Bongkar!!! MP Lembah Pantai Dedah Bagaimana Pemuda UMNO Boleh Buat Untung Atas Angin Sebanyak RM75Juta...

KUALA LUMPUR: Keputusan Yayasan Gerakbakti Kebangsaan (YBK), satu entiti dipercayai milik Umno melepaskan 40 peratus pegangan sahamnya dalam syarikat pemaju Kuala Lumpur Eco City (KLEC), disifatkan sebagai keuntungan atas angin.

Pada 26 Julai 2011 akhbar The Star melaporkan syarikat pemaju SP Setia Sdn Bhd, bersedia mengambil alih baki saham KLEC dari YBK yang dianggarkan bernilai RM75 juta.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, beliau difahamkan perkongsian untung berdasarkan nisbah 80:20 di antara KLEC dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Sekiranya pengambilalihan terlaksana, ke mana keuntungan RM75 juta itu akan dibelanjakan? Bagaimanakah tindakan ini akan menguntungkan golongan sasar terutama mereka yang telah dipindahkan atau adakah ini satu contoh menerima keuntungan ‘atas angin’ bagi pihak Pemuda Umno?,” kata Nurul Izzah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika melawat rumah seorang penduduk Kampung Abdullah Hukum, Sugayindran Velasamy yang dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini.

Sugayindran Velasamy kecewa kerana rumah yang didirikan di atas tanah miliknya sejak sekian lama dirobohkan oleh pemaju bagi tujuan pembangunan projek Kuala Lumpur Eco City.

Malah Sugayindran, pemilik asal tanah berstatus hak milik kekal (freehold) seluas empat ekar di kawasan yang didiaminya sejak bergenerasi lamanya itu tidak diberikan sebarang pampasan oleh pemaju walau sesen pun.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden KEADILAN menuntut YBK yang dipengerusikan Ketua Pemuda Umno menjelaskan bagaimana KLEC memperolehi aset tersebut iaitu sebidang tanah seluas 25 ekar di kawasan tanah premium di tengah kota Kuala Lumpur.

“Kita harus ingat bahawa tujuan penubuhan yayasan tersebut adalah demi membasmi kemiskinan dan mempertingkat mutu hidup golongan Bumiputera berpendapatan rendah.

“Jadi bagaimana tindakan ni akan menguntungkan golongan sasar, terutamanya mereka yang telah dipindahkan atau adakah ini satu contoh
menerima keuntungan projek “atas angin” bagi pihak Pemuda Umno,” soalnya.

Saya Lalui Perkara Yang Cukup Perit Bila Kisah Pertunangan Yang Terputus Di Tengah Jalan Heboh – Elia

Kes putus tunang pemain bola sepak malaysia amat menarik perhatian para peminat sukan tersebut mahupun peminat yang suka gosip di dunia hiburan, terbaru dalam laman blognya Elia menulis yang beliau amat perit dengan perkara yang sedang dilaluinya saat ini, kata Elia lagi dia hanya menikmati saat bahagia bersama orang tersayang hanya dalam masa dua bulan, dua bulan memang masa yang agak pendek untuk merasai kebahagiaan sebenar.

“Seperti yang anda sedia maklum, saya dan MIA (merujuk kepada Khairul Fahmi) dah putus tunang. Walaupun belum secara rasmi mengikut adat, tapi hakikatnya memang bagi saya kami sudah tiada ada apa-apa hubungan. Perkara yang saya lalui ni sangat perit dan bukan perkara kecil. Sepanjang hidup selama 22 tahun ni, ini merupakan dugaan terbesar yang pernah saya tempuh. Siapa yang tak sedih apabila baru 2 bulan mengecapi kebahagiaan bergelar tunangan orang dan tak sampai 4 bulan lagi kami bakal menjengah ke alam perkahwinan, namun impian itu terputus di tengah jalan dan tak berakhir dengan cara yang diharapkan, ” kata Elia menerusi laman blognya.

Namun ELia tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana dia sedar akan kesilapan dirinya sendiri yang menyebabkan Khairul Fahmi bertindak di luar pemikirannya.

“Tak perlulah dibahaskan punca sebenar keputusan kami untuk putuskan pertunangan ini. Tak guna kita saling menuding jari dan masalah pun tak akan selesai. Ini semua ketentuan takdir dari yang Maha Esa. Memang saya akui, masing-masing ada salah dan silap. Segala punca dan cerita secara details biarlah hanya saya, dia dan Allah sahaja yang tahu. Tak perlulah saya nak mengaibkan mana-mana pihak kerana banyak hati yang perlu saya jaga. The last thing i ever want to do is to hurt those people i truly love.”

Itulah kata-kata dari Elia sendiri sebagai bekas tunangan khairul fahmi yang terluka, diharap Elia bersabar menempuhi kehidupan barunya tanpa khairul fahmi disisi.

Elia juga ada berpesan kepada segelintir golongan yang suka menuduh ahli keluarganya dan mengata perkara yang bukan-bukan,

So i would pretty much appreciate if you guys berhenti mengata atau menghina keluarga saya. Tapi if korang nak mengutuk juga terpulanglah. Kubur masing-masing, dosa tanggung sendiri ye dop?

Elia mungkin mengatakan hal sedemikian kerana ramai yang tidak menyukai kakak Elia sehinggakan dan yang sanggup membuka laman Fanpage Facebook untuk membenci kakaknya itu.

Kita Bongkar Siapakah Hacker Yang Menggelarkan Diri Mereka Gaysec, Penggodam Laman 1Malaysia Dan Dedah Siapa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara?

Kita digemparkan dengan pendedahan mengenai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang menghina Islam. Orang yang mendedahkan semua ini adalah hacker yang menggelar diri mereka Gaysec.Selain berjaya menggodam akaun Makcik murtad ni. Mereka juga sudah berjaya menggodam laman 1malaysia.com.my. Siapakah mereka ini. Sila baca temubual bersama mereka secara senyap-senyap
Sekuriti

Akhir-akhir ini, nama GaySec semakin menjadi popular, dengan pendedahan kelemahan sekuriti beberapa laman terkemuka, termasuk pelepasan data oleh mereka kepada orang awam. Dan dengan itu, khas untuk pembaca Amanz, kami telah menjalankan sebuah temuramah ringkas bersama-sama mereka, dan kami akan memecahkannya kepada beberapa bahagian, dan membawakannya kepada anda sepanjang minggu ini.


GaySec terdiri daripada berapa ramai individu?

GaySec mempunyai 2 orang individu sahaja buat masa ini. GaySec tidak mempunyai ramai ahli kerana semua kawan-kawan kami sibuk dengan perkara lain. Selama ini kami hanya bergerak secara solo (keseorangan) sahaja di dalam dunia siber ini.

Boleh Amanz dapatkan nama panggilan untuk kedua-dua individu tersebut, ataupun hanya mengelarkan sebagai GaySec sahaja?

Kami risau kalau-kalau ada orang yang dapat mengenalpasti siapakah kami jikalau kami memberitahu “nama samaran” di internet ini. Jadi, gelarkan sahaja kami sebagai GaySec.

Kami telah beroperasi sejak beberapa tahun yang lepas, dan pernah mengemparkan Malaysia suatu ketika dahulu.

“Suatu ketika dahulu”? Boleh jelaskannya?

Ya. Beberapa tahun yang lepas, kami ada mengemparkan Malaysia dengan beberapa isu antara pengodaman negara jiran, dan lain-lain. Tetapi, maafkan kami kerana tidak dapat memberi tahu apakah isu berkenaan.

Boleh jelaskan kenapa memilih nama GaySec sebagai nama pilihan?

Oh ya. Mengenai nama gelaran GaySec itu, kami memilih nama GaySec kerana di dalam perkataan “Gay” itu ada maksud “happy” ataupun “gembira” dalam bahasa Melayunya. Gembira bagi kami adalah kami gembira melakukan ini semua, kerana setiap apa yang kami buat, kami telah cuba mengubah masa depan tahap keselamatan sesuatu laman web atau sistem itu di Malaysia. semakin kami, kami akan Gembira dengan melihat perubahan daripada apa yang terjadi hasil daripada yang kami lakukan ini semua. Jadi, kami Gembira melakukan semua, demi keselamatan laman sesawang negara Malaysia ini juga.

Bercakap mengenai web, ianya kelihatan yang mana para pengguna yang menggunakan Google DNS dan OpenDNS sahaja yang boleh mengaksesnya. Boleh jelaskan mengapa? Adakah ada kena mengena dengan sekatan SKMM?

Mengenai akses ke dalam laman sesawang http://www.gaysec.net/ mungkin juga ada kena mengena dengan SKMM, kerana tidak sampai satu hari kami melepaskan database Streamyx yang telah kami dump, kami mendapati laman sesawang gaysec.net telah di “redirect” kan kepada alamat ip 127.0.0.1 apabila di ping. Mungkin SKMM cuba untuk mengelakkan sesiapa sahaja daripada mengakses daripada laman kami kerana tidak mahu sesiapa memuat turun database yang telah kami dapat.

Dan, berkemungkinan kami akan mempunyai domain kedua suatu hari nanti untuk mengantikan GaySec.net. Nanti kami akan umumkan kepada umum apabila domain baru telah dilepaskan.

Bercakap mengenai Streamyx, boleh perjelaskan mengapa ianya ditarik balik dari GaySec? Adakah pihak Streamyx menghubungi pihak GaySec mengenainya?

Mengenai database Streamyx, kami menarik balik di atas sebab tertentu yang tidak dapat di elakkan. Itu sahaja. Kami tidak dapat memberi apa-apa ulasan mengenai perkara ini.

Buat masa ini, adakah anda hanya menguji laman sesawang di Malaysia sahaja, ataupun turut sama laman-laman antarabangsa?

Oh ya. Setakat ini, kami hanyalah mensasarkan laman sesawang daripada Malaysia sahaja, mungkin juga suatu hari nanti kami akan bergerak kepada laman sesawang di negara jiran kita mahupun luar negara. Alahualam. Kami ingin meneruskan motif dan objektif kami untuk terus menegakkan tahap keselamatan laman sesawang di Malaysia sahaja. Kami tidak mahu laman sesawang di pandang rendah dan dihina oleh luar negara.

Jadi, buat masa ini, secara rambangnya, GaySec telah menguji berapa buah laman sesawang tempatan? Adakah pemilik beberapa laman sesawang yang pernah diuji, pernah menghubungi GaySec?

Bercerita tentang itu, Selama kami melakukan ujian tahap keselamatan ke atas beberapa laman sesawang yang saudara nyatakan, tidak pernah sesiapa ataupun sistem admin pernah menghubungi kami. Kami sentiasa semak email kami jika terdapat sebarang pertanyaan atau dihubungi oleh sesebuah pihak yang telah kami uji tahap keselamatannya.

Mengapakah pihak GaySec mengeluarkan pangkalan data daripada laman yang digodam kepada para pengguna awam memandangkan ianya mungkin bersifat peribadi (privasi)?

Mengenai pangkalan data yang pernah kami dapat, kamu cuma akan melepaskan separuh ataupun suku daripada semua yang kami dapat sahaja. kami faham dengan data peribadi seseorang. Kami cuba akan melepaskan data yang mempunyai kata laluan dalam bentuk HASH dan perlu dilakukan penukaran ke dalam bentuk yang asal. Kami tidak akan melepaskan data peribadi yang sensitif seperti nombor telefon, kad pengenalan, alamat atau apa sahaja alamat peribadi yang bersifat sensitif.

Kami mengeluarkan kerana semata-mata untuk tunjukkan kepada sistem admin dan web master yang kami mampu menguji sesuatu sistem dan laman web itu sehinggalah kami dapat mencapai ke dalam pangkalan mereka. Kami perlu keluarkan bukti.

Kami melepaskan pangkalan data itu bukan kerana hendak menunjuk-nunjuk, tetapi hanyalah untuk memberikan kesedaran kepada pengguna sesuatu laman sesawang, sistem admin dan web master itu tentang keselamatan sendiri.

Jika kami mampu dapatkannya, bagaimana pula dengan orang lain yang lebih “hebat” daripada kami?

Berkenaan dengan laman-laman yang menjadi sasaran sehingga kini, bagaimanakah ianya dibuat? Adakah secara rawak ataupun bagaimana?

Kami hanya mensasarkan kepada dalam sesuatu laman sesawang yang patut kami memperjelaskan tentang ujian tahap keselamatan laman sesawang itu sedar tentang tahap keselamatan yang selalu digunakan oleh mereka.

Jika kami tidak melakukannya, kami takut jika suatu hari nanti ada orang akan pergunakan sesuatu laman sesawang itu untuk melakukan perkara yang tidak baik dan perkara yang tidak dapat dielakkan.

Selama ini, jika kami mendapat kelemahan keselamatan disesuatu laman sesawang, kami emailkan kepada sistem admin dan webmaster, tetapi tiada respon yang kami terima. Kami agak kecewa kerana tidak menitik beratkan tentang keselamatan laman sesawang tersebut.

Bagaimanakah anda masuk kesesuatu sistem? Guna tools atau command line atau perkara lain?

Tentang bagaimanakah kami memasuki sistem atau sesuatu laman sesawang itu, kami tidak menggunakan apa-apa alatan untuk melakukannya. Kami hanya melakukan secara manual dan mungkin kami akan menggunakan alatan yang telah kami cipta sendiri untuk mempermudahkan kerja kami ketika melakukan ujian keselamatan ke atas sesuatu sistem atau laman sesawang itu. Kami tidak mengharapkan kepada alatan kerana kebanyakkan alatan yang telah kami gunakan banyak membawa kami kepada “false positive” dan keputusan yang tidak betul.

Sebagai contoh, kami tidak pernah sekali pun menggunakan perisian dan alatan yang bernama “nessus”, kerana kami tidak mengharapkan kepada perisian/alatan yang telah siap. Kami rasa dengan manual kami akan mendapat keputusan yang jauh lebih baik untuk menguji sesuatu tahap keselamatan di sesuatu sistem atau laman sesawang itu.

Adakah semua ahli GaySec daripada latar belakang IT dan bekerja? Ataupun masih pelajar lagi?

Kami masih lagi belajar, dan kami masih lagi tidak bekerja, lagipun kami masih lagi belasan tahun. Kerana itulah kami mempunyai banyak masa lapang untuk melakukan ini semua.

Selama ini kami tidak ada kena mengena dengan latar belakang dunia IT pun, kami hanyalah manusia biasa yang belajar semua ini kerana minat dan ingin tahu bagaimanakah sesuatu sistem itu berfungsi. Daripada situ kami dapat manipulasikan semua ini untuk digunakan dalam konsep ujian tahap keselamatan sesuatu laman sesawang ataupun sistem itu.

Kini, ianya boleh diperkatakan semestinya pihak GaySec mempunyai beberapa data web-web lain dalam simpanan. Boleh kami ketahui berkenaan dengan web-web tersebut?

Buat masa sekarang, kami tidak akan melepaskan apa-apa lagi maklumat tentang ini. Tetapi ada lah beberapa laman sesawang yang popular di Malaysia ini, contohnya adalah Domain Provide di Malaysia ini.
Mynic?

Tidak boleh diberitahu buat masa sekarang.

Adakah ahli kumpulan GaySec mempunyai hubungan dengan kumpulan lain seperti RileksCrew dan LuvSec?

Tidak, kami tidak pernah terlibat dengan mana-mana kumpulan lain seperti RileksCrew, LuvSec dan lain-lain. Selama ini kami hanya begerak dalam keadaan SOLO didalam dunia internet di Malaysia ini. Kami tidak pernah terfikir untuk menyertai semua kumpulan tersebut. Kerana sejak dari dahulu sampai la sekarang, motif dan objektif kami wujud didalam dunia siber ini hanyalah semata-mata untuk meningkatkan tahap keselamatan di sesuatu sistem atau laman sesawang itu.
Selalunya, apakah jenis kelemahan yang anda jumpa pada sesuatu sistem ataupun laman sesawang?

Kebiasaannya, kami banyak menjumpai banyak kelemahan dengan tahap keselamatan kata laluan. Kebanyakkan selalu kami dapat kami hanyalah meneka kata laluan yang berada pada aras yang rendag, seperti 123, 1234 dan lain-lain. Kedua, fail simpanan (backup) yang lama disimpan di dalam tempat seseorang itu boleh mencari dan meneka nama fail ataupun sesebuah folder itu.
Memang ada antara kita yang memang skeptikal dengan penggodam atau hacker kan. Tapi, melalui pendedahan di atas, kita dapat lihat yang tujuan sebenar Gaysec adalah supaya sistem keselamatan website Malaysia betul-betul selamat.

Tetapikan, pernyataan dari Gaysec yang berbunyi:
Kami masih lagi belajar, dan kami masih lagi tidak bekerja, lagipun kami masih lagi belasan tahun. Kerana itulah kami mempunyai banyak masa lapang untuk melakukan ini semua.

Video2 Rusuhan Di Bandar Raya London - Rakyat Malaysia Turut Cedera




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.