Gambar2 Menarik Di Hari Penamaan Calon Di DUN Galas Hari Ini

Video2 : Sekitar Hari Penamaan Calon Di DUN Galas



MENARILAH WAHAI PUTERI2 KU.....

YB Datuk Syed Sobri, Adun Kuala Nerang Buat Laporan Polis Terhadap Malaysian Insider

ALOR SETAR: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita, Malaysian Insider berhubung artikel yang dikeluarkan portal itu pada 20 Oktober lalu yang mengatakan beliau muflis.

Syed Sobri berkata tindakan mahkamah akan dibuat memandangkan portal itu sengaja ingin memalukan dan mencalarkan imej beliau selaku Adun Kuala Nerang dan Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap.

"Semua laporan itu tidak benar kerana saya tidak muflis seperti yang digembar-gemburkan selama ini dan segala hutang syarikat saya, bersama peguam yang dilantik menguruskannya dengan baik dan membayar hutang berkenaan secara beransur-ansur.

"Saya rasa mereka (Malaysia Insider) sengaja membuat cerita rekaan bertujuan untuk menjatuhkan reputasi saya selaku wakil rakyat Barisan Nasional (BN). Ini kerana tidak ada sebarang keputusan mahkamah dibuat yang mengatakan saya ini muflis dan saya tidak tahu dari mana sumber mereka perolehi sehingga boleh mengeluarkan artikel sebegini rupa. "Berkemungkinan ada motif tidak baik daripada pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menghebahkan isu ini terutamanya ketika berlangsungnya perhimpunan Agung Umno baru-baru ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sehubungan itu, satu laporan polis akan dibuat bersama peguamnya hari ini terhadap Malaysian Insider bagi membersihkan nama dan imej beliau selaku wakil rakyat BN.

Beliau berkata Malaysian Insider perlu dikenakan tindakan mahkamah kerana portal berkenaan adalah sebuah portal yang sengaja menabur fitnah dan membuat kekacauan terhadap rakyat dan sekaligus mencalarkan maruah Umno dan BN.

Pada 20 Oktober lalu, Malaysian Insider menyatakan Syed Sobri diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu ekoran syarikatnya gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM700,000 dan sekaligus membuka ruang kepada pilihan raya kecil DUN berkenaan.

Syed Sobri berkata tunggakan caruman KWSP syarikatnya hanya RM150,000 dan bukannya RM700,000 seperti yang dinayatakan oleh portal yang tidak bertanggungjawab itu dan beliau telah membayarnya sebanyak RM50,000.

Mengenai isu akan timbul isu pilihan raya kecil di DUN itu, beliau berkata soal isu pilihan raya tidak akan timbul kerana beliau tidak muflis dan akan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kawasan itu dengan memberi khidmat bakti kepada rakyat seperti biasa.

"Saya selaku wakil rakyat akan menyahut seruan dan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu Adun berkhidmat dengan baik terhadap rakyat bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap Umno dan sekaligus memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya.

Mengenai laporan yang menyatakan beliau dihalang masuk untuk mendengar ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan Agung Umno yang berlangsung 21 Okt lalu ekoran status beliau yang muflis, Syed Sobri berkata ia juga tidak benar kerana beliau turut menyertai perhimpunan itu dan mendengar ucapan perasmian presiden pada hari berkenaan.

"Saya hadir pada persidangan Umno pada 21 Oktober lalu dan tidak menyertainya pada 22 dan 23 Oktober disebabkan saya menghadiri majlis konvokesyen saya di Universiti Teknologi Malaysia, untuk menerima Diploma Pengurusan Eksekutif Pentadbiran Pejabat. Saya telah maklumkan kepada Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

"Jadi perwakilan dan wartawan Malaysian Insider yang tidak nampak saya hadir pada waktu itu terus membuat kenyataan yang saya muflis dan tidak dibenarkan masuk ke perhimpunan Agung Umno itu," katanya. -BERNAMA

Menteri Penerangan Setuju RTM Bagi Laluan 15 Minit Untuk Pakatan Rakyat : Presiden PAS

Rais Yatim setuju RTM bagi laluan 15 minit kepada pakatan rakyat dalam siaran mereka seperti diminta oleh Presiden PAS.

Dia berkata demikian sewaktu berkunjung ke khemah Pakatan dan berbual dengan presiden.

"Kita boleh bagi, asalkan program yang memberi kebaikan untuk rakyat.

"In fakta bagitahu masa dan program kat mana," katanya.

Hanya 2 Calon Bertanding Di Galas - Proses Bantahan Akan Berakhir Lagi 8 Minit

GUA MUSANG, 26 Okt — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan menyaksikan hanya dua orang — dari Barisan Nasional dan PAS mengemukakan borang penamaan calon pagi ini.

Kedua-dua mereka ialah calon BN Abdul Aziz Yusoff dan Dr Zulkefli Mohamad dari PAS, yang telah pun diumumkan sebelum ini.

Kini proses penamaan calon dibuka untuk bantahan. Ia akan berakhir 11 pagi.

Dalam pada itu, pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi juga tidak menyaksikan sebarang perubahan dengan hanya tiga orang memfailkan borang penamanaan calon di Dewan Komuniti Sandakan.

BN diwakili oleh Datin Linda Tsen Thau Lin manakala Parti Maju Sabah (SAPP) mencalonkan presidennya Datuk Yong Teck Lee dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula meletakkan peguam Ansari Abdullah.

Perbicaraan Liwat II DS Anwar Ditangguh Esok - Peguambela Utama Disyaki Demam Denggi

Perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, ditangguhkan sehingga esok kerana peguam bela utama Karpal Singh tidak sihat.

anwar karpal 200910 02Ram Karpal memberitahu mahkamah, ayahnya itu disyaki mengidap deman denggi.

"Ujian darah dibuat pada hari Jumaat dan keputusannya dijangka diperolehi hari ini," katanya,

Peguam cara II Mohd Yusof Zainal Abiden pula berkata pihak pendakwaan tiada bantahan untuk penangguhan itu.

"Kami maklum beliau tidak sihat sejak semalam," katanya.

Sekiranya Karpal tidak dapat datang esok, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah memerintahkan pasukan pembelaan supaya melantik peguam lain menggantikannya untuk menyoal balas.

sankara nairSementara itu, di luar mahkamah, peguam Sankara Nair memberitahu pemberitahu walau apa pun yang terjadi, hakim telah memutuskan perbicaraan dan sesi menyoal balas akan bersambung esok.

Katanya, pembelaan masih belum menerima salinan dokumen laporan perubatan awal oleh tiga doktor terhadap Mohd Saiful Bukhari.

Menurut Sankara, dengan salinan yang tidak bertandatangan di tangan mereka, laporan itu menjadi tidak relevan kepada pasukan pembelaan.

"Kami masih perlu mendapatkan salinan laporan itu dan kami akan bincangkan tindakan selanjutnya," katanya.

Laporan langsung hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Galas, Gua Musang.

Refresh Untuk Yang Terkini:

Laporan langsung hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Galas, Gua Musang.

9.35 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan penamaan calon.

Pimpinan utama pakatan rakyat berkumpul di bawah khemah khas yg disediakan SPR sementara menunggu selesai proses penyerahan borang pencalonan.

9.30 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad dan pimpinan utama Pakatan Rakyat dilihat memasuki pintu pagar pusat penamaan.

9:25 pagi: Calon melepasi sekatan, sedikit pergelutan berlaku antara penyokong dengan pasukan keselamatan.

Pimpinan utama sedang berasak-asak masuk melepasi sekatan yang agak sempit.9.20 pagi:
Perarakan mula tiba di sekatan pasukan keselamatan kira-kira 100 meter dari pintu masuk penamaan.

Menunggu ketibaan calon.

9.05 pagi: Perarakan dimulakan. Pimpinan utama mengiringi calon menuju ke pusat penamaan diiringi laungan selawat dan takbir.

Antara pimpinan lain yang hadir adalah Datuk Mahfuz, YB Azmin Ali, Ronie Liu, Datuk Husam Musa, Datuk Taqiyuddin, Dr. Mariah Mahmood, Drs. Khalil Idham Lim dan Datuk Ngeh Ko Ham.

9.00 pagi: Tok Guru Nik Aziz menangis ketika membaca doa selepas selesai solat hajat diikuti laungan amin oleh para penyokong.

8.45 pagi: Lebih 5000 penyokong telah hadir dan berbaris sepanjang jalan bermula dari masjid menuju ke pusat penamaan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, kira-kira 700 meteri dari Masjid.

8.40 pagi: penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di Masjid

8.25 pagi: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tiba di Masjid

8.20 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di masjid.

8.15 pagi: Penyokong bukan Islam berkumpul di luar masjid menuggu solat hajat selesai.

8.00 pagi: Perhimpunan dimulakan dengan solat hajat di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra.

6.10 pagi: Selesai solat Subuh. Jemaah kini sedang mendengar tazkirah disampaikan imam yang bertajuk kepentingan ulama'.

5.45 pagi: Penyokong beragama Islam mula memenuhi ruang solat. Di dakwa solat Subuh hari ini lebih ramai berbanding jemaah Solat Jumaat.

Turut kelihatan penyokong DAP, mula berkumpul sementara menanti yang lain selesai solat Subuh.

5.30 pagi: Masjid kehabisan air sehingga mereka yang mahu berwuduk dan ke tandas perlu menggunakan air mineral.

5.00 pagi: Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, bandar Gua Musang mula dipenuhi Penyokong Pakatan Rakyat.

Beberapa pimpinan PAS dari pelbagai peringkat khusunya dari luar Kelantan juga mula tiba.

ehsan Harakahdaily


photo
Ketibaan tok guru di sambut oleh ribuan penyokong pakatan rakyat. Takbir!!

Sentiasa Dikemaskini: Lintas Langsung Hari Penamaan Calon Dari Galas & Batu Sapi


Perarakan kedua-dua parti nampak jelas bezanya. Penyokong PAS jumlahnya sekali ganda lebih ramai dari penyokong BN suatu perkara yang sememangnya menjadi tradisi pada setiap kali pilihanraya kecil.

Dianggarkan kira-kira 10,000 orang mengiringi calon PAS dan kira-kira 5,000 orang mengiringi calon BN.

Kedua-dua kumpulan sudah sampai ke pusat penamaan calon dan mereka dipisahkan kira-kira 180m antara satu sama lain.

Kedua-dua calon Dr Zulkefli Mohamad dan Aziz Yusof sudah masuk untuk menyerahkan borang penamaan calon masing-masing.

DI BATU SAPI, calon PKR, Ansari Abdullah diiringi pimpinan PR di mana Setiausaha Agung PAS, Dato' Hj Mustafa Ali, Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar turut kelihatan.


Ribuan penyokong PR sedang menunggu arahan pimpinan untuk berarak ke Dewan Sivik Gua Musang mengiringi calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed menyerahkan boring pencalonannya.

Penyokong PR khasnya penyokong PAS mula membanjiri masjid ini sejak malam tadi dan jumlahnya semakin ramai menjelang waktu Subuh pagi ini.

Mereka terdiri dari pelbagai kaum yang menyatakan sokongan kepada calon PAS yang mewakili PR kali ini. Kelihatan ramai penyokong PR dari kalangan kaum Tionghua, Orang Asal dan India yang turut sama memberikan sokongan .

Mereka baru sahaja menunaikan solat dhuha dan solat hajat bagi memohon kemenangan dari Allah S.W.T.

Beberapa pemimpin PAS sudah mula sampai bagi memimpin perarakan ini.

Adalah dijangkakan mereka akan bergerak kira-kira jam 8.15 pagi nanti.

LAPORAN LANGSUNG
Proses penamaan bermula jam 9 pagi bagi pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah dan DUN Galas di Kelantan.

8.00am - Di Batu Sapi, lalulintas sesak di sekitar dewan masyarakat Sandakan, yang menjadi pusat penamaan calon kerana ia sebelah laluan jalan ditutup.

Penyokong BN yang membawa bendera berhimpun di depan dewan. Tempat penyokong BN berhimpun ialah di Padang Besar Sandakan, kira-kira 500 meter dari pusat penamaan calon.

Di Galas, lalulintas lancar. Cuaca juga baik. Ratusan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di depan Masjid Tengku Faiz Petra, yang terletak tidak jatuh dari pusat penamaan calon.

Perarakan ke pusat penamaan calon akan bermula selepa solat hajat.

9.02am: Pusat penamaan calon di Batu Sapi dibuka dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya bersedia menerima kertas pencalonan daripada mereka yang berhasrat bertanding.

9.06am:
Calon PKR Ansari Abdullah adalah calon pertama yang tiba di pusat penamaan calonan untuk menyerahkan borang. Sambil tersenyum, beliau melambai kepada penyokongnya sebelum menuju ke kaunter pencalonan.

Seminit kemudian, ketua SAPP, Datuk Yong Teck Lee pula memasuki dewan untuk menyerahkan borangnya.

9.10am: Calon PBS yang mewakili BN Linda Tsen menyerahkan borang pencalonannya. Semua ketiga-tiga calon utama kemudiannya bersalaman.

9.11am:
Di Galas, penyokong Pakatan yang dianggarkan kira-kira 1,000 orang mula berarak dari masjid dengan diketuai oleh naib presiden PAS, datuk Mahfuz Omar yang diiringi oleh pemimpin Pakatan yang lain.

Sebelum itu, diketuai oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mereka menunaikan solat hajat di masjid berkenaan.

Kehadiran mereka disahut dengan takbir oleh penyokong di sepanjang jalan berkenaan menuju ke pusat penamaan calon.

Apakah PM Najib Sedar Calon BN Hanya Kelulusan SPM Untuk Tandingi Calon PAS Yang Ada Ijazah Kedoktoran...?

Timbalan pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Abdul Aziz Yusof yang diletakkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil DUN Galas akan dapat menandingi calon PAS Dr Zulkefli Mohamad walaupun hanya berkelulusan SPM.

Katanya, beliau tidak merasakan perkara itu akan menjadi isu dalam pilihan raya kecil kali ini kerana masyarakat perlu menilai Abdul Aziz secara keseluruhan.

Jelasnya, Abdul Aziz mewakili parti BN yang mempunyai keupayaan sumber yang besar berbanding PAS yang membentuk kerajaan di Kelantan.

“Atas nama beliau sendiri tak mungkin boleh (menang) tapi kerana dia mewakili parti. Maka parti lebih berupaya. Hari ini kita buktikan melalui flat yang dibangunkan itu,” katanya yang merujuk kepada satu Projek Perumahan Rakyat yang dilancarkannya hari ini.

Projek pembinaan sebanyak 1,500 unit rumah itu dibina dengan peruntukan sebanyak RM180 juta dan disasarkan kepada sebanyak 10,000 rakyat miskin di kawasan itu.

Sebanyak 18 blok rumah pangsa lima tingkat yang diumumkan di Taman Wangi, sebuah kawasan perumahan di dalam kawasan DUN Galas.

“Kalau hendak harapkan PAS, (seperti) menunggu bulan jatuh ke riba. Tapi bukan kita cakap sebab begitu dengan bongkak atau sombong tapi nak cakap dengan realitinya memang kita berupaya,” katanya lagi dalam sidang media selepas pengumuman calon berkenaan di Gua Musang hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru supaya pengundi di situ memilih Abdul Aziz sebagai wakil yang mampu menyuarakan tuntuan mereka.
“Kalau ada tuntutan yang beliau perlu sampaikan kepada kerajaan, ini akan diberi layanan dengan saksama,” katanya lagi.

Jelasnya, pendekatan itu merupakan salah satu pendekatan “inklusif” BN bagi memenangi hati masyarakat pelbagai kaum seperti di dalam DUN Galas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.