Gambar2 Hari Ini: Saman Kerajaan Kelantan Terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Dagang KL


Kerajaan negeri Kelantan, dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, telah memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.

Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan.

Nik Aziz yang diiringi oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob dan exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan, menyaksikan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur pagi ini. Turut hadir ialah bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramlli.

Peguam kanan Tommy Thomas mewakili kerajaan Kelantan.

Notis sepanjang 47 halaman itu antara lainnya menuntut:

1. Pelaksanaan spesifik perjanjian petroleum Kelantan.

2. Siasatan dijalankan ke atas Petronas untuk membuat pendedahan penuh berhubung fakta berkaitan bayaran tunai yang perlu dibayar kepada Kelantan.

3. Perintah supaya semua tunggakan bayaran tunai dilunaskan dalam tempoh sebulan daripada perintah mahkamah.

4. Gantirugi beserta kos dan faedah ke atas jumlah yang diperintahkan dibayar.

5. Relief lain dan juga kebebasan untuk memohon.

Anggota polis bertindak mengawal keadaan di kawasan komplek mahkamah sejak awal pagi ini.

Pertikaian berlarutan

Isu royalti minyak yang berlanjutan selama ini, timbul semula sewaktu kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai tahun lalu.

Ini diikuti dengan tindakan kerajaan pusat pula menyiarkan beberapa dalam akhbar berbahasa
Melayu, menyatakan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak kerana ia telah menerima "wang ehsan" sebanyak RM20 juta.

Hujah berkenaan bagaimanapun disangkal oleh bekas naib presiden Umno dan juga bekas pengerusi Petronas Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkannya sebagai "menghina kebijaksanaan" rakyat Kelantan.

Saman pemula hari ini merupakan rentetan daripada tindakan kerajaan pimpinan PAS Kelantan pada Mac lalu melantik Tengku Razaleigh sebagai wakil perunding negeri itu untuk menuntut royalti minyak daripada kerajaan pusat.

Kelantan didakwa berhak menerima bayaran royalti minyak antara RM850 juta hingga RM1bilion untuk pengeluaran di pelantar minyak yang terletak sejauh 170 kilometer dari perairan Kelantan.

Husam sebelum ini berkata bayaran tersebut perlu dibuat mengikut Akta Petroleum 1974 yang membolehkan negeri menerima royalti minyak sebanyak lima peratus daripada hasil perolehan petroleum.

Selepas sahaja saman itu difailkan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama hampir kesemua ahli exco kerajaan negeri serta seramai 200 penyokong mengadakan sembayang hajat di Masjid Wilayah Persekutuan berhampiran.

Dalam kenyataan ringkas kepada media selepas itu, Nik Aziz berkata beliau sebagai ketua kerajaan negeri perlu menjaga kehormatan harta kerajaan negeri Kelantan

Presiden Karyawan Ditampar Dalam Mesyuarat Tergempar



Freddie Fernandez (kiri) dan Ahmad Abdullah menunjukkan salinan laporan polis mengenai insiden dipukul oleh sekumpulan lelaki yang tak dikenali di pekarangan Finas, Ulu Klang, semalam.


KUALA LUMPUR 29 Ogos - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang diharap dapat menyelesaikan kemelut dalaman persatuan seni itu sebaliknya berakhir dengan adegan pergaduhan umpama dalam filem.

AGM yang sepatutnya berlangsung hari ini terpaksa dibatalkan berikutan pergaduhan yang berpunca daripada bantahan sekumpulan 50 orang yang didakwa Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez sebagai orang luar.

Seorang kakitangan Karyawan, Ahmad Abdullah berkata, dia ditumbuk oleh seorang daripada kumpulan terbabit sehingga jatuh terduduk.

Menurut Ahmad, pada mulanya dia hanya ingin menghalang kumpulan itu daripada menyerang Freddie namun tindakannya itu membuatkan kumpulan terbabit naik angin sehingga berlaku pergaduhan.

"Tumbukan itu membuatkan saya jatuh terduduk. Kumpulan seramai 50 orang berbadan sasa itu bertindak di luar kawalan sehingga berlaku kekecohan sebelum mesyuarat itu berlangsung," katanya ketika ditemui di pekarangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Hulu Klang dekat sini hari ini.

Freddie turut menjadi mangsa apabila dia ditampar oleh salah seorang daripada kumpulan terbabit.

Bagaimanapun, Freddie enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu sebaliknya hanya menyifatkan tindakan kumpulan itu sebagai samseng.

Sebelum bermulanya mesyuarat tahunan yang dijadualkan berlangsung pada pukul 3 petang itu, Karyawan terlebih dahulu membuat laporan polis kerana mendapat maklumat awal mengatakan akan berlaku kekecohan.

Menurut Freddie, laporan itu akan dijadikan sebagai rujukan dan kemungkinan membuat laporan susulan berkaitan insiden itu.

"Ketika mesyuarat ingin dimulakan, kami meminta agar kumpulan tersebut keluar dari dewan kerana mereka bukannya ahli Karyawan tetapi mereka enggan sebaliknya menimbulkan kekecohan," ujarnya.

Freddie kemudian terus meninggalkan tempat kejadian sebelum datang semula dua jam selepas itu untuk memberi kenyataan kepada wartawan yang hadir.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya setakat ini hanya menerima satu laporan tentang berlaku tolak-menolak antara ahli Karyawan yang dibuat petang tadi.

"Kita masih menunggu laporan daripada pihak lain termasuk Datuk Freddie yang difahamkan akan membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati secepat mungkin.

"Selepas menerima laporan berkenaan baru kita akan mula melakukan siasatan," katanya ketika dihubungi malam ini.

Bekas Menteri Penerangan Makin Kuat Merapu-Rapu? Tuduhan Yang AmatMelampau...

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Pas yang kini dilihat mengambil pendekatan liberalisme dalam mencari sokongan politik sebenarnya sebuah parti ekstrem yang pernah meminta bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina tempatan selepas tragedi 13 Mei 1969.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin ketika mendedahkan perkara itu berkata, parti berkenaan juga pernah menyokong Indonesia mengambil alih pemerintahan negara dan menangkap para pemimpin tempatan semasa era konfrontasi dengan negara jiran tersebut.

Justeru, kata beliau, tindakan itu mencerminkan Pas merupakan sebuah pertubuhan politik bersifat perkauman berasaskan ekstremisme kepada Islam yang bertentangan dengan ajaran agama berkenaan.

"Ini permainan politik mereka. Mana ada mahu laksanakan hukum hudud sedangkan seorang wanita yang bogel dan terdedah di khalayak walhal berjawatan Ahli Dewan Undangan Negeri telah diterima oleh Nik Aziz sebagai satu keharusan, skandal dan sebagainya.

"Bagaimana Pas boleh sesuaikan diri dengan aspek tidak bermoral begini?" soalnya dalam wawancara eksklusif dengan UMNO-online.com yang disiarkan portal itu hari ini.

Selain menyelar Pas, Zainuddin menyifatkan kerjasama parti itu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini penuh dengan kepura-puraan dalam mewujudkan kerjasama politik antara pakatan pembangkang.

Beliau memberitahu, UMNO telah menentang keras pendirian ekstrem Pas itu dan mendedahkan ketaksuban parti itu dalam hal keagamaan seperti kenyataan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang pernah 'mengkafirkan' ahli-ahli UMNO.

"Selepas pendedahan ini, kita jadikan mereka (Pas) lebih beradab dan bersopan. Mengapa sekarang mereka nak menuduh kita (UMNO) perkauman sedangkan kita sudah biasa buat penyesuaian melalui perpaduan Cina, Melayu, India dan kaum lain dengan lebih besar," tegasnya.

Justeru, katanya, UMNO bukan baru hari ini percaya kepada konsep liberalisme tetapi bersifat liberal sejak awal penubuhan negara lagi.

Mengenai DAP pula, katanya, parti itu yang kononnya mahu mencontohi PAP di Singapura tidak mampu berbuat demikian kerana PAP mengambil tindakan terhadap mana-mana ahlinya yang didapati terlibat dalam salah laku moral.

"Menterinya (Singapura) yang terlibat akan dibuang dan jika diketahui rasuah, ada yang belum bicara lagi sudah bunuh diri. Bagaimana pula dengan DAP?" soalnya.

Baginya, PKR pula adalah sebuah parti yang hanya mahukan kuasa dengan kegilaan tersebut berkisar ke arah perjuangan seorang individu sahaja.

"PKR parti yang belum matang di peringkat bawah dengan perjuangan yang tidak berprinsip iaitu cuba menyesuaikan diri dengan DAP apabila bersama parti itu dan menukarkan watak apabila bersama dengan Pas.

"Asal saja ia memberi pulangan kepada pemimpin atasannya untuk naik ke atas," tegasnya.

Ustaz Kazim Elias - ARTIS MALAYSIA 4

Bunuh Tunang Sendiri Akhirnya ke Tali Gantung

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas seorang lelaki kerana didapati bersalah membunuh tunangnya, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Zamani A Rahim, membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh, Raja Saiful Nizam Raja Ali, 27, dituduh melakukan kesalahan itu pada 29 Ogos 2006, jam antara 12.01 tengah malam hingga 4 pagi di lereng bukit Tanjung Jaga, Yan dengan sengaja melakukan pembunuhan menyebabkan kematian Rohayu Kasa, 28.

Dia didakwa mengikut seksyen 302 kanun keseksaan yang mana jika sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Ridha Abdah Subri, manakala tertuduh diwakili G Ravishankar.

Suasana mahkamah menjadi sebak apabila ahli keluarga tertuduh yang hadir menangis dan berpelukan sebaik hukuman dijatuhkan.

Tertuduh yang berkemeja kuning dan berseluar gelap bagaimanapun kelihatan tenang.

Geng 12 Boleh Merayu Kepada J/K Disiplin..

Dua belas anggota PKR Sabah yang digantung daripada parti kerana dikatakan terlibat dalam rancangan menubuhkan sebuah parti baru masih boleh merayu kepada jawatankuasa disiplin PKR, kata Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini disebabkan 12 anggota terbabit menarik balik cadangan itu dan tidak melancarkan parti yang telah mereka tubuhkan.

"Saya harap mereka akan menerimanya secara jujur dan saya juga meminta kepimpinan parti supaya tidak merumitkan perkara ini.

"Kami perlu memberi mereka peluang untuk merayu. Ini hanyalah satu prosedur," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perhubungan PKR Sabah di Kinarut semalam.

Anggota terbabit dikatakan telah membuat permohonan kepada pendaftar pertubuhan untuk mendaftarkan Parti Cinta Sabah pada Disember lalu ekoran rasa tidak puas hati naib presiden PKR Datuk Jeffrey Kitingan terhadap campurtangan kepimpinan pusat dalam urusan PKR di Sabah.

- Bernama

Isteri PM Najib Rosmah Patut Memohon Maaf.... Lihatlah Gambar2 Ini..


Gambar2 KM Menteri Bersama Di Majlis Berbuka Puasa Di Masjid Tmn Tun Sardon... Hebat Sungguh, Moga Doa Khatib Adik Mufti Dimakbul Allah SWT.

1. KM Lim Guan Eng di majlis berbuka puasa di Masjid Tmn Tun Sardon, Gelugor, Penang, bersama YB Rayer, Ustz,Shobri Arshad, Tn Hj Ali.










2. Ketua Menteri bersama rakyat di halaman surau di Permatang Tok Jaya dan markas di Penaga dalam program "Bantuan fakir miskin dan majlis berbuka puasa".
















3. Majlis berbuka puasa dan penyampaian hamper Raya kepada penduduk di halaman Surau Kampong Jawa, Butterworth.











4. Ketua Menteri bersama MP Yusmadi, Datuk Speaker, pegawai penyelaras Halil dan lain-lain pegawai di masjid di Permatang Pasir. KM Lim sempat mengedarkan hamper Hari Raya untuk keluarga fakir miskin.









Tak Ada Masalah Dinar Emas dan Dirham perak Untuk Disimpan - Timb. Menteri

Kerajaan pusat tiada masalah jika dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan Kelantan hanya untuk disimpan bukan bagi diniaga di pasaran terbuka, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

Beliau berkata kerajaan pusat akan menentangnya jika kerajaan negeri cuba menggunakan kedua-duanya sebagai mata wang kerana ia menyalahi peraturan Bank Negara Malaysia dan boleh menganiyai orang ramai selain peniaga.

"Selain mudah ditipu dengan dinar emas palsu bahan logam itu juga nilai harganya turun naik setiap saat di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang zakat kepada fakir miskin di Dewan Haji Hussin, Perupuk di Bachok, hari ini.

Seramai 1,000 fakir miskin di kawasan dewan undangan negeri Perupuk masing-masing menerima wang zakat sebanyak RM70 sumbangan institusi kewangan kerajaan termasuk Bank Simpanan Nasional (BSN), UDA Holding Sdn.Bhd dan Bank Rakyat.

Sebelum ini kerajaan negeri memperkenalkan dinar dan dirham itu sebagai transaksi yang akan digunakan lebih 100 peniaga termasuk sebagai gaji kepada kakitangan kerajaan Kelantan.

Awang Adek yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan mengakui beliau pernah menerbitkan dinar emas menerusi sebuah syarikat yang diterajui sebagai simpanan bukan untuk diniaga seperti yang didakwa.

Beliau mencabar kerajaan negeri agar menunjukkan bukti jumlah penggunaan dalam tempoh empat bulan akan datang jika benar dakwaan ia mendapat sambutan daripada pelbagai pihak selepas diperkenalkan.

"Saya tidak fikir penggunaannya melebihi RM1 bilion dalam tempoh berkenaan," katanya.

- Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.