Bongkar!!! MP Lembah Pantai Dedah Bagaimana Pemuda UMNO Boleh Buat Untung Atas Angin Sebanyak RM75Juta...

KUALA LUMPUR: Keputusan Yayasan Gerakbakti Kebangsaan (YBK), satu entiti dipercayai milik Umno melepaskan 40 peratus pegangan sahamnya dalam syarikat pemaju Kuala Lumpur Eco City (KLEC), disifatkan sebagai keuntungan atas angin.

Pada 26 Julai 2011 akhbar The Star melaporkan syarikat pemaju SP Setia Sdn Bhd, bersedia mengambil alih baki saham KLEC dari YBK yang dianggarkan bernilai RM75 juta.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, beliau difahamkan perkongsian untung berdasarkan nisbah 80:20 di antara KLEC dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Sekiranya pengambilalihan terlaksana, ke mana keuntungan RM75 juta itu akan dibelanjakan? Bagaimanakah tindakan ini akan menguntungkan golongan sasar terutama mereka yang telah dipindahkan atau adakah ini satu contoh menerima keuntungan ‘atas angin’ bagi pihak Pemuda Umno?,” kata Nurul Izzah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika melawat rumah seorang penduduk Kampung Abdullah Hukum, Sugayindran Velasamy yang dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini.

Sugayindran Velasamy kecewa kerana rumah yang didirikan di atas tanah miliknya sejak sekian lama dirobohkan oleh pemaju bagi tujuan pembangunan projek Kuala Lumpur Eco City.

Malah Sugayindran, pemilik asal tanah berstatus hak milik kekal (freehold) seluas empat ekar di kawasan yang didiaminya sejak bergenerasi lamanya itu tidak diberikan sebarang pampasan oleh pemaju walau sesen pun.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden KEADILAN menuntut YBK yang dipengerusikan Ketua Pemuda Umno menjelaskan bagaimana KLEC memperolehi aset tersebut iaitu sebidang tanah seluas 25 ekar di kawasan tanah premium di tengah kota Kuala Lumpur.

“Kita harus ingat bahawa tujuan penubuhan yayasan tersebut adalah demi membasmi kemiskinan dan mempertingkat mutu hidup golongan Bumiputera berpendapatan rendah.

“Jadi bagaimana tindakan ni akan menguntungkan golongan sasar, terutamanya mereka yang telah dipindahkan atau adakah ini satu contoh
menerima keuntungan projek “atas angin” bagi pihak Pemuda Umno,” soalnya.

1 comments:

  1. Ana pernah dengar cerita bisnismen beri nasihat : Kalau nak berjaya dalam perniagaan kena cari peluang perniagaan yang tak payah keluar wang sebagai modal tapi memberi kita pulangan keuntungan yang banyak.

    kalau harap nak berniaga betui2 macam kita dok jual cendol tepi jalan,jangan harap nak maju maaaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.