Terkini!! Dua Rakyat Malaysia Berbangsa India Dan Cina Masih Diketahui Nasib Mereka Selepas Tentera Algeria Menggempur Kompleks Proses Gas, 35 Tebusan Terbunuh.. Jom Terjah!!



Gambar fail merakamkan kompleks pemprosesan gas di In Amenas di timur Algeria yang ditawan kumpulan pengganas, kelmarin. Sebanyak 35 tebusan terbunuh apabila tentera Algeria, semalam melancarkan serangan ke atas kompleks itu bagi menumpaskan kumpulan pengganas yang menahan 191 pekerja kompleks itu sebagai tebusan termasuk dua rakyat Malaysia, kelmarin. - REUTERS

ALGIERS, Algeria 17 Jan. - Sekurang-kurangnya 35 tebusan dan 15 orang pengganas terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Algeria ke atas sekumpulan pengganas yang menawan kompleks pemprosesan gas di In Amenas, di timur negara ini, hari ini.

Nasib dua warganegara Malaysia, yang dikenali sebagai K. Ravi, 48, dari Pulau Pinang dan Lau Seek Siang, 38, dari Sarawak, yang turut menjadi tebusan masih belum diketahui.
Sebanyak dua orang tebusan warga Jepun turut cedera dalam serangan tentera Algeria itu.

Ketua pengganas yang bertanggungjawab menahan kesemua tebusan itu, Abu al-Baraa dilaporkan turut terbunuh dalam serangan udara tentera Algeria itu.
Tentera Algeria menggunakan dua buah helikopter ketika menggempur kompleks tersebut, selepas sekumpulan militan bertindak menawan kompleks berkenaan, awal semalam dan menahan 191 pekerja sebagai tebusan termasuk 41 daripada mereka pekerja asing.

Dua warga Malaysia turut ditahan oleh kumpulan militan itu.

Bagaimanapun, tiada pihak dapat mengesahkan jumlah sebenar pekerja yang dijadikan tebusan oleh kumpulan pengganas terbabit.

Kumpulan pengganas terbabit menuntut kerajaan Algeria menarik balik sokongan kepada campur tangan tentera asing di Mali yang diketuai Perancis serta membebaskan lebih anggota kumpulan itu.

Sementara itu, sebanyak 55 tebusan telah berjaya melarikan diri sebelum tentera Algeria menggempur kompleks itu.

Awal pagi semalam, seorang warga Britain dan seorang warga Algeria terbunuh ketika kumpulan pengganas itu menawan kompleks tersebut. - AFP/REUTERS/AGENSI

Kementerian Luar mengesahkan dua rakyat Malaysia merupakan antara tebusan yang ditawan di pangkalan gas In Amenas di Algeria.
Menurut kenyataan Wisma Putra pada Khamis, ia dimaklumkan bahawa kedua-dua rakyat tempatan itu merupakan pekerja di pangkalan gas itu pabila mereka ditawan oleh pengganas dalam satu serangan pada Rabu.
Kementerian telah menghubungi ahli keluarga rakyat Malaysia terbabit dan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Algeria.
Menurut laporan awal daripada agensi berita AFP bahawa rakyat Malaysia dan Filipina merupakan antara tebusan yang kini menjadi tahanan di pangkalan gas di Algeria, di mana maklumat itu diperoleh daripada laporan saluran berita Perancis, France 24 pada Rabu, berdasarkan apa yang dilaporkan mengenai perbualan telefon dengan seorang lelaki warga Perancis.
Stesen itu, hanya menyiarkan sedutan perbualan mereka yang amat singkat yang dirakam dengan tebusan Perancis, berkata bahawa lelaki itu telah memberitahu mereka bahawa dia bersama-sama dengan rakyat Inggeris, Jepun, Filipina dan Malaysia.
Agensi berita France 24 itu bagaimanapun menyebut, tiada cara untuk mengetahui sekiranya tebusan telah bercakap di bawah kekangan pihak yang menahan mereka.
Menurut stesen itu, warga Perancis berkenaan memberitahu bahawa tebusan ditahan dalam sebuah bangunan yang tertutup di pangkalan gas di selatan Algeria dan mereka yang menjadi tebusan mempunyai tali pinggang berisi bahan letupan yang dipakaikan kepada mereka sebagai halangan terhadap serangan mana-mana pasukan keselamatan.
Perancis tidak mengesahkan bahawa salah satu daripada rakyatnya merupakan di kalangan tebusan berkenaan.
Satu kumpulan militan memberitahu media Mauritania bahawa mereka menawan 41 warga negara Barat, antara mereka adalah rakyat Perancis, British dan Jepun, juga tujuh rakyat Amerika Syarikat (AS), di pangkalan gas, In Amenas, yang dikendalikan bersama oleh syarikat minyak British, BP dan syarikat Norway, Statoil dan syarikat bekalan kuasa Algeria, Sonatrach.
Pihak berkuasa Algeria berkata, seorang rakyat Algeria dan warga British telah terbunuh dalam serangan itu.
Beberapa sumber sebelum ini merujuk tebusan-tebusan tersebut antara lain adalah terdiri daripada beberapa rakyat AS dan Britain, seorang warga Perancis, seorang warga Ireland, serta beberapa rakyat Jepun dan Norway.
Satu kumpulan militan, dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web Mauritania iaituAlakhbar sebagai berkata, penculikan itu merupakan pembalasan ke atas campur tangan tentera Perancis terhadap puak bersenjata yang merampas kawalan di utara Mali.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.