TAHNIAH: 92.55 peratus lulus penuh STPM 2009


KUALA LUMPUR 25 Feb. – Sebanyak 48,446 atau 92.55 peratus daripada 55,663 calon yang mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas lulus penuh dengan sekurang-kurangnya mencatatkan kelulusan satu mata pelajaran.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 4,316 calon lulus lima mata pelajaran, 29,670 lulus empat mata pelajaran), 9,797 lulus tiga mata pelajaran, 7,412 lulus dua mata pelajaran dan 6,251 lulus satu mata pelajaran.

Tambahnya, sebanyak 15 calon mencapai keputusan cemerlang iaitu memperolehi Gred A dalam lima mata pelajaran iaitu enam dalam aliran sains dan sembilan dalam aliran sastera berbanding 13 orang pada tahun 2008.

``Jumlah calon yang lulus lima dan empat mata pelajaran meningkat sebanyak 2,855 kepada 24,986 berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak 22,131 calon.

``Prestasi calon yang memperolehi keputusan yang baik iaitu Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 keatas ialah 35.93 peratus dengan 331 calon mendapat PNGK 4.00,’’ katanya.

Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkata demikian ketika mengumumkan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 di Majlis Peperiksaan Malaysia di sini hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.