Inilah Puncanya Lagenda Rock Malaya Sertai UMNO... Jom Terjah!!!

Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai Umno kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara. "Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya," kata Amy, 54, kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno bersama Mus May atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini. Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, beliau berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem. "Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulamak. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja," katanya. Sementara itu, Mus, 44, berkata beliau menyertai Umno selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah. "Umno sudah matang dan sudah lama memerintah negara... Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia,"katanya. Bagi Ibnor Riza, 51, beliau telah lama bercadang untuk menyertai Umno setelah sedar akan kemampuan parti itu dalam memberi masa depan yang cerah, khususnya kepada pembangunan negara. Borang mereka diterima Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh, dan ketiga-tiga artis akan menjadi anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang. Ab Rauf berkata Umno sentiasa menyokong langkah penggiat seni tanah air menyertai parti itu, dan mereka boleh bertindak sebagai duta Umno. "Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga Umno," katanya. Kini terdapat 43 anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah. -Bernama

Panas Berapi!! Pelakon Jelita Neelofa Bergambar Di Majalah Hanya Pakai Singlet Berlampu... Fuhhh Panas Bro, Jom Terjah...

Inilah baju yang Neelofa pakai untuk majalah Cosmopolitan edisi Jun 2012 akan bersinar seperti lampu sekiranya keadaan gelap.

cosmo neelofa
Jangan lupa untuk mendapatkan majalah Cosmopolitan Jun 2012 sekiranya anda peminat Neelofa.Kalau bukan peminat pun rasanya tak salah untuk membeli kerana banyak info lain yang boleh didapati daripada majalah ini. Tak gitu

Berapi Sesangat: Harga Plat Kenderaan WWW 1 Yang Bernilai Lebih RM 1/2 Juta Menjadi Isu Di Media Maya.. Jom Terjah!!!



Dalam kehangatan isu no. plat WWW 1 nampaknya DS Nizar Jamaluddin telah mengeluarkan kenyataan berkaitan di Twitter. Kenyataannya agak panas, namun ada kebenarannya. Sesetengah pihak melihat isu ini diibaratkan menghantar bola tanggung  kepada blogger dan media United Malays National Organisatioan (Umno).

Sebenarnya itulah tugas blogger dan pencacai United Malays National Organisatioan (Umno) sentiasa mencari isu untuk di spin sepuas-puasnya, betul tak betul itu lain cerita.. 

Video Hot!! Ulama Muda UMNO Bedal Berapi PM Haji Najib Dan Hajjah Rosmah


Kehadiran artis seksi dari Korea di program Hari Belia menunjukkan kerajaan kini ketandusan idea untuk menarik sokongan golongan muda sehingga sanggup menganjurkan "program maksiat," menurut Dewan Pemuda PAS.


Ketua penerangan sayap parti itu, Riduan Mohd Nor berkata, persembahan oleh kumpulan artis "seksi" itu "tidak lebih daripada usaha untuk menyuburkan kemungkaran di kalangan generasi muda," katanya dalam satu kenyataan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.