Terkini... Kenyataan Rasmi Pihak Panitia Muktamar Tahunan PAS ke 63 Rentetan Musibah Ribut Malam Tadi..


Pihak Panitia Muktamar Tahunan PAS ke 63 melahirkan rasa simpati ke atas mangsa-mangsa bencana ribut yang berlaku di Kompleks PAS Kedah sejurus selepas azan Maghrib dan mendoakan kesejahteraan mereka.

Kejadian berkenaan melibatkan beberapa buah khemah Kelab Usahawan Haraki PAS yang menempatkan agensi kerajaan dan persendirian.


 

Seramai 11 daripada 17 orang mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah,  Alor Setar.


Pihak Panitia Muktamar serta PAS Kedah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Amal Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat,  pegawai kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Medic Papisma dan St. John Ambulance yang telah membantu mangsa di tempat kejadian.


Sementara itu, semua aturcara program Muktamar Tahunan PAS ke 63 yang tidak melibatkan tapak ekspo adalah berjalan seperti biasa.



Marilah kita mendoakan semoga dua hari tempoh muktamar yang berbaki berlangsung dengan aman dan sejahtera.


Dr. Ahmad Fakruddin bin Sheikh Fakhrurazi
Pesuruhjaya PAS Kedah


30 April 2017

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.