Ada Video: Alhamdulillah - Isu Dan kemelut PAS Kedah Selesai... PAS Pusat Sudah Maklumkan Keputusan Kepada Datuk Phahrolrazi... Kepentingan Parti Asas Utama!!!


KUALA LUMPUR, 4 Mac: Pertemuan khas antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah malam tadi telah mencapai keputusan yang dijangka akan menyelesaikan kemelut kepimpinan yang berlaku di negeri itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) ketika dihubungi pagi ini berkata, keputusan yang dicapai malam tadi mengambil kira pelbagai pandangan yang dibincang.

"PAS sudah ada keputusan. Ia sangat mengambil kira pelbagai pandangan yang kita bincang.


"Kita akan umum keputusan tersebut secara rasmi dalam masa terdekat," katanya kepada Harakahdaily.

Malam tadi, pertemuan khas bagi mencari penyelesaian isu Kedah itu berlangsung lebih lima jam bermula sekitar jam 9.30 malam sehingga jam 3 pagi tadi di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon, Alor Setar.

Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah yang dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri.

Difahamkan pertemuan malam tadi itu dibahagikan kepada dua sesi iaitu pertama pertemuan empat mata antara Salahudin dengan Phahrolrazi, kemudian dengan Ustaz Azizan.

Ia kemudiannya disusuli dengan pertemuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Negeri yang dipengerusikan presiden parti sendiri.

Menurut Salahudin lagi, keputusan sebulat suara malam tadi itu juga dibuat dengan meletakkan kepentingan parti sebagai asas utama.

Malah katanya, keputusan itu juga telah dimaklumkan kepada Phahrolrazi.

"Keputusan itu telah kita sampaikan kepada Yb Phahrolrazi," ujarnya.

2 comments:

  1. "kepentingan parti asas utama"! masa bergelap dengan umno kepentingan siapa? gagal bertindak menyelesai masalah se awal menerima laporan salah siapa? sikap 'sitting on the ;aporan' dilihat menjadi amalan pas? ustaz mesti jaga ustaz la.. pas kan nak balik ke perjuangan asal sepertimana yang disarankan oleh pelesit hassan ali. ustaz sudah termotivasi oleh hassan ali. bila hassan ali sanjung dan puji ulama, puak ustaz2 kembang hidung. kalau cam nilah cara pas maju ke depan, 'abang' lah yang akan merasih keuntungan. maklumlah pas ni adik umno, so kena respek abanglah... adik abang ni lemak merdu dibibir ustaz2 pas...

    wallahu'alam

    ReplyDelete
  2. Amboi, sedapnye mulut hussin. Kenapa? MB Kedah tak berganti ke macam yang hang dok canang ka? Patutnya hang kena dilantik jadi AJK PAS Pusat. Kalau boleh lagi lantik jadi Mursyidul Am, paling koman pun boleh kut jadi Ketua Dewan Ulamak. Yang hang pi canang berita semalam pasai MB nak bertukaq pasai apa? Ada makna ka? Bukan ka ceghita 'bergelap' tu dah tutup buku, hang pi selongkaq balik buat apa? Ke hang je yang dah 'gelap hati'. Kalau gitu, hang sarung selipar, berambusss!!! Yang duk mesyuarat semalam bukan takat ustaz-ustaz ja, Abg Mad Sabu (yang hang duk angkat selalu tula..), Salehuddin, Dr Zul pun ada. Keputusan pun dah disebut sebulat suara. Kalau hang tak bulat jugak (macam bulan), hang pila cari jongkang jongket tu (dacing)..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.