BERASAP!! Video Ini Dedahkan Calon BN Bagi Parlimen Shah Alam Bakal Kalah Teruk.. Jom Terjah!!



ZULKIFLI Noordin (kanan) menunjukkan isyarat bagus ketika menerima watikah calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis pengumuman nama calon di Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam

KUALA LUMPUR 16 April - Bekas Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin yang dicalonkan untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di Parlimen Shah Alam menyeru semua calon baharu agar bekerja kuat bagi memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

BERAPI!!! Telah Berhabis RM2.5 Juta Untuk Dipilih Sebagai Calon.. Namun Tidak Terpilih, Mereka sepakat Memilih PR.. Jom Terjah!!!

WANGSA MAJU: MCA Wangsa Maju bersama kira-kira 120 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wangsa Maju memutuskan memboikot Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berikutan Datuk Yew Teong Look tidak dicalonkan di kerusi Parlimen Wangsa Maju.

Perkara tersebut disuarakan selepas mesyuarat tergempar bersama MCA dan wakil-wakil NGO Wangsa Maju setelah mengetahui Teong Look tidak dicalonkan, semalam, lapor Sinar Harian.


Umno mengumumkan meletakkan calonnya, Shafei Abdullah sebagai calon BN di Wangsa Maju. Dalam pilihan raya lalu, calon BN dari MCA, Datuk Yew Teong Look  kalah di tangan calon PKR, Wee Choo Keong. Wee Choo Keong kemudiannya meninggalkan PKR dan menjadi anggota Parlimen bebas.

PANAS BERAPI!!! Pasir Mas Bakal Dimenangi PAS Bila Pertandingan 3 Penjuru... Ibrahim Ali Bakal Kalah, Jom Terjah!!


Ibrahim Ali kecewa diketepikan BNKOTA BHARU: Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kecewa kerana tidak diberikan laluan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding atas tiket parti itu bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.

Katanya, beliau akan tetap mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas.

Jelas Ibrahim, beliau kecewa kerana tidak diberikan alasan kenapa beliau tidak boleh jadi calon BN sedangkan naib presidennya, Zulkifli Noordin dicalonkan oleh BN bagi kerusi Parlimen Shah Alam.

PANAS!! MB Kedah Bakal Menentang Sepupu Sendiri Di DUN Sg Limau



ALOR SETAR 16 April - Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Ir. Fadzilah Mohd. Ali, 55, yang dijangka menentang Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga sepupunya berharap pengundi memberi peluang kepadanya untuk menjadi wakil rakyat mereka di kerusi berkenaan.

Terkini!!! Inilah Senarai Calon2 Barisan Nasional Yang Akan Bertanding Di DUN Dan Parlimen di Negeri Kedah.. Jom Terjah!!





ALOR SETAR 16 April - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan seorang doktor muda berusia 35 tahun, Dr. Zaki Zamani Abd. Rashid dikhabarkan antara muka baharu yang akan membawa cabaran Barisan Nasional (BN) Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.


Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan UMNO Kedah dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen Jerai manakala Dr. Zaki yang merupakan Naib Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah berkemungkinan dicalonkan untuk kerusi Kuala Kedah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.