Gambar Hot!!! Untuk Bacaan 18SX Sahaja: Kisah Bulan Madu, Hampa Jangan Dok Tiru Macam Nie...


Alkisah, ada 3 orang adik beradik, yang mana ketiga-tiga perempuan.
Anak yang sulung, namanya Rozana, yang kedua namanya Rozita, dan yang ketiga nama Roslina. Oleh kerana mereka ini anak kesayangan kedua orang-tuanya, maka mereka dikahwinkan bertiga secara serentak dengan pasangan pilihan masing-masing.

Selepas berkahwin, pergilah mereka berbulan madu atau dalam bahasa Inggerisnya Honeymoon ditempat yang berasingan mengikut selera mereka dan pasangan masing-masing. Rozana memilih untuk berbulan-madu ke Pulau Tioman di Pahang, Rozita pula bercadang nak kePulau Pangkor, Perak dan Roslina ke Langkawi, Kedah.

Sebelum mereka pergi berbulan madu, kedua-orang tua mereka berpesan dan meminta agar mereka menghantarkan berita tentang segala apa yang terjadi sepanjang tempoh berbulan-madu itu. Oleh kerana kedua orang-tua mereka menggunakan telefon bimbit, maka ketiga-tiga anak mereka diminta mengirimkan pesanan ringkas (SMS) mengikut KOD yang mereka faham berdasarkan iklan di TV, Majalah, Akhbar dan lain-lain media.

Tiga hari selepas mereka pergi berbulan madu, sampailah mesej pertama dari anak sulung mereka Rozana, berbunyi ringkas “STANDARD CHARTERED“. Setelah kedua orang-tua mereka mendapat pesanan tersebut, cepat-cepat mereka mencari iklan standard chartered di dalam akhbar. Iklan itu berbunyi ” BESAR, TEGUH, PERAMAH”, maka tersenyumlah ayah dan bonda Rozana? Fahamlah mereka yang anak meraka sedang berbahagia.



Pada hari keempat, tiba lagi satu SMS dari Rozita di Pulau pangkor. SMSnya pendek saja, “NESCAFE“. Dicarinya iklan Nescafe di dalam majalah dan dibacanya iklan tersebut,..berbunyi,? “NIKMATNYA SAMPAI KETITISAN TERAKHIR“. Tersenyum bangga kedua orang tua Rozita, sambil ketawa tak kering gusi, happy.

Masuk hari kelima, tiada apa diterima. Begitu juga hari keenam dan ketujuh. Tiada berita dari anak bongsunya. Ayah dan emak Roslina mengeluh dan terdetik dalam hati mereka? “anak aku ni, dah dapat suami langsung lupakan aku?sampai hati mereka,..hingga tak menghantar khabar berita kepada aku pun?”

Seteleh masuk minggu kedua, akhirnya tiba-tiba handphone ayah Roslina berbunyi “Beep, beep” tanda mesej sampai. Lalu dibaca mesej ringkas itu berbunyi?. “CATHAY PACIFIC” Dengan segera kedua orang-tua Roslina mencari iklan dari majalah. Didapati iklan tersebut berbunyi,? “7 KALI SEMINGGU, 3 JAM SEHARI, NON-STOP!!!!!!” ? ?..



Sumber | adfeez.blogspot

[Gambar Panas Untuk 18SX Sahaja] Akibat Kemaruk Seks Dengan Gadis Belasan Tahun, Pengetua Sekolah Ini Terpaksa Lepaskan Jawatan. Apa Cerita sebenarnya???



Daripada Itali hinggalah ke Colombia dan Amerika Syarikat, isu skandal sex adalah paling popular buat masa ini. Mengejutkan pula apa yang berlaku di Singapura, negara yang membenarkan industri pelacuran itu turut bergelumang dengan skandal seks ini.

Kisah mengenai seorang gadis escort bawah berusia 17 tahun pada tahun 2010, yang menipu mengenai umurnya untuk berkhidmat di sebuah agensi pelacuran bakal mendedahkan permasalahan yang berangkai.

Ini termasuklah penglibatan beberapa pelanggan yang berjawatan utama di dalam kerajaan seperti pengetua sekolah yang terpaksa melepaskan jawatannya akibat dari perkhidmatan yang diberikan. Pengetua itu membayar $1000 untuk adakan hubungan seks dengan pelacur yang berusia 17 tahun.


Berikut adalah contoh iklan yang dipaparkan oleh agensi tersebut:
Chantelle


18 yrs old, Singapore Chinese


Student and Part Time Model

1.60m tall, 48kg, Cup C.
Bubbly girl. New to escort trade.
Berikut adalah screen shot iklan dari lama web agensi tersebut sebelum di sekat oleh pihak berkuasa Singapura.


Sumber mendedahkan nama sebenar gadis tersebut adalah Step dan beliau adalah pelajar di ITE. Lelaki-lelaki yang terlibat menyangkakan mereka melakukan hubungan seks dengan wanita berusia 18 tahun, tetapi akhirnya terkantoi apabila usia sebenar gadis itu baru mencecah 17 tahun.

Sumber turut mendedahkan, 44 orang telah ditahan, termasuklah pengetua sekolah, pegawai bank, pegawai kerajaan, peguam dan ramai lagi akibat dari pembohongan yang dibuat oleh gadis ini.

Di Singapura, melanggan pelacur dibenarkan asalkan gadis tersebut berusia 18 tahun ke atas.


Sumber | hari2informasi

Panas!!! Inilah Sebab2 Mengapa Dataran Merdeka Tidak Dibenarkan Adakan Himpunan 'DUDUK BANTAH' Kepada BERSIH 3.0




ULASAN BERSIH 3.0 mensasarkan 500,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Duduk dan bantah atau "sit in protest" yang dianjurkan oleh gabungan 84 NGO tersebut menuntut agar kerajaan Malaysia menerima lapan tuntutan yang dikemukakan oleh mereka.

Setakat ini hanya satu sahaja tuntutan BERSIH yang diterima iaitu penggunaan dakwat kekal. Itu pun banyak helahnya.

azlanMasih ramai yang tidak percaya dakwat kekal akan digunakan berikutan penipuan kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum ke 12 apabila penggunaan dakwat kekal dibatalkan empat hari sebelum mengundi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kali ini digunakan untuk menghalang perhimpunan rakyat pada 28 April ini. Penganjur didesak untuk memindahkan lokasi perhimpunan ke dalam stadium.

Dalam ucapan pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said di Selayang baru-baru ini, dengan tegas menyatakan bahawa organisasi tersebut akan tetap duduk dan bantah di Dataran Merdeka.

Dataran Merdeka simbol kemerdekaan negara. Perhimpunan menuntut pilihan raya BERSIH, bebas dan adil di Dataran Merdeka umpama menuntut kembali kemerdekaan, kali ini bukan dari penjajah tetapi dari sebuah kerajaan yang berusia lebih 54 tahun.

Dunia tahu Dataran 'dikuningkan'
Setiap kali menjelang demonstrasi rakyat, seringkali kerajaan meminta agar penganjur memindahkan program ke stadium.
Mengapa?

Kerana apabila perhimpunan berpindah ke stadium, ia tidak lagi menjadi demonstrasi, ia sudah menjadi seperti ceramah umum.

NONEKerajaan takut. Jika penganjur berjaya membawa 500,000 rakyat ke Dataran Merdeka, imej yang akan bermain dalam media asing akan kelihatan seperti apa yang berlaku di Dataran Tahrir, Mesir.

Jika itu berlaku, seluruh dunia akan tahu bahawa Dataran Merdeka 'dikuningkan' oleh kerana rakyat Malaysia mahukan reformasi sistem pilihan raya.

Pelabur asing akan mula berhati-hati. Ini kerana, sesebuah pilihan raya jika tidak dipercayai oleh majoriti besar rakyat, ertinya politik sesuatu negara tersebut tidak akan stabil.

Jika dibiarkan, sesebuah kerajaan yang dipilih tidak mempunyai legitimasi politik. Ini boleh mengundang kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan sesuatu kerajaan melalui pilihan jalan raya.

Amerika akan persoal
Duduk dan bantah ataupun "sit in protest" kaedah demonstrasi yang paling mudah akan tetapi memberikan impak yang besar.

Jika 500,000 rakyat duduk dan bantah di Dataran Merdeka, ia memberikan isyarat jelas kepada kerajaan agar tunaikan kesemua tuntutan BERSIH.

NONEKesanggupan 500,000 rakyat untuk bersama-sama ke Dataran Merdeka akan turut memberi tekanan kepada rakan-rakan Malaysia di peringkat antarabangsa.

ASEAN walaupun mempunyai dasar "tidak campurtangan" urusan dalaman negara anggota sudah pasti akan mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia masih mahu berdegil sedangkan Burma sudah mula membuka ruang demokrasi?

Amerika Syarikat yang menjadi "payung besar" kepada Malaysia sudah pasti akan mempersoalkan kepada Najib Razak mengapa tidak mahu pilihan raya bebas dan adil.

Pilihan raya bebas dan adil ini antara kempen "sheriff" dunia tersebut.

Dataran Merdeka simbol kebebasan
Dataran Merdeka simbol kepada kebebasan dan demokrasi. Ia milik kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia bukan milik DBKL. DBKL hanya bertugas untuk menguruskan tempat tersebut.

azlanApatah lagi pimpinan DBKL tidak dipilih oleh penduduk Kuala Lumpur. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak dipilih melalui proses demokrasi tetapi dilantik oleh kerajaan.

Sebab itu apabila beliau bersuara, rakyat tidak mahu dengar. Dataran Merdeka tetap menjadi destinasi utama perhimpunan tersebut.
Melihat kepada pengalaman perhimpunan BERSIH 1 dan 2 lalu, jika Dataran Merdeka ditutup, Kuala Lumpur akan lumpuh.

Jika di Dataran Merdeka sekurang-kurangnya masih mampu dikawal. Bayangkanlah jika 500,000 rakyat berselerak di merata Kuala Lumpur.
Bukankah ia bakal menyebabkan perhimpunan di lebih banyak lokasi?

Jika Kuala Lumpur lumpuh tidak boleh bergerak, ia memberikan isyarat yang tidak baik kepada negara.

Serahkan kembali Dataran Merdeka kepada rakyat sebelum rakyat bangkit merampas.


AMIN ISKANDAR menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia. Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Mahkamah Tinggi Tuntut Menteri Berikan Penjelasan Sebab2 Pengharaman BERSIH 2.0, Kenapa BERSIH 3.0 Boleh Pulak???



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut penjelasan lanjut daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengisytiharkan gabungan proreformasi pilihan raya BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan tidak sah tahun lalu.

NONEHishammuddin (kanan) kemudiannya bertukar pendirian apabila membenarkan BERSIH 3.0 atas alasan ia bukan ancaman kepada keselamatan, berbeza dengan keadaan sebelum 9 Julai apabila perhimpunan seumpamanya dianjurkan.

Hakim Datuk Rohana Yusof meminta penjelasan itu daripada hakim kanan persekutuan Azizan Md Arshad dan mengarahkan menteri berkenaan supaya memfailkan afidavit berhubung perkara itu sebelum 10 Mei.

Rohana akan menyampaikan keputusan terhadap permintaan BERSIH pada 15 Mei untuk memeriksa balas Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, dan untuk mendapatkan 1,706 laporan polis yang difailkan terhadapnya sebelum perhimpunan tahun lalu.

Peguam Aston Paiva, yang mewakili BERSIH dalam mencabar pengharaman kerajaan, memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas beliau dan Azizan bertemu hakim di kamar.

Panas Berapi: Foto Terkini Sri Wani Choo Abdullah Didedahkan... Apakah Benar Dianya Lelaki?? Jom Terjah...




Keputusan sama ada pengusaha pusat kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah perlu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi memastikan jantina sebenarnya ditangguhkan ke 26 Jun ini bagi memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak memfailkan hujah terhadap permohonan tersebut.


Permohonan agar wanita terbabit menjalani ujian itu difailkan suaminya, bekas Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Bahrom Sanugi selepas setahun bernikah dengan Sri Wani. - UTUSAN

Panas!!! Inilah Senarai Pemenang2 Bagi Anugerah Astro Arena 2012


Apek Menang Anugerah Astro Arena 2012!! Bintang bola sepak Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan nama Apek telah memenangi Anugerah Atlit Lelaki Berpasukan di Anugerah Astro Arena 2012 yang berlangsung 24 April 2012.


Dikhabarkan semasa Majlis Anugerah Astro Arena 2012 berlangsung, Apek tidak dapat hadir kerana dia kini berada di Vietnam. Walaupun begitu, Apek amat berterima kasih kepada para peminat yang memberi sokongan kepadanya. Dia bertekad akan memperbaiki mutu permainannya dan berharap rakyat Malaysia akan terus menyokong pasukan bola sepak negara.

Antara lain yang turut memenangi anugerah di majlis tersebut ialah rakan sepasukan Apek iaitu Nazmi Faiz dan jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee yang masing-masing memenangi Anugerah Atlet Muda Pilihan dan Jurulatih Pilihan. Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang memenangi anugerah di Anugerah Astro Arena 2012.

Berikut adalah keputusan penuh Anugerah Astro Arena 2012:


ATLIT LELAKI PILIHAN BERPASUKAN:
Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak)-PemenangBryan Nickson Lomas (Terjun)
Adrian Ang (Bowling)
Cheng Chu Sian (Memanah)
Mazli Ikmar Mohd Nor (Hoki)

ATLIT WANITA PILIHAN BERPASUKAN:
Pandelela Rinong (Terjun)
Png Hui Chuen (Renang Berirama)
Jacqueline Sijore (Bowling)
Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal)-PemenangKatrina Ann Abdul Hadi (Renang Berirama)

ATLIT MUDA PILIHAN:
Zulfadli Zulkifli (Badminton)
Adiq Husaini Othman (Berbasikal)
Aaliyah Yoong (Ski Air)
Jupha Somnet (Berbasikal)
Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Bola Sepak)-pemenang

KEBANGKITAN PILIHAN:
Sam Chong (Snuker)
Lee Hup Wei (Olahraga)-Pemenang

JURULATIH PILIHAN:
Yang Zhuliang (Terjun)
Ong Kim Swee (Bola Sepak)-Pemenang
Holloway Cheah (Bowling)
John Beasley (Berbasikal)
Lee Jae Hyung (Memanah)

BLOG SUKAN PILIHAN:
Haresh Deo(Foul)
S S Dhaliwal ( Malaysian Sports)
Christopher Raj (Jaiho Malaysia)
Mohd Aiman (SuaraSukan1Mas)-Pemenang

PERLAWANAN PILIHAN:
Indonesia lwn Malaysia (Final Bola Sepak Sukan Sea 2011)-PemenangLin Dan lwn Lee Chong Wei (Final Kejohanan Badminton Seluruh England 2011)
Terengganu lwn Negeri Sembilan (Piala Malaysia 2011)
Malaysia lwn Singapura (Kelayakan Piala Dunia 2014)
Malaysia lwn Australia (Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2012).

LAGENDA SUKAN NEGARA:
Dato M Rajamani
Datuk Ghani Minhad
Adnan Saidin
Sylvia Ng

ANUGERAH KHAS ARENA:
Salam Sidik

JASAMU DIKENANG:
Razali Alias
Khoo Beng Khai

Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang di Anugerah Astro Arena 2012. Selepas Apek menang Anugerah Astro Arena 2012, diharap pencapaian Apek akan terus meningkat.


sumber: forblogger.net

[Video & Gambar2] Tarian Separuh Bogel, Hidangan 3 Ekor Babi Panggang Dan Percikan Bunga Api Menjadi Gangguan Pelancaran Pra BERSIH 3.0 Peringkat Parlimen Gopeng... Apa Kata Pak Samad Said??





Gopeng: Pelancaran Pra Bersih 3.0 Peringkat Parlimen Gopeng yang dihadiri oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said malam tadi dicemari dengan gangguan daripada pihak tertentu.

Pelbagai acara diadakan untuk mengganggu program anjuran Pemuda Pakatan Rakyat kawasan tersebut termasuklah tarian separuh bogel, tarian singa, percikan bunga api dan sebagainya.
Program yang diadakan hanya seberang jalan kira-kira 10 meter itu dipercayai dianjuran oleh BN kerana ianya bukan kali pertama malah enam program Pakatan Rakyat di kawasan tersebut sebelum ini turut diganggu.

Pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; dan Timbalan Ketua AMK, Pusat Khairul Anuar Zainudin.

A Samad Said dalam ucapannya kesal dengan gangguan ini dan ianya menggambarkan BN berusaha untuk menyekat kebangkitan rakyat.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad menjelaskan, negara sekarang dalam suasana yang amat ‘merungsingkan’.

“Kita mahukan lunas-lunas demokrasi di Negara ini diperbetulkan, tapi orang yang sudah berkuasa lebih 5 dekat tidak mahu itu.

“Sebab mereka merasakan jika pilihanraya di Negara ini bersih, mereka akan dibersihkan,” katanya sambil diberi tepukan gemuruh kira-kira 2,000 hadirin.

Menurutnya, Pakatan Rakyat mempunyai watak-watak yang istimewa untuk memerintah dan rakyat perlu membantu mereka untuk memerintah.

Sementara itu, Mohammad Nizar berkata, BN ketika ini sangat takut dengan suara dan kebangkitan rakyat kerana ianya akan menggugat mereka untuk terus berkuasa di Negara ini.

“Saya menggesa seluruh rakyat di negeri Perak ‘turun’ ke himpunan Bersih 3.0 sabtu ini untuk memberi isyarat kepada BN bahawa rakyat sudah bangkit dan menolak mereka,” jelasnya. -HD

Gangguan dan provokasi melampau di program pelancaran Bersih 3.0 peringkat Parlimen Gopeng

Di setiap program kelolaan Pakatan Rakyat sekitar Dun Sg Rapat, pasti ada gangguan. Dengan atau tanpa gangguan, program tersebut pastinya berjaya juga

Ketakutan Umno/BN semakin menjadi-jadi, walau dengan apa cara sekalipun, program-program Pakatan perlu diganggu-gugat. Namun yang pastinya, sedar atau tidak, segala gangguan tersebut kini merupakan daya penarik untuk orang ramai bertumpu dan berasak-asak ke program Pakatan.

Pada malam pelancaran Bersih 3.0 peringkat Parlimen Gopeng di Desa Pakatan, Ipoh itu, pihak yang berada di seberang jalan sahaja daripada tapak ceramah Pakatan telah mengadakan upacara tarian naga, tarian amoi dan hidangan khinzir panggang dengan bunyi muzik yang begitu kuat sekali.







Tarian amoi seksi yang dihidangkan bersama dentuman muzik yang sungguh kuat dihadapan tidak lebih daripada 30 orang, semata-mata untuk mengganggu suara penceramah disebalik jalan sana.

Saksikan video dibawah untuk melihat suasana pada waktu itu:








3 ekor khinzir panggang yang diletakkan di bawah khemah menghadap kepada tapak ceramah Pakatan


Suasana menjadi tegang apabila orang ramai menyerbu tapak khemah tarian dan muzik semasa YB Dr Lee Boon Chye sedang berunding dengan pihak di sebelah sana untuk perlahankan sedikit bunyi muzik mereka. Menurut ketua keselamatan pihak penganjur ceramah, pihak polis yang berada di situ telahpun dimaklumkan akan provokasi yang dilakukan diseberang jalan sana, namun tiada apa-apa tindakan yang di ambil.

Akibatnya, orang ramai yang tidak berpuashati kerana mengganggu mereka untuk mendengar ceramah telah menyerbu ke khemah tempat peralatan muzik. Namun yang demikian, dengan kecekapan pihak UKP dan Unit Amal yang bertindak pantas untuk menghalang orang ramai daripada membuat sesuatu yang tidak diingini.

Kita lihat video suasana tegang tersebut:-




Selepas menonton video diatas, jelas kelihatan pihak keselamatan Pas telah berjaya menyelamatkan keadaan  







Suasana tegang tersebut dapat diatasi dan disuraikan oleh UKP dan Unit Amal



Bunga api dan mercun juga digunakan untuk membuatkan suasana yang hingar-bingar 


Diharapkan semoga segala gangguan dan provokasi sebegini dapat dihentikan demi kesejahteraan dan keharmonian penduduk setempat dan juga pengunjung yang datang beramai-ramai untuk mendapatkan penjelasan dan maklumat terkini di ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat.





kredit: http://ajijoi.blogspot.com
kredit2|Greenboc

Pelakon Popular Ini Nafi Sindir Ibu Mertua Dalam 'Tanah Kubur'


Jimmy Shanley
PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley menolak tuduhan kononnya dia cuba menyindir ibu mertuanya yang juga usahawan Datin Muniroh Kassim dalam episod terbaru drama bersiri Tanah Kubur yang ditayangkan di Astro Oasis pada Jumaat lalu.
Pemilik nama sebenar Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 32, itu berkata dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana watak gigolo yang dilakonkannya itu mengikut skrip yang dihasilkan syarikat produksi Opera Klasik Sdn Bhd.
“Dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas langsung. Saya hanya pelakon yang memainkan watak seperti dikehendaki dalam skrip pengarahnya Rashid Sibir.
“Drama itu adalah cerita rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan kehidupan peribadi saya atau orang lain,” katanya kepada mStar Online, di sini, petang Selasa.
Jimmy berkata demikian bagi mengulas dakwaan terbaru kononnya dia cuba menyindir ibu mertuanya apabila wujud watak Datin Iroh, seakan-akan singkatan nama pemilik produk kecantikan Natasya itu yang dilakonkan oleh Rozita Rohaizat.
Ditanya mengenai dakwaan hubungannya dingin dengan keluarga mertua dan berkelakuan tidak manis apabila memanggil ibunya itu dengan nama Datin, bekas pengacara Trek Selebriti itu berkata dia tidak pernah mendengar tuduhan tersebut.
“Saya jarang berkomunikasi dengan ibu mertua. Kami sibuk dengan kehidupan masing-masing. Tiada apa pun yang keruh atau dingin berlaku antara kami.
“Saya tidak mahu komen lebih, buat masa ini saya lebih selesa menumpukan pada kehidupan sendiri sahaja,” katanya.
Jimmy yang kini berjinak-jinak dalam bidang lakonan memberitahu, selepas pelbagai kecelaruan timbul dalam kehidupannya, dia tidak mahu lagi untuk bercerita mengenai soal privasi.
“Saya tidak mahu lagi untuk ulas apa-apa melainkan keadaan memerlukan untuk saya bercakap. Sebelum ini, sudah terlalu banyak hal peribadi dan rumah tangga saya diperkatakan.
“Kini, saya mahu melangkah ke hadapan dan serahkan sahaja kepada pihak mahkamah bagi menentukan hal rumah tangga kerana mereka lebih arif,” katanya.
Keputusan hak penjagaan ke atas anak perempuannya Zahrah Shanley hasil perkahwinan dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy akan diumumkan pada 30 April ini.
Sebelum ini, Jimmy pernah memfailkan perintah kembali taat terhadap isterinya pada 3 Januari 2011 diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari tahun yang sama.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.