Kecoh & Gagal Serah Memo Pada Menteri : Kes Norizan



Kira-kira 30 pemimpin Pakatan Rakyat dan kumpulan NGO, gagal menyerahkan kepada menteri dalam negeri, memorandum berhubung pendedahan seorang wanita malang, Norizan Salleh yang mendakwa ditembak anggota keselamatan secara salah.

Mereka sampai ke pejabat KDN di Putrajaya pada kira-kira jam 11.30 pagi.

Kemudian, seorang pegawai yang berbaju batik turun menemui mereka di lobi bangunan itu untuk menerima memorandum tersebut bagi pihak menteri.

Bagaimaan berlaku sedikit kekecohan apabila peguam Norizan - N Surendran - dan wakil Pakatan, berkeras untuk menemui sendiri menteri atau timbalannya.

"Kalau kita bagi pada kamu, kamu tidak akan ambil tindakan. Kita mahu beri pada menteri," kata Surendran.

Pengarah komunikasi PKR, Lateefa Koya, pula berkata mengapa menteri masih tidak mengambil peluang tersebut untuk menemui mangsa, supaya beliau boleh melihat sendiri apa yang telah terjadi.

Norizan, 30, turut sama hadir pagi ini. Berikutan itu, Azmi pun beredar dari situ dan menaiki lif.

Norizan, sebelum ini dilaporkan mendakwa ditembak lima kali di bahagian dada dan tangan di sebuah lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR sebelum ini, Norizan dilaporkan mendakwa, akibat serangan tersebut, beliau cedera parah dan terlantar di hospital lebih dua minggu bawah pengawasan polis.

Beliau juga dilaporkan mendakwa terpaksa menanggung kos rawatan perubatan berjumlah hampir RM20,000.

Sementara itu, kira-kira 10 minit kemudian, kumpulan tersebut keluar dari bangunan KDN dan mengadakan sidang akhbar.

Ahli parlimen Kapar, S Manikavasangam berkata mereka akan menyerahkan memorandum itu kepada menteri berkenaan bila parlimen bersidang mulai 15 Mac ini.

"Di parlimen, dia tidak boleh lari," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.