Terkini: MB Ku Dinasihatkan Berehat Di Hospital - Mesyuarat Exco Akan Diadakan Di Hospital... Jom Terjah!!!

Saya telah menziarahi YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak semalam di Kedah Medical Centre, Alor Setar.

Saya telah berbual dengan beliau dan juga berbincang dengan doktor yang merawat beliau.


Buat masa sekarang, beliau dinasihatkan doktor agar berehat di hospital untuk mempastikannya mendapat rehat yang cukup, makan ubat dengan teratur dan tidak memakan makanan yang tidak sesuai untuk kesihatan beliau.


Doktor mendapati Ustaz Azizan keletihan akibat terlalu banyak menyertai pelbagai program sepanjang bulan puasa yang lalu.


Doktor berpendapat beliau perlu berehat di hospital buat masa ini dan mendapat pengawasan doktor dan tidak membuat kerja yang terlalu berat tetapi boleh mempengerusi mesyuarat-mesyuarat penting.


Untuk itu, saya diberitahu MB akan memanggil  mesyuarat Exco dalam waktu yang terdekat dan atas nasihat doktor, ia adakan di hospital.


Sehubungan dengan itu, rakyat Kedah dan ahli-ahli PAS tidak perlu bimbang dengan hal ini.



Dato' Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS


| harakah 

Alhamdulillah : Tahniah!!! Inilah Wajah Cahaya Mata Terbaru Ustaz Azhar Idrus.. Jom Terjah!!!

Penceramah bebas yang popular masa kini, Ustaz Azhar Idrus baru sahaja menimang cahaya mata yang terbaru pada 29 Ogos 2012. 

Beliau telah berkongsikan gamabar bayi lelakinya di fanpage-nya.

 

[Gambar & Video] Puluhan Ribu Berpakaian Kuning Sambut Detik Kemerdekaan.. Jom Terjah!!!


Puluhan ribu sambut detik Kemerdekaan 

(Orang ramai berbaju kuning di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka)

KUALA LUMPUR:
Puluhan ribu berhimpun dalam perhimpunan Janji Bersih dan ambang Kemerdekaan di perkarangan DBKL, Kuala Lumpur dan juga di Stadium Shah Alam

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Datuk A Samad Said, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Salleh dan lain-lain pemimpin Pakatan berada di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka.

 



Di Stadium Shah Alam pula, para pemimpin Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sana.


"Semangat kemerdekaan tidak berhenti dengan perarakan sahaja tetapi harus mampu menimbulkan kecintaan kepada negara.


Terkini!!! Himpunan Janji Demokrasi Malam Ini Langgar Akta : PDRM, Tapi Pesta Bikini Ni Boleh La Pulak.. Jom Terjah!!!


Gabungan Janji tetap anjur Janji Demokrasi 30 Ogos
Hishamuddin Rais dan Raja Retnam ketika menjawab 
soalan wartawan pada sidang media di Kuala Lumpur.

SHAH ALAM – Polis hari ini menegaskan, perhimpunan Gabungan Janji Demokrasi yang hendak diadakan di Dataran Merdeka malam ini, menjelang sambutan Hari Kemerdekaan esok, bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad berkata, ia melanggar akta itu kerana gagal memberi pemberitahuan, tidak memperoleh persetujuan daripada pemunya Dataran Merdeka iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan akan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut Hari Kemerdekaan esok.


Zainuddin memaklumkan pendirian polis itu menerusi satu surat bertarikh hari ini, yang dialamatkan kepda Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji Demokrasi, Maria Chin Abdullah.

"Saya ingin memaklumkan bahawa perhimpunan Gabungan Janji Demokrasi yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos (hari ini) antara jam 10 malam dan 12 tengah malam, adalah satu perhimpunan yang bertentangan dengan undang-undang (Akta Perhimpunan Aman)," katanya.


Bagaimanapun surat itu tidak menyebut tindakan bakal diambil pihak polis jika penganjur meneruskan rancangan mereka.

Tahap Kesihatan MB Kedah: Tiada Keperluan Wujud Jawatan Timbalan Menteri Besar.. Jom Terjah!!!


Phahrolrazi Zawawi
Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi
 
ALOR SETAR - Belum ada perbincangan dibuat untuk meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan seorang timbalan menteri besar dilantik sekiranya Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengalami masalah kesihatan serius.

Exco Kerajaan Negeri yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, setakat ini perkara itu tidak pernah berbangkit ekoran tidak pernah dicadangkan oleh mana-mana pihak.


“Buat masa ini, tiada cadangan ke arah itu (lantikan), walaupun Kedah berdepan situasi sama seperti tahun lalu apabila Azizan berehat panjang selepas menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN),” katanya.


Utusan Diperintah Bayar Gantirugi Pada DS Nizar Saman Isu WWW1... Lepas Nie TV3 La Pulak.. Jom Terjah!!!

Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutari hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut.

NONESehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.

"Kita kena kemuka taksiran kerana saman ini kita tak tentukan berapa yang kita hendak," katanya ketika dihubungi.  

Mohammad Nizar pula ketika dihubungi berkata, ketidakhadiran peguam Utusan hari ini menunjukkan akhbar tersebut tidak dapat membela laporan yang didakwa memfitnahnya itu.

"Mereka tak hantar peguam, melambangkan mereka tak boleh bela diri mereka," katanya lagi. 

Mohammad Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.

Sementara itu, satu lagi saman Mohammad Nizar berhubung kes serupa ke atas stesen penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan diputuskan pada 19 September, kata seorang lagi peguamnya, Mohd Fitri Asmuni.

"TV3 baru kemuka pembelaan. Jadi kita beri jawapan dan pada masa sama, mahkamah minta TV3 cadang penyelesaian (dengan Mohamad Nizar)," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, TV3 mengemukakan pembelaan pada 22 Ogos lalu untuk kes yang didengar di hadapan hakim Datin Yeoh Wee Sian itu.

ADUN Pasir Panjang itu mendakwa TV3 pada 30 Mei lalu mengeluarkan berita melalui rancangan Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung satu kenyataannya di Twitter.

Tun Dr Mahathir Perlu Bertaubat Keluarkan Kenyataan Yang Merosakkan Akidah Dirinya: Datuk Dr Haron Din... Jom Terjah!!!

Haron Din

 SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad harus bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan akidah dirinya dan umat yang percaya kepada kata-katanya.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, tulisan Dr Mahathir dalam blognya berbunyi Better the devil you know than the angel you don’t yang membawa maksud  lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali’ adalah pegangan yang silap.

Menurutnya, tiada istilah atau ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan malaikat lebih buruk berbanding dengan syaitan.

“Malaikat adalah makhluk yang tidak pernah derhaka kepada ALLAH dan melakukan apa sahaja yang diperintahkan. Kenyataan (Dr Mahathir) itu seolah-olah ada malaikat yang lebih teruk daripada syaitan.

Terkini!! Inilah Jaringan-Jaringan Gol Kemenangan Kenari Bertemu Terengganu.. Jom Terjah!!


 KEDAH 2 - 1 TERENGGANU

Alhamdulillah! Peningkatan dari segi permainan walaupun perlu diperbaiki dari segi hantaran dan urgency dalam permainan. Fokus perlawanan akan datang kerana kini semua pasukan masih mempunyai peluang sama rata.


Tahniah Khyril! 2 gol cantik dari beliau mengukuhkan lagi reputasi beliau sebagai antara penyerang plorifik Malaysia. Teruskan rentak jaringan KM18!

Video: Insaniah, Universiti Ummah : Kenapa KUIN @ Insaniah sering menjadi fokus media perdana? Jom Terjah!!!



Sedih dan pilu terasa di hati ini , Kerajaan Pembangkang (UMNO KEDAH) hanya ingin memperburukkan dan memperlekehkan usaha Kerajaan Negeri untuk memajukan Kolej Universiti Insaniah yang tercinta.. 

Memadai diceritakan antara kejayaan Ustaz Azizan bersama kerajaan Pakatan Rakyat ini ialah berjaya membangunkan Kolej Universiti Insaniah dengan penambahan bangunan baru di Kuala Ketil dan peningkatan mata pelajaran yang ditawarkan.

Bersabar!!! Harga Kereta Akan Turun: Persatuan Automotif Malaysia Sokong Harga Kereta Diturunkan.. Jom Terjah!!!


Berbeza dengan pencacai-pencacai UMNO yang menentang kempen ini, biarpun ramai diantara mereka hanya mampu memiliki kereta secondhand yang dah buruk..  Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) turut menyokong cadangan ini..

“Jika harga dikurangkan secara beransur-ansur dan tidak menyebabkan gangguan, maka ia adalah baik,” kata veteran industri kereta ini..

Jadi.. buat yang diluar sana yang masih punya pemikiran yang waras, fikirkanlah pihak mana yang wajar diberikan sokongan..

UMNO/BN yang sudah 55 tahun membebankan rakyat Malaysia dengan cukai kereta yang tinggi ini iaitu 65 dan 105 peratus  atau PR yang sedang berusaha untuk menurunkan cukai sekaligus harga kereta ini..

Himpunan Janji Bersih Sempena Sambutan Merdeka Dibenarkan Polis... Jom Terjah!!!

Maria Chin Abdullah
Maria Chin Abdullah

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Gabungan Janji Bersih di Dataran Merdeka Khamis ini telah mendapat kelulusan polis tetapi dengan syarat pihak penganjur perlu menjamin keselamatan orang ramai.

Ahli jawatankuasanya, Maria Chin Abdullah berkata, pihak polis telah memanggil beliau bagi memberi penjelasan berhubung perhimpunan itu.


Menurutnya, penjelasan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 2 petang tadi.


Pun begitu penganjur perlu mendapatkan kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terlebih dahulu.


"Kita membincang dan memberi keterangan kepada pihak polis apa yang akan dilakukan nanti.


Terpanas!!! Wanita Malaysia Ditempat ke-3 Di Dunia Paling Curang Terhadap Pasangan.. Jom Terjah!!


ACCRA, Ghana - Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press.

Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.

Sekitar Rumah Terbuka MB Kedah - Kita Biarkan Gambar Berbicara... Jom Terjah!!!


Oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

(Wartakedah.net)

ALOR SETAR – Kemeriahan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar pada tahun ini amat terasa apabila menerima kunjungan orang ramai di luar jangkaan, dianggarkan lebih 40 ribu menghadirinya.


Jika sehari sebelum (Jumaat) sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar hujan di bumi Kedah begitu lebat dan berterusan selama sehari. Namun, dengan izin dan kurniaan Allah, pada hari Sabtu, cuaca amat baik tidak mengahalang rakyat Jelapang Padi menziarahi kediaman rasmi Menteri Besar ini.


Malah, kesesakan lalulintas juga tidak menghalang mereka untuk berkunjung ke rumah terbuka ini. Ada di kalangan mereka yang sanggup berjalan sejauh lima kilometer untuk ke Seri Mentaloon.



Orang ramai dari pelbagai kaum mula membanjiri Seri Mentaloon seawal jam 9 pagi walaupun masa yang dijadualkan bermulanya majlis sekitar 11 pagi bagi membuktikan kesejahteraan di kalangan rakyat Kedah. Walaupun terpaksa berasak-asak mereka tetap gembira dan berpuas hati kerana dapat berkunjung ke kediaman pemimpin yang dekat di hati rakyat. Hidangan yang disajikan juga disediakan seawal pagi untuk tidak membuatkan orang ramai menunggunya dengan lebih lama.

Siapa Dalang??? Facebook 'Pemuda Umno Malaysia' Minta Maaf... Jom Terjahh!!!


Entri kontroversi: Facebook 'Pemuda Umno Malaysia' minta maafPaparan entri permohonan maaf yang dikeluarkan oleh akaun laman Facebook atas nama Pemuda Umno Malaysia.
 
SHAH ALAM - Laman Facebook Pemuda Umno Malaysia, yang akaunnya didakwa palsu, meminta maaf berhubung poster berbaur hasutan yang dibawa lebih seminggu lalu atas akaun pergerakan itu.

Gerakan itu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi entri ringkas malam tadi, beberapa jam selepas Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata bahawa pihaknya sudah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab atas penyebaran mesej itu.


Malah status Facebook yang menerima 131 komen itu juga menyatakan bahawa 'admin' yang terbabit turut sudah dikeluarkan dari fanpage tersebut.


"Kami meminta maaf secara terbuka kepada semua rakyat atas kesilapan mengeluarkan gambar (poster) yang tidak patut pada 17/18 Ogos (lalu). Admin itu sudah dikeluarkan dari fanpage," sebutan entri itu.

Saingan Piala Malaysia: Keputusan Penuh Perlawanan Kedua - Kenari Tewas Lagi!!!

Piala Malaysia
 
BERIKUT keputusan penuh perlawanan kedua saingan Piala Malaysia 2012. Lapan perlawanan berlangsung hari ini.

Kumpulan A

Johor (1)  (2) Johor FC
(Stadium TSDH Hassan Yunos)     

LionsXII (3)  (1)  PKNS
(Stadium Jalan Besar)   


Kumpulan B

ATM (2)  (1) Terengganu
(Stadium Majlis Perbandaran Selayang)  

Kelantan (2)  (1) Kedah
(Stadium Sultan Muhammad IV)   

Kumpulan C

N.Sembilan (4)  (0) Sime Darby
(Stadium Tunku And Rahman,Paroi)         

Perak (2)  (4) Felda United
(Stadium Perak)

Kumpulan D

T-Team (0)  (0) Sarawak
(Stadium Sultan Ismail)         

Selangor (2)  (2) Pahang
(Stadium Shah Alam

Terkini.. Inilah Wajah Penuh Kegembiraan Pengacara Terkenal 30 Minit Ustaz Don Yang Selamat Melangsungkan Perkahwinan.. Jom Terjah!!!

Detik manis Ustaz Don - Husna
Senyuman bahgia pasangan pengantin baru, Don dan Husna.

PENCERAMAH popular, Don Daniyal Don Biyajid, 28, selamat dinikahkan dengan gadis sama negeri dengannya, Husna Mohd Zahry, 24, kelmarin.

Don Daniyal yang lebih dikenali dengan nama Ustaz Don dinikahkan di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang Balik Pulau oleh jurunikah Pejabat Agama Daerah Barat Daya selepas solat Asar.


Majlis resepsi pengantin perempuan diadakan di rumahnya hari ini sementara sebelah lelaki dijangka pada 1 September di Dewan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).


Hampir 2,500 tetamu dijangka hadir memeriahkan majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan.

Inilah Rupa Murid Tahun Empat SK Kuala Ketil Cedera Parah Angkara Bermain Mercun.. Jom Terjah!!!


Murid Tahun Empat putus dua jari akibat mercun bola
Wan Muhammad Anas Amar Moh Rosyam, 10, putus ibu jari, jari telunjuk dan patah pergelangan tangan kiri serta mengalami kecederaan. - Foto Bernama
 
SUNGAI PETANI - Seorang murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil dekat sini putus dua jari tangan kiri setelah mercun bola yang dibakarnya meletup sebelum dia sempat membalingnya.

Dalam kejadian 5 petang Rabu lepas, Wan Muhammad Anas Amar Moh Rosyam, 10, putus ibu jari, jari telunjuk, patah pergelangan tangan kiri selain cedera pada tapak tangan kanan serta kedua-dua mata dan muka.


Bapanya, Moh Rosyam Hanafiah, 39, berkata akibat kejadian itu juga penglihatannya anaknya kini kurang jelas.


"Saya selalu nasihatkan Anas jangan bermain mercun dan dia sememangnya tidak pernah bermain mercun. Tak sangka pula kejadian ini boleh berlaku ke atasnya," kata Moh Rosyam ketika ditemui pemberita di Hospital Sultan Abdul Halim Shah, di sini hari ini.


Katanya beliau difahamkan anaknya terjumpa mercun tersebut ketika bermain seorang diri.


"Saya berada di rumah jiran ketika kejadian dan dimaklumkan oleh rakan Anas menyebabkan saya meluru dan mendapati dia terbaring dengan tangan berlumuran darah," katanya. - Bernama

Pendedahan Panas!!! Umi Hafilda Didakwa "Mencolek Ibunya" Mak Tom Demi Memalukan Abangnya Azmin Ali Di TV3.. Jom Terjah!!!

KETIKA umat Islam sedang meraikan hari kemenangan, ada seorang manusia tergamak mengheret ibunya sendiri ke kancah politik untuk mengaibkan abangnya sendiri.

Umi Hafilda, mencolek ibunya Mak Tom untuk beraya ke Melaka di salah sebuah resort, kemudian memanggil wartawan TV3 untuk menyiarkan kisah sedih Hari Raya mereka di perantauan.

Kononnya Mak Tom membawa diri sehingga beraya di perantauan kerana kecil hati dengan Azmin Ali, Timbalan Presiden Keadilan.


Majlis Rumah Terbuka Ketua Pembangkang Di Pulau Pinang Hambar... Jom Terjah!!!


 

Secara rasminya DS Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan Kerusi Parlimen Permatang Pauh (P044) yang di sandangnya kini.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, di Pusat Khidmat PKR Guar Perahu di sini semalam.

Pada 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya (Anwar) bertanding pada pilihan raya kecil untuk kerusi tersebut.

Pada pilihan raya kecil itu, Anwar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Arif Shah Omar Shah daripada Umno dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dengan majoriti 15,671 undi - laporan penuh sila baca di (SINI )

Malangnya kehadiran beliau mula kelihatan ditolak oleh rakyat Permatang Pauh sendiri dengan tidak memberikan sambutan terhadap majlis yang melibatkan DS Anwar Ibrahim.

Angkara Siapa? Rumah Adun Dipecah Masuk, Komputer Riba Dilarikan.. Jom Terjah!!!



Adun rugi RM3,500
Bilik utama kediaman Dr Mohd Nasir yang digeledah pencuri.
PETALING JAYA – Rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim di Damansara Damai dipecah masuk awal pagi Sabtu lalu.
Kejadian berlaku hanya disedari selepas wakil rakyat berkenaan pulang ke rumahnya kira-kira jam 11 malam.
Dr Mohd Nasir berkata, beliau meninggalkan rumah pada jam 10 pagi, namun pulang agak lewat kerana mahu berbuka puasa bersama anak-anak saudaranya di luar.
“Bila buka pintu, saya nampak beberapa barangan di bilik tidur utama berada di atas lantai hadapan pintu bilik,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati sebuah tablet dan komputer riba yang disimpan dalam beg tiada, dipercayai dilarikan.
“Pencuri turut menggeledah bilik utama, bilik belajar dan sebuah cawan dipenuhi duit syiling berjumlah RM50 turut dilarikan,” katanya.
Nasir berkata, pencuri turut menggeledah rak pakaian, rak buku untuk mencari barangan berharga, namun tidak berjaya kerana di rumahnya tidak mempunyai barang kemas.
“Mereka masuk ke dalam rumah melalui tingkap yang diumpil di bahagian dapur, dan jaring perangkap nyamuk yang dipasang turut dipotong,” katanya.
Katanya, kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sejak beliau mula tinggal di situ lebih empat tahun lalu.
“Saya terkilan kerana banyak hasil kerja dan dokumen penting dalam komputer riba hilang,” katanya yang kerugian RM3,500.
Susulan kejadian itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai.
Pemeriksaan lanjut polis pada hari sama mengesahkan tiada kesan cap jari ditemui kerana pencuri dipercayai memakai sarung tangan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes tersebut kini sedang disiasat.
|SinarHarian

Gambar Terlampau Hari Ini - Mengapa La Dalam Bulan2 Posa Ada "Imam Lapar".. Jom Terjah!!


Terkejut Bewak!!! Inilah Sebungkus Nasi Kandar Berlauk Ayam Goreng Berharga RM18.50 di Kulim, Siapa Perlu Siasat??... Jom Terjah!!


Terkejut nasi kandar RM18.50
Terkejut nasi kandar RM18.50
Seorang pemandu bas pekerja industri di Kulim, Kedah terkejut apabila dikenakan bayaran RM18.50 bagi sebungkus nasi yang dibelinya dari restoran nasi kandar di sini. Mohamad Yusri Hanafiah, 32, berkata, dia hanya membeli nasi bersama ayam goreng, dua kacang bendi dan dua ekor sotong berukuran kirakira tiga sentimeter. Menurutnya, dia yang tidak berpuas hati dengan harga dikenakan telah meminta pekerja di restoran itu mengira nasi bungkus serta lauk yang dibelinya beberapa kali.

Panas Terkini: [Gambar] Mohd Rafizi Ramli Digari Kesan Bogelkan Penyelewengan NFC & Keluarga Sharizat, Didakwa di Bawah BAFIA.. Jom Terjah!!

PETALING JAYA: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu kerana mendedahkan butiran perbankan berkaitan dengan skandal National Fidlot Corporation (NFCorp).


Mohd Rafizi didakwa di Mahkamah Shah Alam pada pagi Rabu di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (Bafia).

Terdahulu, beliau ditahan oleh pihak polis di rumahnya pada pagi Rabu.

"Saya telah ditahan di bawah Bafia, kini dalam perjalanan ke balai polis. Akan discharge (didakwa) di mahkamah Shah Alam," kata Rafizi menerusi twitter milik beliau.




Panas!!! Isu Pembatalan Kontrak Abby Abadi Sebagai Duta Tudung Al-Humaira.. Jom Terjah Penjelasan Syarikat Ini...

penjelasan sebenar
Berkenaan isu pembatalan kontrak duta tudung Al-Humaira pelakon wanita Abby Abadi tempoh hari yang menjadi perbualan ramai, pihak syarikat Al-Humaira tampil memberi sebab mengapa kejadian tersebut terjadi. Berikut adalah penjelasan yang diberikan melalui laman facebook syarikat tersebut.
Assalam. Selamat pagi semua! Diharapkan anda semua mendapat keberkatan di pagi Ramadhan yg mulia ini. Rasanya ini entry terakhir drp pihak AHC berkaitan isu yg melibatkan AHC.

Inilah Datuk Yang Menipu Datuk Seri RM2.5 Juta Untuk Kontrak Jualan Barangan Lusuh.. Jom Terjah!!!

KOSMO
 
PETALING JAYA - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menipu seorang lagi ahli perniagaan membabitkan cek bernilai RM2.5 juta tahun lepas.
Datuk Syed Ahamed Malik Syed Hamid (gambar), 59, didakwa memperdayakan Datuk Seri Lee Wan Beng, 62, dengan menyamar sebagai wakil jualan barangan kepunyaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sehingga mendorong mangsa menyerahkan dua keping cek masing-masing RM500,000 dan RM2 juta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.