18SX: Artis Ini, Walaupun Tidak Terkenal Kini Telah Bikin Kontroversi Dengan Pakaian Yang Benar2 MengAIBkan....

Isu baju seksi yang disebarkan melalui beberapa laman blog semalam melemparkan satu kontroversi kepada seorang penyanyi baru yang dikenali sebagai Amanda Imani, 20. Kontroversi ini sedikit sebanyak menyentakkan hati gadis remaja ini yang terkenal dengan bakat nyanyian berentak jazz.
Menurut Amanda, insiden tersebut berlaku di luar dugaannya kerana gaun yang digayakan perlu bersesuaian dengan tema malam resepsi Norman Hakim & Memey Suhaiza, iaitu Manhattan New York.
“Baju rekaan Wan Huzairil itu sebenarnya mengikut tema malam resepsi Norman Hakim & Memey Suhaiza.It’s a close red carpet event. Kebanyakan selebriti yang hadir pun turut mengayakan fesyen yang lebih kurang sama. Jadi, saya memang terkejut apabila fesyen yang saya gayakan menjadi perhatian pula,” kata Amanda memulakan sesi perbualan dengan OHBULAN!
Mengakui dirinya orang baru, Amanda tidak berniat untuk menimbulkan sebarang kontroversi atau publisiti.
“Saya tiada niat nak timbulkan kontroversi. Niat saya pada malam itu adalah sebagai seorang penyanyi profesional yang ingin menghiburkan hadirin. Saya mendendangkan 2 buah lagu sebagai hadiah buat pasangan berkenaan, iaitu lagu I Turn To You – Christina Aguilera & A Love That Will Last – Renee Olstead. Saya hadir untuk buat kerja sahaja.”
Amanda turut menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa dirinya memang gemar berpakaian seksi.
“Ramai lagi orang yang pakai lebih seksi daripada saya. Saya rasa pakaian itu lebih modest berbanding yang lain.
“Sebelum ini pun, saya pernah menerima teguran yang sama walaupun pakaian itu bertutup. Mungkin, bentuk tubuh kurniaan tuhan ini yang membuatkan saya kelihatan seksi di mata orang ramai,” ujar Amanda lagi.
Amanda turut menolak pendapat orang ramai mengenai personalitinya yang seakan sama dengan seorang selebriti muda tanah air.
“Kami berdua mempunyai personaliti berlainan. Dia seorang pelakon, manakala saya seorang penyanyi. Masing-masing mempunyai tuntutan kerja yang berbeza.”
Pada masa yang sama, Amanda menjelaskan dia tidak akan berpakaian keterlaluan & terlampau seksi di masa depan.
“Saya tak akan pakai gaun yang keterlaluan sehingga menampak bahagian yang tidak sepatutnya. Saya perlu menjaga hati keluarga juga. Andai kata kalau ada acara yang mengikut tema, saya akan lebih berhati-hati selepas ini.”
“Saya meminta maaf andai kata ada pihak yang terguris dengan cara pemakaian ini. Saya harap pihak berkenaan dapat memberikan kritikan yang membina agar saya dapat perbaiki diri ini di masa akan datang,” kata Amanda Imani mengakhiri temubual bersama OHBULAN!
Gambar Penyanyi Amanda Imani Melaram Seksi di ABP 2010.

Amanda Imani

Amanda Imani

Inilah Risalah Tentang Isu Pembaziran Isteri PM Najib Untuk Hidup Dengan Gaya Termewah

Risalah kecil ini menerangkan isu-isu pembaziran yang melibatkan Rosmah Mansor yang menggayakan hidup mewah.

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengedarkan risalah buku kecil minggu depan mengenai pembaziran dan kemewahan melampau khususnya mengenai dakwaan cincin berlian bernilai RM24.45 juta yang dipakai oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard berkata, risalah kecil ini menerangkan isu-isu pembaziran yang melibatkan Rosmah yang menggayakan hidup mewah.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini berikutan jawapan bertulis daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen DAP-Segambut di Parlimen semalam, Nazri berkata pihak Jabatan Kastam mengesahkan tiada urusan jual beli berlaku dan cincin tersebut telah dikembalikan kepada tuan punya.

CheguBard yang juga Ketua PKR Cabang Rembau menyifatkan jawapan tersebut hanya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak menuduh tetapi dengan kewujudan bukti dan pembelaan puak pengampu yang menambah kecelaruan fakta maka lebih menuntut Rosmah untuk tampil memberi penjelasan, bukan hanya menyatakan “itu semua fitnah dan mereka dengki dengan saya”.

“Ketika rakyat sedang bergelut dengan pelbagai tekanan hidup, khususnya kelompok pekerja muda yang sedang membina kerjaya dan keluarga, kesombongan dan imej mewah Rosmah yang cuba menyamar sebagai wanita pertama negara seperti mencurah garam ke luka rakyat.

“Itu belum lagi mengambil kira gelang tangan bernilai RM1.65 juta yang ada gambar dipakai oleh Rosmah dari syarikat yang sama mengeluarkan cincin. Kini terpulang pada rakyat untuk menilainya,” ujar beliau.

Gempar!!! Rumahtangga Artis Ning Baizura Bergolak, Suaminya Jalin Hubungan Sulit Dengan Perempuan Cina? Jom Terjah...

Menarik berita hari ini. Masakan pokok bergoyang jika tiada anginnya. Gosip rumahtangga Ning Baizura bergolak apabila suaminya menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan Cina yang difahamkan setiausahanya.
Walaubagaimanapun, Ning menafikan gosip tersebut sambil menjelaskan suaminya kini sudah berhenti bekerja kerana mempunyai kerjaya seni sepenuh masa.
GAMBAR NING BAIZURA KAHWIN - TEMA BIRU

Video: Majlis Perjumpaan Rakan Maya MB Kedah - Tahniah MBku Atas Anjuran Majlis Ini, Moga Diadakan Selalu....


Visits Facebook Video Embed Tools



Jadikan medan alam siber sebagai alat menyebarkan maklumat membina, bernas, berkongsi-kongsi pandangan dan bukannya sebagai alat untuk mempromosikan perpecahan.

Demikian antara ucapan Menteri Besar, YAB Dato’Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sempena Majlis Perjumpaan Rakan Maya Menteri Besar di Dewan Seri Mentaloon di sini.

“Media baru seperti Face Book, twitter dan blog-blog ini merupakan satu medan alternatif yang digunakan oleh rakyat untuk mengetahui atau menyampaikan sesuatu maklumat yang setengahnya tidak disebarkan oleh media arus perdana.

“Kerajaan negeri sendiri memerlukan medan alternatif seperti ini dan bantuan dari rakan-rakan maya untuk bersama-sama menyampaikan maklumat terutama mengenai perkembangan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat,” jelasnya.

Kata beliau lagi, peranan rakan-rakan maya ini sangat penting dan bermakna terutama melahirkan kesedaran rakyat kepada kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah sekarang. Mereka bekerja tanpa diberi upah dan menjadi agen menangkis fitnah atau serangan-serangan liar yang tidak berasas serta mengambil peranan memberi maklumat yang betul.

“Bagi saya, apa sahaja fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan negeri ianya tidak memberi kesan apa-apa kepada saya kerana saya yakin rakyat boleh menilai dan melihat sendiri serta mampu membezakan pentadbiran dulu dengan sekarang.

Di samping itu, beliau turut menasihati agar setiap komen yang diutarakan mestilah beretika, menggunakan bahasa yang baik, tidak menggunakan kata-kata kesat dan sebagainya.

“Orang akan menilai setiap apa yang kita utarakan. Kalau kita menulis dengan cara berakhlak, orang lain boleh menilai diri kita. Jangan kita samakan diri kita dengan orang yang tidak matang terutama di media massa milik kerajaan pusat, beritanya berat sebelah dan tidak demokrasi,” terangnya.

Beliau juga mengingatkan agar budaya ‘syok sendiri’ dikikis. Setiap pandangan yang diutarakan mestilah mengambil kira kesan untuk jangka masa pendek dan panjang.
“Kita rasa puas bila tulis bagi orang lain sakit hati tapi kita lupa ianya secara tidak langsung mendatangkan kesan terhadap kita balik. Seharusnya kita perlu ada kelainan agar setiap komen kita bermutu dan bernilai.

“Guna konsep advertisement (pengiklanan), cerita yang baik sahaja sebab rakyat sekarang tidak suka kepada kerajaan serta pemimpin yang tidak bermutu dan tiada nilai,” tambahnya beliau lagi.

Beliau mengharapkan kejayaan kerajaan negeri disebarkan memandangnya berita-berita seumpama itu tidak disebarkan di media massa milik kerajaan pusat. Antara kejayaan kerajaan negeri seperti di bidang pertanian dan pendidikan perlu disebarkan agar rakyat tahu apa peranan kerajaan negeri dalam membantu rakyat.

“Sebarkan fakta bukan fitnah. Tidak perlu puji saya. Bila saya dilantik menjadi Menteri Besar, saya milik semua rakyat Kedah dan saya akan berusaha menjadi pemimpin yang benar-benar boleh melindungi rakyat negerinya,” tegasnya.

Dikesempatan itu, beliau memaklumkan masih ramai lagi rakan maya yang belum mendapat pengesahan dari beliau, ini kerana beliau masih baru di bidang tersebut.

“Cuma saya rasa hairan bila mendapat tahu ada sms nakal dari orang yang tidak bertanggungjawab, yang kononnya saya sekarang ‘stroke’. Walhalnya saya sihat. Bukan sekadar boleh berdiri dan berucap di hadapan ini malah kalau hendak ajak saya bermain sepak raga pun saya boleh,” katanya berseloroh sambil disambut dengan tepukan oleh hadirin.

Majlis yang berlangsung selama hampir 3 jam itu dihadiri kira-kira 300 rakan-rakan maya beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.