Skandal Mega Membabitkan PM Najib? Sebalik Tabir Kebenarannya...

Dari Raja Petra Kamaruddin

Selama lebih kurang 10 tahun dan setelah melalui pemerintahan tiga Perdana Menteri termasuk yang ada sekarang, kontrak untuk landasan berkembar keretapi elektrik dari Gemas ke Johor Bahru masih tidak menentu. Meskipun telah dipersetujui oleh Pemimpin China dan tiga Perdana Menteri, yang kemudiannya disahkan dengan penganugerahan ‘Letter of Intent’ kepada China Railways Engineering Corporation (CREC), kerajaan menariknya kembali.

Sebaliknya Najib sekarang ingin menganugerahkan kontrak kepada China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) pula, CHEC ialah sebuah syarikat yang sedang membangunkan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang melonjakkan kosnya dari RM1 Billion menjadi RM4.5 Billion dan sekarang menjadi RM22 Billion.

Individu disebalik semua ini ialah Tan Kay Hock, teman sepermainan golf Najib. Beliau adalah perantara perjanjian atas nama CHEC.

Pihak China mengatakan bahawa Tan Kay Hock menuntut RM500 juta daripada CHEC dan dia mengatakan kepada mereka bahawa RM200 juta bagi keluarga Najib. Dan ini telah membuat pihak China merasa gusar kerana hukuman bagi pemberi dan penerima rasuah di Negara China ialah mati, pelaku rasuah itu akan ditembak dikepala dan kos bagi peluru yang digunakan untuk menembak mereka akan dibebankan kepada keluarga perasuah tersebut.

Ketika kerajaan China menawarkan pinjaman kepada kerajaan Malaysia untuk membina landasan keretapi elektrik berkembar dari Gemas ke JB mereka telah menamakan bahawa kontraktor bagi projek tersebut ialah CREC. CREC merupakan salah satu kontraktor terbesar untuk kereta api elektrik sementara CHEC tidak pernah membina biarpun satu kilometer landasan keretapi elektrik.

Letter of Intent telah diberikan kepada CREC. Sekarang kerajaan mahu membatalkan Letter of Intent tersebut dan mengeluarkan’ Letter of Intent ‘ yang baru kepada CHEC. Tetapi ‘ Letter of Intent ‘ yang akan dikeluarkan untuk CHEC itu memerlukan mereka membayar RM500 Juta yang mana menurut Kay Hock RM200 Juta dari jumlah itu akan dibayar kepada keluarga Perdana Menteri Malaysia.

Ini bukan sahaja melanggar syarat-syarat pinjaman dari Kerajaan China kerana CREC merupakan syarikat yang berpengalaman dalam membina landasan keretapi elektrik bukannya CHEC, sebuah syarikat yang telah terlibat dalam pembangunan Jambatan Pulau Pinang Kedua, ditambahpula dengan pengeluaran atau pembatalan Letter of Intent untuk CREC dan yang baru dikeluarkan untuk CHEC, dengan RM500 juta tambahan, ianya meletakkan kerajaan China di tempat yang tidak pasti dengan risiko ditembak mati dikepala bagi mereka yang bersetuju untuk meluluskan bayaran.

Pihak Cina juga tertanya-tanya apakah perlu mengambil risiko untuk membayar RM500 Juta yang telah dituntut oleh Kay Hock itu, jika ‘Letter of Intent’ untuk CREC boleh ditarik balik setelah dianugerahkan, apakah jaminan bahawa ‘Letter of Intent’ yang baru untuk CHEC tidak akan ditarik setelah mereka membayar RM500 juta?

Pihak China sangat berhati-hati setelah menyedari bahawa Vincent Tan juga telah menerima Surat Kelulusan bagi lesen judi bolasepaknya yang telah ditandatangani oleh Timbalan Menteri Kewangan. Namun, setelah ia membayar RM170 juta 'bawah meja', Najib menyangkal di Parlimen bahawa Vincent Tan telah diberi lesen tersebut dan selanjutnya Surat Kelulusan ditarik.

Disini KTM telah digunakan sebagai sumber pendapatan Najib yang baru.. Perjanjian pembelian Kepala Keretapi Elektrik pula dikatakan melibatkan Rosmah Mansor, Mumtaz Jaafar (Emak angkat Saiful Bukhari Azlan) dan Cindy (Isteri Desmond Lim). Desmond telah menangani perjanjian dimana KTM perlu membayar RM1.4 Billion untuk Kepala Keretapi elektrik yang tidak dapat berfungsi. Menurut KTM nilai bagi setiap Kepala Keretapi Elektrik tersebut tidak melebihi RM300 Juta.

Kisah ini menjadi lebih menarik bila Najib dan Rosmah menjadi tetamu kepada Jho Low untuk bercuti di Monaco, yang telah memberitahu kepada semua orang yang kapal layar itu milik Putera Qatar malangnya akhirnya telah terdedah bahawa Jho Low telah menyewa kapal layar tersebut dengan harga Euro 90,000 sehari bagi membolehkan Najib dan Rosmah beramah mesra dengan bintang-bintang Hollywood.

Please continue yours reading HERE

Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati Dibunuh Dan Dibakar, Kejamnya Manusia....





KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.

Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.


*******************


KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam. Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib. Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.

Motif pembunuhan belum dapat dipastikan. Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang. Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu. Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.

Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu. Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya. Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.

Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.(Kosmo Online/AK)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.