Fuhhh!!! DAP Menang Dengan Majoriti Sama di Bukit Gelugor.. Jom Terjah!!!

Setakat jam 6.30 petang, Ramkarpal Singh memperoleh 5,478 undi dengan jumlah pengundi tidak rasmi yang keluar menunaikan tanggungjawab adalah 56%. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mei, 2014.Setakat jam 6.30 petang, Ramkarpal Singh memperoleh 5,478 undi dengan jumlah pengundi tidak rasmi yang keluar menunaikan tanggungjawab adalah 56%. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mei, 2014.Calon DAP, Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor dengan jumlah majoriti hampir sama tahun lepas walaupun jumlah pengundi merosot, menurut keputusan tidak rasmi.
Ketua komunikasi parti, Ng Wei Aik berkata DAP menerima 43,500 undi manakala tiga lagi calon Bebas memperoleh 1,500 undi keseluruhan.
Jumlah pengundi tidak rasmi yang keluar menunaikan tanggungjawab adalah 56%.
Setakat jam 6.30 petang, Ramkarpal memperoleh 5,478 undi manakala lawannya daripada Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan memperoleh 677 undi.
Dua calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohammad Zan dan Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar masing memperoleh 50 dan 148 undi.
Dengan perkembangan ini, Ramkarpal dijangka memenangi kerusi yang sebelum ini disandang bapanya, Karpal Singh yang terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
Bagaimanapun, jumlah pengundi yang keluar mengecewakan harapan DAP untuk menang dengan jumlah majoriti lebih besar berbanding tahun lalu.
Dalam pilihan raya umum tahun lalu, Karpal menang dengan majoriti 41,778 undi berbanding calon MCA, Teh Beng Yeam (Barisan Nasional), dengan jumlah pengundi yang keluar sebanyak 85%.
Awal hari ini, Setiausaha Agung DAP dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Geng berkata jumlah pengundi yang kecil sememangnya sudah dijangka memandangkan Ramkarpal sejak awal lagi diramal akan menang kerusi tersebut tersebut, yang juga dianggap kubu kuat DAP sejak 2004.
Terdapat 82,431 pengundi di Bukit Gelugor,  74.33% (61,267) Cina, 14.45% (11,913) Melayu, 10.73% (8,848) India dan 0.49% (403) pengundi lain-lain. – 25 Mei, 2014.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.