YAKIN 100%: Masalah Air Kurang Akan Diatasi Segera


ALOR SETAR, 25 Februari 2010 - Berikutan cuaca panas teruk yang melanda negara pada ketika ini, Negeri Kedah telah mengalami masalah kekurangan air di beberapa buah daerah. Walaubagaimanapun, situasi ini akan kembali pulih apabila pihak kerajaan negeri bercadang untuk membina empangan kecil di 2 buah lokasi stesyen pam air iaitu di Sungai Jeniang dan di Pinang Tunggal, Sungai Muda. Musim kemarau yang disifatkan Menteri Besar Kedah sebagai luar biasa dengan suhu kini pada 36°c ini telah mengakibatkan paras air sungai di beberapa batang sungai telah menurun sehingga 3.1 Meter. Selain berpunca dari masalah kemarau, kebocoran paip juga merupakan punca berlakunya kekurangan air di beberapa kawasan dan perkara ini telah disampaikan kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) supaya menukar dan membaik pulih paip-paip saliran yang telah mencecah usia berpuluh-puluh tahun.

Dalam perkembangan lain, YAB Dato’ seri juga telah mengarahkan mahkamah untuk mengambil tindakan segera terhadap pemilik perumahan kerajaan negeri di beberapa kawasan yang enggan membayar balik pinjaman kepada pihak kerajaan. “Pihak kerajaan negeri kini perlu menanggung beban hutang sebanyak RM 27 juta kepada Kerajaan persekutuan akibat keengganan pemilik rumah membayar pinjaman.” beliau bercakap demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco semalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.