Amat Berguna!!! Inilah Kaedah CEPAT Pengiraan Sifir Untuk Semua... Jom Sama-Sama Kita Beramal...

Sifir 9 menggunakan jari?? Biar betul….

Rasanya ramai sudah tahu mengenai kaedah menghafal sifir 9 menggunakan jari… Dari 1 darab 9 hinggalah 10 darab 9….Saya mula mengetahui kaedah ini ketika dalam darjah 3 dahulu… Cikgu saya mengajar cara mudah untuk menghafal sifir 9 ini…. Bagi yang tidak tahu, mari saya ajar….. pertama sekali, sediakan 10 jari… sebaik-baiknya jari tangan anda….kalau anda tengah makan sambil membaca entri ini, bolehlah pinjam guna jari emak,ayah, kakak, abang atau kawan anda hehehe….paling susah pun, guna jari kaki je heheh

Bila sudah ada 10 jari, label atau ingatkan nombor bagi setiap jari itu seperti dalam gambar di bawah

Bagi mendapatkan jawapan untuk sifir 9 ini, jari bagi nombor yang di darabkan dengan 9 akan di tutup… Contohnya 2 darab 9…Maka jari no 2 di tutup… Hasilnya akan di dapati…sebelah kiri jari di tutup, ada jari terbuka, manakala sebelah kanan jari tertutup itu ada 8 jari terbuka….maka jawapannya 18.


2 x 9 =18

contoh lain

1 x 9 = 9

3 x 9 =27

Nota kaki: Rasanya orang negeri Sembilan mesti tahu sifir 9 ni…=)

Mendarab nombor hingga sepuluh.

Hari ini kita akan cuba mempelajari cara mendarab nombor hingga sepuluh.. Anda faham apa maksudnya? Ia bermakna mendarab nombor satu digit dengan satu digit seperti 5 x 6, 7 x 8, 9 x 3 dan sebagainya asalkan nombor itu tidak lebih daripada sepuluh.

Kalau sebelum ini saya sudah tunjukkan cara mengetahui sifir 9 hanya dengan menggunakan jari. Kali ini anda akan tahu mengira sifir lain dengan lebih cepat. Cara ini saya pelajari daripada cikgu saya semasa sekolah rendah. Jadi apa salahnya saya berkongsi dengan anda.

Anda sudah bersedia?

Kita akan mula dengan mempelajari bagaimana untuk mendarab nombor sehingga 10 x 10.

Begini caranya:

Sebagai contoh, kita ambil 6 x 8 =


Sekarang, kita lihat nombor pertama iaitu 6, lagi berapa banyak di perlukan untuk 6 menjadi 10? Sudah tentu 4, jadi tulis 4 di bawah 6.


Dan seterusnya kita lihat nombor kedua iaitu 8, lakukan seperti tadi, lagi berapa banyak diperlukan untuk 8 menjadi 10? Sudah tentu 2, jadi tulis 2 di bawah 8.

Jadi hasilnya akan jadi begini:-


Sekarang tolakkanya secara pepenjuru (diagonally), pilih salah satu yang mudah ditolak sama ada 8 tolak 4 atau 6 tolak 2 kerana kedua-duanya akan menghasilkan jawapan yang sama iaitu 4. Ini akan menjadi digit pertama jawapan anda.

Sekarang darabkan kedua-dua nombor di barisan kedua (dalam kotak), iaitu 4 x 2 = 8, yang akan menjadi digit terakhir jawapan anda. Maka jawapan bagi 6 x 8 ialah 48

Nota kaki (i): Cuba teknik ini dengan nombor yang lain.


Nota kaki (ii): Jika anda sudah dapat memahami cara ini, anda akan mudah untuk mendarab dengan nombor yang lebih besar.



Mendarab nombor lebih besar daripada 10


Caranya sama sahaja…

Contohnya;
Kalau sebelum ini, kita lihat lagi berapa banyak diperlukan untuk sesuatu nombor itu menjadi 10? Tetapi bagi nombor yang lebih besar daripada 10, kita perlu lihat lagi berapa banyak diperlukan sesuatu nombor itu menjadi 100.
Sekarang, kita lihat nombor pertama iaitu 86, lagi berapa banyak di perlukan untuk 86 menjadi 100? Sudah tentu 14, jadi tulis 14 di bawah 86.

Dan seterusnya kita lihat nombor kedua iaitu 93, lakukan seperti tadi, lagi berapa banyak diperlukan untuk 93 menjadi 100? Sudah tentu 7, jadi tulis 7 di bawah 93.

Jadi hasilnya akan jadi begini:-

Sekarang tolakannya secara pepenjuru (diagonally), pilih salah satu yang mudah ditolak sama ada 93 tolak 14 atau 86 tolak 7 kerana kedua-duanya akan menghasilkan jawapan yang sama iaitu 79. Kalau saya diberi pilihan, saya akan pilih 86 tolak 7……kerana ia lebih mudah. Hasil tolakan ini akan menjadi bahagian pertama jawapan anda.

Sekarang darabkan kedua-dua nombor di barisan kedua (dalam kotak), iaitu 14 x 7 = 98, yang akan menjadi digit terakhir jawapan anda. Maka jawapan bagi 86 x 93 ialah 7998

|SUMBER: Kelas Moden

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.