Panas!! Detik2 Manis & Indah Pelakon Jelita, Lisa Surihati Langsungkan Perkahwinan... Siapa Jejaka Pilihannya???

saya amat mencintaimu

saya amat mencintaimu

saya amat mencintaimu

filem SAM

Tahniah kami ucapkan buat pasangan aktor dan aktres popular yang telah melangsungkan perkahwinan secara senyap-senyap dan juga main-main je. Scene perkahwinan Lisa Surihani dan Shaheizy Sam dilakonkan oleh mereka boleh anda lihat dalam filem terbaru terbitan Skop Production bertajuk Saya Amat Mencintaimu (SAM).

Saya Amat Mencintaimu (SAM) mendapat sentuhan pengarah muda, Syafiq Yusof (anak Datuk Yusuf Haslam) yang berumur 18 tahun dan membariskan bintang-bintang hebat seperti Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Azad Jazmin, Syamsul Yusof, Neelofa dan ramai lagi.

Syafiq Yusof sebelum ini pernah menghasilkan beberapa filem pendek selain mengarahkan drama bersiri Gerak Khas. Syafiq juga banyak mendalami teknik CGI untuk memberikan kesan khas kepada filem.

Filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) yang lebih kepada komedi dan romantik langsung tidak menarik minat Syamsul yang lebih meminati filem dengan genre aksi, justeru filem itu diberikan kepada adiknya sebagai percubaan pertama adiknya dalam mengarah filem.

syafiq yusof


Anak Perempuan Menteri Bercerai Setelah Tahu Dirinya Dimadu, Peliknya Suaminya Dah 6 Tahun Kahwin Lain...

KUALA LUMPUR: Anak kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Rabu, disahkan bercerai secara baik dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Lafaz cerai terhadap Malini Rais, 33, dibuat oleh suaminya, Dr Raja Badrul Hisham Raja Zezeman, 43, di hadapan Hakim Syarie Ahmad Basyir Yakub.

Dengan lafaz tersebut, Ahmad Basyir memerintahkan Malini, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding berlangsung untuk beredah selama tiga kali suci bermula pada Rabu.

Pada prosiding itu, Malini yang hadir bersama ahli keluarganya diwakili oleh peguam syarie Zulkifli Che Yong manakala Raja Badrul Hisham tidak diwakili peguam syarie.

Malini dan Raja Badrul Hisham berkahwin pada 27 Jun 2000 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Wanita yang mengenakan baju kurung dan bertudung hijau itu memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik dengan menamakan suaminya sebagai defendan pada 27 Julai lalu.

Berdasarkan writ pada permohonannya, Malini mendakwa suaminya telah berkahwin dengan wanita lain tanpa pengetahuannya sejak enam tahun lalu dan telah memperoleh dua cahaya mata hasil perkahwinan tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.