Aduh!!! Kini Giliran Petrol RON97 Naik 15 Sen Seliter.. Kenapa Untuk Orang Kaya Hanya 15 Sen Dan Untuk Orang Susah 2 Kupang? Jom Terjah!!!


Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Perkara tersebut disahkan oleh presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng, ketika dihubungi Malaysiakinisebentar tadi.

Kenaikan itu lebih rendah berbanding peningkatan 20 sen untuk harga diesel dan petrol RON95 yang diumumkan kerajaan semalam.


Pelik!!! Bekas Ketua Menteri Melaka Mahu Kasino Genting Highlands Ditutup.. Benarkah? Jom Terjah!!!


Bekas ketua menteri Melaka Datuk Mohd Ali Rustam menggesa kerajaan menutup resort kasino Genting Highlands.

Laporan Nanyang Siang Pau hari ini menyebut, Ali mendakwa kasino berkenaan mewujudkan pelbagai masalah sosial dan jenayah.

Beliau juga mendakwa menerima banyak aduan berhubung isu tersebut.

Gempar!! A. Samad Said Dibebaskan Oleh Polis Selepas Ditahan Waktu Tengah Malam, Apa Cerita Sebenar? Jom Terjah!!!

A. Samad Said
KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said yang ditahan oleh polis ekoran insiden kontroversi sekumpulan individu mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' ketika beliau membacakan sajak pada malam Ambang Merdeka di Dataran Merdeka 30 Ogos lalu, baru sahaja dibebaskan.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua menulis di twitternya pada pukul 2.30 pagi Rabu, polis telah selesai menyoal siasat Pengerusi Bersama Bersih yang berusia 81 tahun itu.
Pada pukul 1 pagi Rabu, Samad mentweet, "Saya sedang dalam perjalanan ke Dang Wangi sekarang. Saya diiringi oleh tiga anggota polis," Samad menulis di twitternya.
Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga turut mengesahkan mengenai penahanan sasterawan negara itu kepada The Star.

Penyanyi Ini Disaman Lebih RM15 Juta Selepas Dakwaan Merogol Seorang Wanita.. Jom Terjah!!!

Sean Kingston
Sean Kingston
LOS ANGELES – Seorang gadis mengemukakan saman ke atas penyanyi rap Sean Kingston bersama dua yang lain selepas mendakwa dirogol oleh mereka di sebuah hotel, tiga tahun lalu.
Carissa Capeloto yang kini berusia 22 tahun mendakwa dia telah dirogol oleh Kingston, pengawal peribadinya dan anggota kumpulan penyanyi itu di hotel Seattle, pada Julai 2010.
Dia bertemu Kingston selepas menyaksikan konsert Justin Bieber.

BERAPI!! “Ini Sangat Memalukan Dan Menyedihkan,” :Bila Mana Filem "Tanda Putera" GAGAL Capai Sasaran - Salah Siapa? Jom Terjah!!!

Filem Tanda Putera terima sambutan dingin di pawagam
Filem kontroversi Tanda Putera gagal mencapai sasaran pecah panggung pada minggu pertama tayangannya menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke pawagam lebih kecil.

Filem memaparkan babak yang boleh dipersoalkan berhubung rusuhan kaum 13 Mei itu mula ditayangkan Khamis lalu, tetapi hanya berjaya mengutip RM500,000 daripada penjualan tiket di 70 pawagam seluruh negara dari hari bermula tayangan hingga Isnin.

“Ini sangat memalukan dan menyedihkan,” kata Pengerusi Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Mustapha Maarof dan memberitahu kos produksi filem itu berjumlah RM4.8 juta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.