Kedah Sejahtera: KHTP terus jadi pilihan pelabur



KULIM – Kedah terus menjadi pilihan para pelabur untuk menanam modal dan mengembangkan perniagaan mereka. Baru-baru ini satu perjanjian di antara Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan LMA International N.V telah dimeterai.

Majlis menandatangani perjanjian telah diadakan di Pusat Perniagaan KHTP, antara Presiden KHTP, Haji Muhammad Sobri Osman dan Presiden LMA International N.V, Encik Trevor Swete.

Menurut Haji Muhammad Sobri Osman, KHTP kini telah menarik lebih daripada 21 pelabur. Perkembangan semasa menunjukkan semakin banyak syarikat multinasional termasuk dari Jepun, Amerika Syarikat, Jerman, Singapura dan Asia Barat menaruh keyakinan untuk melabur di KHTP.

Jelasnya lagi, pelaburan awal oleh syarikat LMA sebanyak RM35 million ini tidak akan disia-siakan oleh KHTP.

“Kerajaan negeri dan KHTP akan mempastikan mereka akan terus melabur tanpa ada rasa bimbang terhadap ekonomi di Negeri Kedah,” ujarnya.

Menurut Pengarah Urusan LMA International N.V, tujuan utama LMA melabur di Kedah ialah kerana tiada amalan rasuah, kestabilan politik, peluang perniagaan yang kukuh dan kemudahan infrasuktur yang memuaskan.

“Kedudukan Negeri Kedah yang berada di tempat kelima jumlah pelaburan yang terbanyak di Malaysia menyebabkan LMA berminat untuk melabur di sini,” katanya.

KHTP telah mengekalkan reputasi yang baik di peringkat antarabangsa sebagai satu taman teknologi terkemuka di dunia. Untuk tempoh fasa pertama daripada 1996 hingga 2008, KHTP telah berjaya menarik lebih daripada 21 pelabur yang terdiri daripada syarikat multinasional dan tempatan dengan jumlah pelaburan melebihi RM23 billion.

Oleh: NIK NURUL NADZIRAH NIK MD ZABARI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.