ALOR SETAR - Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan sekitar
bandaraya pada Jumaat, adalah berpunca daripada turunan hujan yang lebat dalam
tempoh singkat, mengakibatkan beberapa tempat di kawasan perbandaran tidak
dapat menampung jumlah air untuk dialirkan keluar.
Dalam suatu kenyataan dikeluarkan Pejabat Pengurus Besar Lembaga
Kemajuan Pertanian Muda (Mada), memaklumkan, keadaan itu kemungkinan bertambah
buruk akibat daripada keadaan saliran setempat yang tidak berfungsi pada tahap
optimum.