HMK7K: PAS Kedah Komited Rampas Kembali Kedah Dari BN



KOTA SARANG SEMUT - Pas Kedah tetap yakin mampu mempertahankan kubu kuat parti itu di Kuala Kedah selama beberapa penggal pada PRU14 nanti.

Pada PRU12 dan PRU13 lepas, Dun Kubang Rotan, Anak Bukit dan Pengkalan Kundor merupakan kubu kuat Pas, sebelum beberapa Adun Pas, iaitu Adun Anak Bukit masuk dalam Bersatu dan Adun Pengkalan Kundor, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi masuk ke Amanah.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, dia yakin mampu mempertahankan kemenangan Pas di kerusi Dun itu dengan calon diletakkan parti itu.
“Kami akan terus mempertahankan tiga kerusi Dun Kubang Rotan, Anak Bukit dan Pengkalan Kundor di Parlimen Kuala Kedah seperti sebelumnya.

“Malah, kita juga akan mengekalkan kemenangan di kawasan lain yang juga menjadi kubu kuat Pas, misalnya seperti Tokai dengan kerja keras dijalankan semua pihak.

“Malah, kali ini kita juga akan meletakkan calon Pas untuk bertanding menentang calon parti lain di kerusi Parlimen Kuala Kedah demi menawan kawasan tersebut,” katanya selepas Himpunan Pendidik @ HMK7K di Dewan Datuk Haji Fadzil Mohd Noor di Kompleks Pas Kedah, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Dewan Muslimat Pas Kedah, Datuk Aishah Ghazali.

Beliau berkata, Pas Kedah bukan hanya akan mempertahankan kerusi-kerusi dimenangi dalam PRU lepas, malah akan menambah bilangan kerusi ditawan mereka.

Menurut Dr Fakhruddin, pihaknya yakin mampu mempertahankan dan menambah bilangan kerusi dalam PRU diadakan dengan gerak kerja dijalankan secara teliti dan tersusun sejak sekian lama.

Setakat ini, beliau berkata, pihaknya bersiap sedia menghadapi PRU14 dalam tempoh terdekat, memandangkan persiapan jentera parti telah siap kira-kira 99 peratus.

Terdahulu, lebih 800 golongan pendidik terdiri dari guru HESA, SRIDU, SRITI dan SMITI mengambil bahagian dalam Himpunan Pendidik tersebut.

#UP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.