bukit Katil, Ahli PAS Ditahan Polis












Demo membantah kezaliman kerajaan Melaka untuk merobohkan surau dan masjid di hadapan Masjid Kg Bukit Katil selepas solat Jumaat tadi berakhir dengan seorang ahli PAS ditangkap Polis.

Azhar Abdullah dari Kg Ku Sayang telah ditangkap polis semasa demonstrasi sedang berlangsung. Demo yang berlangsung hanya kira-kira 10 minit itu telah dihalang oleh Polis apabila mereka cuba menangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sedik.

Ustaz Kamaruddin telah dipegang oleh Polis tetapi beberapa pimpinan Dewan Pemuda dan Ahli PAS Kawasan Bukit Katil menarik Ustaz Kamaruddin masuk ke kedai cendol kepunyaan Hj Hedzir Abdul Rahman. Pihak Polis kemudian cuba masuk ke kedai tersebut untuk menangkap Ustaz Kamaruddin tetapi dihalang oleh Hj Hedzir yang menyatakan itu premis persendirian dan Polis dihalang dari masuk ke kedainya.

Seterusnya ahli-ahli PAS membuat benteng manusia dan meminta Polis bersurai dan tidak membuat sebarang tangkapan.

Sementara itu Azhar telah dibawa ke Balai Polis Bukit Baru untuk soal siasat dan dibebaskan kira-kira jam 3.45 petang.Beliau yang ditangkap bersama anaknya berumur 9 tahun disambut oleh Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab dan Abdul Latif Deris.

Azhar menyatakan tangkapan itu hanyalah untuk menakutkan ahli PAS supaya tidak berdemo pada masa akan datang kerana tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh beliau.

Kira-kira 300 orang menyertai demo pada hari ini yang merupakan kali ketiga ianya dilakukan.

Kira-kira 80 Polis termasuk FRU dan SB turut membazirkan duit rakyat mengganggu demo hari ini.

Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab dalam kenyataannya sebentar tadi kesal dengan tindakan pihak Polis yang jelas tunduk bersekongkol dengan kezaliman kerajaan BN.

"Sepatutnya Polis bertindak professional tidak mengganggu bantahan aman yang dilaksanakan oleh rakyat".

"Kita hanya berhimpun secara aman dalam masa tidak sampai pun 40 minit untuk menyatakan bantahan kepada kezaliman kerajaan. Sepatutnya pihak Polis bukannya bertindak menangkap rakyat sebaliknya tugas mereka ialah menjaga lalu lintas dan memastikan tiada kekecohan semasa bantahan, tetapi malangnya Polis yang buat kecoh" tegas Yusof.






Gambar : Azhar, anaknya dan Cikgu Yusof serta Latif sebaik dibebaskan di Balai Polis Bukit Baru.






SUMBER

Dr Muhammad Nur Manuty Bidas Bekas Mufti Agar Lebih Berhati2...

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Seorang lagi pemimpin senior Parti Keadilan Rakyat (PKR) membidas bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan mempertikaikan motif beliau menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada politik.

“Persoalannya sekarang, kenapa beliau diminta berundur,” kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR Dr Muhammad Nur Manuty dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas beliau, Asri (gambar) sepatutnya menasihatkan kepemimpinan Umno BN yang memerintah kerajaan persekutuan terlebih dahulu.

Ini kerana kata Muhammad Nur Manuty, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak berupaya mengangkat martabat rakyat serta menangani kemiskinan tegar rakyat, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan turut dianggapnya gagal menangani masalah rasuah yang semakin membarah, gejala sosial, belanjawan negara yang defisit - yang umumnya menjejaskan imej negara di mata dunia serta tidak menarik minat pelabur asing untuk melabur di Malaysia.

Asri juga menjadi sasaran kecaman pemimpin-pemimpin PKR muda kelmarin dengan menyifatkannya sebagai sesuatu yang bukan realistik dan menegaskan kepimpinan Anwar masih diperlukan.

Mereka juga mendakwa kenyataan itu bertujuan melindungi ‘nyawa politik’ dinosaur-dinosaur Umno-BN.

Bagaimanapun respons Asri kelmarin menegaskan bahawa beliau turut mengaku bahawa beliau pernah menasihatkan ‘dinosaur politik’ dalam Umno supaya bersara daripada ‘politik’.

“Pandangan saya yang tajam dan terbuka kepada Umno (dan) BN itu sebenarnya lebih banyak, saya pernah minta dinosaur politik dalam Umno supaya bersara awal untuk memberi laluan kepada muka-muka baru,” kata Asri dalam kenyataan balasnya itu.

Nasihat Asri turut dianggap seakan menafikan aspirasi rakyat, iaitu Anwar merupakan pemimpin de facto bagi Pakatan Rakyat yang mampu menggantikan Umno BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Namun menurut Asri sendiri, konotasi ‘bersara’ yang ditujukan kepada Anwar bukan bermakna mahu Anwar wajar meninggalkan perjuangan rakyat serta Pakatan Rakyat sepenuhnya.

Beliau turut menafikan dakwaan umum bahawa nasihatnya kepada Anwar ekoran Anwar disabitkan meliwat bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekarang.

Tuntas dari tindakan Asri itu, Muhammad Nur menyuarakan rasa bimbang bahawa rakyat akan menolak ketokohan Asri kelak.

“Seruan Dr Asri pada hakikatnya adalah manifestasi suara ketakutan pimpinan negara terhadap fenomena kebangkitan rakyat,” kata beliau.

“Sebagai seorang ilmuan Muslim sewajarnya beliau patut lebih berhati-hati dalam memberi pandangan supaya tidak menjejaskan kredibiliti dan kewibawaannya sehingga menyebabkan audien hilang hormat,” tambah beliau.

Menurut Muhammad Nur, pendirian Asri menerusi artikel blog bertajuk “Politik Kita Memerlukan Anjakan Baru” tidak sedikitpun memeranjatkan dirinya.

“Serangan-serangan peribadi pelbagai bentuk dan pendekatan terhadap DSAI bukanlah sesuatu yang memeranjatkan,” ujar Muhammad Nur.

Muhammad Nur juga menambah, Asri bertindak demikian seakan bertujuan untuk mempertahan status quonya sebagai pensyarah USM.

“Mereka yang mahu mempertahankan status quo akan menggunakan pelbagai kaedah tidak bermoral semata-mata mahu menjejaskan kredibiliti beliau,” ujarnya.

Malah kenyataan Asri itu, menurut beliau, mungkin disebabkan umum melihat keupayaan Anwar yang juga Ketua Pembangkang dan Penasihat PKR mampu membawa perubahan di tanah air.

“Hal ini berlaku kerana beliau (Anwar) dilihat sebagai pemimpin yang berupaya membawa perubahan ke atas sistem pemerintahan negara.

“Adalah jelas bahawa Datuk Seri Anwar mempunyai kewibawaan dan keupayaan membina muafakat politik nasional dengan pewujudan gagasan Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada Barisan yang dilihat semakin hilang relavansinya dalam realiti politik negara masa kini,” ujarnya lagi.

Muhammad Nur juga berkata kayu ukur yang digunakan oleh Asri sebenarnya turut boleh dipertikaikan.

Katanya, keberkesanan kepemimpinan seseorang itu tidak boleh diukur dari segi usia semata-mata.

“Hakikatnya kepemimpinan itu hendaklah dilihat dari segi karisma, amanah, keberanian, kegigihan dalam perjuangan menegakkan keadilan, kebenaran dan kesejahteraan rakyat, mengenepikan kepentingan peribadi dan keluarga, kesediaan berkorban, memiliki kebijaksanaan (hikmah) dan ketahanan fizikal,” ujarnya.

Perwatakan Anwar sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat, menurut Muhammad Nur, menyebabkan Anwar diiktiraf dan dihormati oleh kawan mahupun lawan di dalam dan luar negara.

Tambahnya lagi, Anwar wajar terus memimpin Pakatan Rakyat kerana kepemimpinan Anwar sejak zaman beliau lagi terserlah komitmed memperjuangkan hak rakyat.

PM Najib Teruis Ditahan Di Wad HKL Untuk Banyak Hari Lagi.... Moga Cepat Sembuh...

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini malam tadi untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi bahawa
endoskopi telah dilakukan ke atas Najib dan ia menunjukkan ulser dan gastritis
ringan.

"Beliau telah mula diberi rawatan dan keadaannya beransur baik," kata Dr
Mohd Ismail, dan menambah perdana menteri dijangka berada di hospital beberapa
hari lagi.

-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.