Angkara Siapa? Rumah Adun Dipecah Masuk, Komputer Riba Dilarikan.. Jom Terjah!!!



Adun rugi RM3,500
Bilik utama kediaman Dr Mohd Nasir yang digeledah pencuri.
PETALING JAYA – Rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim di Damansara Damai dipecah masuk awal pagi Sabtu lalu.
Kejadian berlaku hanya disedari selepas wakil rakyat berkenaan pulang ke rumahnya kira-kira jam 11 malam.
Dr Mohd Nasir berkata, beliau meninggalkan rumah pada jam 10 pagi, namun pulang agak lewat kerana mahu berbuka puasa bersama anak-anak saudaranya di luar.
“Bila buka pintu, saya nampak beberapa barangan di bilik tidur utama berada di atas lantai hadapan pintu bilik,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati sebuah tablet dan komputer riba yang disimpan dalam beg tiada, dipercayai dilarikan.
“Pencuri turut menggeledah bilik utama, bilik belajar dan sebuah cawan dipenuhi duit syiling berjumlah RM50 turut dilarikan,” katanya.
Nasir berkata, pencuri turut menggeledah rak pakaian, rak buku untuk mencari barangan berharga, namun tidak berjaya kerana di rumahnya tidak mempunyai barang kemas.
“Mereka masuk ke dalam rumah melalui tingkap yang diumpil di bahagian dapur, dan jaring perangkap nyamuk yang dipasang turut dipotong,” katanya.
Katanya, kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sejak beliau mula tinggal di situ lebih empat tahun lalu.
“Saya terkilan kerana banyak hasil kerja dan dokumen penting dalam komputer riba hilang,” katanya yang kerugian RM3,500.
Susulan kejadian itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai.
Pemeriksaan lanjut polis pada hari sama mengesahkan tiada kesan cap jari ditemui kerana pencuri dipercayai memakai sarung tangan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes tersebut kini sedang disiasat.
|SinarHarian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.