PHOTO!! Lagi FITNAH Terhadap PAS Berlegar Di Ruang Maya.. Kerja Buat Siapa?


Saya boleh SAHKAN bahawa perbicaraan 3 permohonan interlokutori serentak, akan diteruskan selama 2 hari [30/4 – 2/5] di Mahkamah Queen’s Bench Division, London.
Saya boleh sahkan bahawa TGHH telah pun memfailkan Witness Statement [Afidavit In Reply] untuk menentang permohonan Sarawak Report, semalam, 18/4/2018. Peguam kami disana sangat bersedia untuk berhujjah.

Dakwaan foto ini (atas) konon Peguam kami di London sedang menunggu arahan untuk penyelesaian, menarik balik atau menangguhkan kes adalah BOHONG, PALSU & REKAAN SEMATA-MATA.
Bahkan sebagaimana Sidang Media Dato SUA PAS semalam, hakikatnya pada akhir tahun lepas/awal tahun ini, terdapat SESEORANG yang mengutuskan SESEORANG yang lain, mintak TGHH tarik balik kes ini secara diam-diam (tanpa permohonan maaf oleh Sarawak Report) dan mereka bersedia membayar sejumlah wang pampasan (undisclosed sum).
Kami menolak dengan tegas, tiada ruang untuk politik RASUAH/DEDAK dalam diari kami!
Percayalah kedua-dua SESEORANG itu amat dikenali dalam arena politik di Malaysia.
Gambar pada Foto tidak kami kenali, dan saya boleh sahkan ia bukannya gambar Peguam TGHH di London!
Berhentilah MEMFITNAH! Maut dan Ajal pasti menjelma!
Wan Rohimi Bin Wan Daud

Timbalan Pengerusi LUHAM PAS Pusat
Pengarah JUHAM, DPPM
19 April 2018

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.