Gabungan Janji tetap anjur Janji Demokrasi 30 Ogos
Hishamuddin Rais dan Raja Retnam ketika menjawab 
soalan wartawan pada sidang media di Kuala Lumpur.

SHAH ALAM – Polis hari ini menegaskan, perhimpunan Gabungan Janji Demokrasi yang hendak diadakan di Dataran Merdeka malam ini, menjelang sambutan Hari Kemerdekaan esok, bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad berkata, ia melanggar akta itu kerana gagal memberi pemberitahuan, tidak memperoleh persetujuan daripada pemunya Dataran Merdeka iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan akan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut Hari Kemerdekaan esok.


Zainuddin memaklumkan pendirian polis itu menerusi satu surat bertarikh hari ini, yang dialamatkan kepda Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji Demokrasi, Maria Chin Abdullah.

"Saya ingin memaklumkan bahawa perhimpunan Gabungan Janji Demokrasi yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos (hari ini) antara jam 10 malam dan 12 tengah malam, adalah satu perhimpunan yang bertentangan dengan undang-undang (Akta Perhimpunan Aman)," katanya.


Bagaimanapun surat itu tidak menyebut tindakan bakal diambil pihak polis jika penganjur meneruskan rancangan mereka.


Perhimpunan itu dijadual untuk diadakan dari 10 malam hingga 12 tengah malam.

MENGAPA INI DIBENARKAN???
Pesta Bikini: 
“Apakah kerajaan mahu membina masyarakat yang bertamadun hasil daripada program songsang seperti ini?

***********************************************

TERKINI!!! Berhimpunlah di mana sahaja..

Gabungan Janji akan tetap merayakan sambutan ambang merdeka 'Janji Demokrasi' malam ini meskipun tidak berhimpun di Dataran Merdeka seperti perancangan asal.

Jurucakapnya, Hishammuddin Rais berkata, Gabungan Janji tetap menyeru rakyat turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur dengan memakai pakaian kuning dan menyambut detik 12 tengah malam di mana-mana sahaja.


"Apa yang penting, Gabungan Janji mengajak seluruh rakyat beramai-ramai ke Kuala Lumpur, pakai baju kuning, keluar untuk bersantai, bukan untuk membuat kacau. Tak boleh masuk Dataran Merdeka, beradalah di kawasan sekitar.

"Jadi berkumpullah di mana-mana yang sempat untuk kita menyambut merdeka," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Polis hari ini menyerahkan surat rasmi kepada anggota jawantankuasa penganjur, Maria Chin Abdullah memberitahu perhimpunan 'Janji Demokrasi' di Dataran Merdeka malam ini menyalahi undang-undang negara.

Alasan yang diberikan polis kepada penganjur adalah kerana gagal memberi pemberitahuan bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Selain itu, pihak polis juga membertahu, Gabungan Janji gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya tempat perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 dan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos.

Justeru Hishamuddin berkata, dalam mesyuaratnya malam tadi, plan alternatif telah ditetapkan jika perhimpunan tidak dibenarkan.

Namun katanya, bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said akan tetap diteruskan walaupun tiada tempat yang spesifik.

"Kita tetapkan juga pembacaann puisi oleh Pak Samad tapi bergantung kepada beliaulah nak baca di mana. Kalau dalam LRT, dalam LRT lah bacaan puisi itu," katanya