Tragis & Memilukan: (Gambar) Remaja Perempuan Dibunuh, Dua Adik Ditemui Mati Di Sungai.. Al-Fatihah!!!

Foto

ALOR SETAR 1 Dis. - Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam manakala dua adiknya dilapor hilang.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan separuh bogel kira-kira pukul 3.45 petang.



Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, dibunuh selepas dipercayai dirogol dan ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam manakala dua adiknya hilang. Jenazah Noor Syafikah Nadia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat. - Foto Bernama
Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, dibunuh selepas dipercayai dirogol dan ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam.


"Polis belum mendapat petunjuk tentang dua adik mangsa yang dilapor hilang.

Operasi mencari mereka sedang dijalankan dengan bantuan unit anjing pengesan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.


Remaja tersebut bersama dua adiknya yang berumur tiga dan 12 tahun dilapor keluar dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar dengan motosikal kira-kira 7.30 malam untuk ke rumah rakan mangsa di Kampung Gelam yang berdekatan bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan pencuci.


Mohd Nashir berkata setelah ketiga-tiga anaknya tidak pulang dan gagal ditemui setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai Polis Langgar kira-kira pukul 2 pagi.


Sementara itu laporan terkini menyebut, dua adik remaja yang dilaporkan hilang itu disahkan maut selepas mayat mereka ditemui di terusan Kg Padang Petani di sini petang ini. 



Ibu & bapa mangsa



3 comments:

  1. pls add me at FB : airmatabuaya amb

    ReplyDelete
  2. Takziah kepada keluarga terutamanya ibu dan ayah mangsa. Sesungguhnya inilah ujian yg sgt hebat dari Allah swt. Semoga redha atas pemergian anak2 semoga mereka di tempatkan bersama2 org2 yang soleh dan solehah. Kepada manusia yang kejam itu, semoga Allah memberi balasan yg setimpal kpdnya. Akhir sekali tahniah dan syabas kpd pasukan polis, penyelamat dan org ramai yg berusha gigih mencari anak2 yg tidak berdosa ini hingga ditemui...Al Fatihah....

    ReplyDelete
  3. Takziah kepada IBU bapa mangsa...:((
    Alfatihah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.