Terima Kasih MBku Walaupun Sibuk Masih Sempat Menziarahi Keluarga Kami




SEDAKA, 30 September 2010:
Dalam kesibukan tugas dan waktu yang terbatas, YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak masih sempat meluangkan waktu menziarahi keluarga kami. Pihak kami amat berbesar hati dan cukup berbangga mempunyai seorang menteri besar yang cukup-cukup prihatin.

YAB Ustaz Azizan menziarahi keluarga kami selepas kami selesai mengadakan majlis tahlil di malam yang kedua. Walaupun kesempatan masa yang padat YAB Ustaz Azizan meluangkan masa dan memberikan kata semangat untuk seluruh ahli keluarga kami.


Kedatangan Ustaz Azizan bersama Pegawai Khas beliau, Saudara Muzani di sambut kami sekeluarga dan saudara-saudara terdekat. Turut sama Ketua Kampung Kami Saudara Raden Yahya. Kedatangan YAB Ustaz dan rombongan sampai pada jam 10.40 malam.


YAB Ustaz Azizan meluangkan masa lebih 40 minit di rumah ayah. Sebelum ke rumah ayah, YAB Ustaz Azizan telah melawat kematian keluarga cina di Sungai Limau. Setelah itu ke Kampung Ulu Dulang menziarahi keluarga Pimpinan PAS Cawangan yang meninggal dunia.


Kembalinya almarhum ayah dalam usia 73 tahun. Almarhum ayah meninggalkan seorang isteri Hajjah Aishah dan tujuh orang anak. Anak-anak almarhum ialah Rashidah, Sabri, Ahmad Shukri, Abdul Halim, Rokiah, Halmi dan Zulkifli.

Al Fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.