Terkini: Rusuhan Berkumpulan Di Sungai Petani.. Ini Perkembangannya.. Jom Terjah!!!



Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata kira-kira pukul 9 hingga pukul 10 malam tadi, polis menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin bahawa berlaku rusuhan kaum di daerah Kuala Muda.
SUNGAI PETANI: Polis Kedah memberi amaran keras agar khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah Kuala Muda yang disebarkan menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS), dihentikan serta-merta.
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata kira-kira pukul 9 hingga pukul 10 malam Selasa, polis menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin bahawa berlaku rusuhan kaum di daerah Kuala Muda.
"Kita ingin maklumkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa berita yang tersiar dalam Facebook, Twitter dan SMS itu tidak betul dan palsu, hakikatnya keadaan di Kuala Muda adalah aman dan tenteram. Tiada kematian atau kecederaan serius yang berlaku.

Panas Berapai:Gambar2 Lebih 20 Ribu Rakyat Kedah Demostransi Membantah Projek Tebang Balak Depan Wisma Darul Aman.. Jom Terjah..



Kira-kira 20,000 orang ahli perkasa dan ahli pemuda umno buat demontrasi depan wisma, desak henti tebang balak......

Demo ini sehingga tak terkawal oleh polis dek kerana terlalu ramai orang buat demo....sehinggakan kereta pun terpaksa parking je akibat jalanraya sesak dgn kelibat peserta demo..

 Adakah Demo bantahan nie disebab kroni masuk tender tapi tak dapat konsesi balak ke?? (zaman BN dulu mana ada tender-2 balak ni, men bagi je kat kroni..)

he he he sajer je tanya... 




Kira-kira 20 ribu (20.000 orang) Pemuda Kedah berhimpun di tempat letak kereta Wisma Darul Aman membantah projek pembalakan yang dijalankan di negeri ini sekarang.

Menurut Ketua Pemudanya yang juga merupakan orang kuat Khairy Jamaludin iaitu Encik Badrul Hisyam Hashim, akibat kegiatan pembalakan maka banyak sungai-sungai tercemar. Bagimanapun beliau terlupa untuk menyebut bahawa sungai-sungai tu dah tercemar sejak zaman BN memerintah Kedah lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.