Terbaru!!! Azmin Nafi Mohon Maaf Berhubung Rang Undang2 HUDUD Hanya Jelaskan 'Salah Faham'.. Jom Terjah!!!

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menafikan membuat permohonan maaf secara peribadi kepada PAS berkaitan pendirian partinya membantah rancangan presiden PARTI Islam itu, Datuk SERI Abdul Hadi Awang untuk membentangkan RANG undang-undang ahli persendirian mengenai hudud.

Azmin menegaskan bahawa perjumpaan selama sejam dengan PAS malam tadi di Seberang Jaya adalah untuk menjelaskan 'salah faham'  antara kedua-dua parti pembangkang itu.

BERAPI!!! Salinan Laporan Komplot Jatuhkan PM, Datuk Seri Haji Najib : Inilah Dalang-dalangnya.. Jom Terjah!!!


Portal myKMU.net dakwa miliki bukti komplot mahu jatuhkan Najib

KUALA LUMPUR: Selepas lima pemimpin Pemuda UMNO menafikan dakwaan terlibat dalam komplot menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak, portal myKMU.net pada Jumaat mendakwa memiliki bukti wujudnya gerakan tersebut.

Portal tersebut mendakwa telah melihat salinan laporan yang dihantar kepada Perdana Menteri berhubung komplot yang didalangi pemimpin Pemuda UMNO itu.

 

Terkini!!! Inilah Wajah2 Calon Yang Bertanding Bagi P44 Permatang Pauh.. Jom Terjah!!!



BUKIT MERTAJAM: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), PARTI Keadilan Rakyat (PKR), Parti Rakyat Malaysia (PRM) serta seorang calon bebas. Pengesahan nama calon yang bertanding diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Jusni Ismail di pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, sebentar tadi. 

Update: PRK P44: Lintas Langsung Dari Pusat Penamaan Calon Institut Kemahiran Belia di Berapit, Bukit Mertajam.. Jom Terjah!!!

 

LAPORAN LANGSUNG


10.30am:Pegawai pengurus pilihan raya, Husni Ismail mengumumkan empat orang calon akan bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Selain calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan calon BN, Suhaimi Sabudin, dua lagi calon ialah Azman Shah dari Parti Rakyat Malaysia dan calon bebas, Salleh Ishak.

Husni juga mengumumkan bahawa Salleh akan menggunakan simbol kunci.

10am: Pegawai pengurus pilihan raya, Husni Ismail mengumumkan proses penyerahan borang pencalonan ditutup.

Sementara menunggu Datuk Seri Wan Azizah yang masih berada di dalam pusat penamaan calon, penyokong PKR menjamu selera di gerai-gerai di situ serta mendengar ucapan pemimpin Pakatan Rakyat.

Akhirnya!!! PKR Mohon Maaf Kepada Presiden PAS Saat Akhir Berhubung Kenyataan Mereka.. Jom Terjah!!!



Mengikut The SunDaily pada saat-saat terakhir sebelum hari penamaan calon, PKR  akhirnya telah  membuat permohonan maaf secara peribadi dan penjelasan berhubung kenyataan mereka terhadap Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang mengemukakan rang undang-undang persendirian Hudud ke bahagian Permatang Pauh parti itu dalam usaha untuk mengekalkan kerusi parlimen dalam akan datang pilihan raya kecil.

PRK P44 Permatang Pauh: DS Dr Wan Azizah Kembali Bertanding Di Permatang Pauh.. Jom Terjah!!!

PRK P.Pauh: Wan Azizah kembali bertanding di Permatang Pauh

SEBERANG JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PRK) bagi Pilihan Raya Kecil  (PRK) Permatang Pauh  yang akan diadakan pada 7 Mei ini.

Pemilihan itu diumumkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Rakyat PRK Permatang Pauh di Seberang Prai Arena, Seberang Jaya sebentar tadi.


Majlis itu turut dihadiri pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Antaranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR dan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.