Akibat Kesalahan Kemalangan Langgar Lari Selebriti Terkenal Ini Dihukum Penjara 8 Bulan...


YONG JUN


ANGGOTA kumpulan SG Wannabe, Kim Yong Jun telah dijatuhkan hukuman lapan bulan penjara selepas didapati bersalah dalam satu kejadian langgar lari di Gangnam, Seoul, Korea.

Selain itu, Mahkamah Daerah Tengah Seoul dalam pernyataannya pada 13 Mei lalu juga meletakkan Yong Jun berada dalam perhatian pihak berkuasa selama dua tahun, selain perlu membuat khidmat masyarakat selama 80 jam.

Kemalangan pada 8 Januari lepas yang telah menyebabkan kesesakan trafik yang teruk itu berlaku selepas kereta Mercedez yang dipandu Yong Jun dengan laju telah melanggar sebuah kereta lain sehingga menyebabkan dua penumpang kereta itu cedera parah dan terpaksa dirawat di hospital selama dua minggu.

Paling teruk ketika kemalangan, Yong Jun tidak turun membantu mangsa-mangsa yang tercedera tetapi melarikan diri dari lokasi kemalangan itu dan hanya menyerah kepada pihak polis beberapa jam kemudian.

Semasa perbicaraan berlangsung pada 29 April lepas, Yong Jun melahirkan kekesalan kerana menjadi punca kemalangan tersebut.

"Saya melarikan dari lokasi kemalangan kerana terlalu panik," ujarnya.

Sebelum ini, beberapa selebriti terkenal Korea lain turut terbabit dalam kes kejadian langgar lari termasuklah kes yang membabitkan aktres Han Ye Seul yang belum selesai.

Pada 2 Mei lalu, Ye Seul yang sedang memasuki parkir di bangunan apartmentnya telah melanggar seorang lelaki menyebabkan lelaki itu cedera. Ye Seul juga melarikan diri dari lokasi kejadian.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.