Dato' Husam: UMNO Kelantan tiada kuasa




KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, pemimpin UMNO Kelantan yang berjawatan menteri tidak layak untuk bercakap mengenai royalti minyak kerana tidak mempunyai portfolio bidang tersebut.

Beliau yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan berkata, tanggungjawab untuk menjawab isu berkenaan sepatutnya diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Petronas yang lebih ta:hu mengenai tuntutan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri.

“Saya hairan kenapa pemimpin UMNO Kelantan yang bercakap mahu menghalang pemberian royalti sedangkan ia bukan bidang kuasa mereka, sepatutnya pemimpin UMNO ini bersatu dengan kita untuk menuntut royalti bagi faedah rakyat Kelantan.

:“Tanggungjawab untuk menjawab isu ini ialah perdana Menteri dan Petronas, bukan menteri atau timbalan menteri yang tidak ada kena-mengena dengan portfolio petroleum, sebab itu bagi saya, keputusan ini adalah keputusan politik UMNO Kelantan,” katanya ketika ditemui di Kota Darul Naim di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed menjelaskan, semua kenyataan beliau berhubung tuntutan royalti minyak kerajaan Pas adalah berdasarkan keputusan mesyuarat yang turut disertai oleh Petronas, Peguam Negara dan pemimpin tertinggi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mustapa yang juga pengerusi perhubungan Barisan Negeri (BN) Kelantan dukacita dengan pelbagai dakwaan dan menganggap ia sebagai satu penyelewengan yang ditimbulkan oleh pembangkang yang cuba mencari ihsan politik.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.