KUALA LUMPUR 9 Julai – Polis tidak merancang untuk mengkaji semula saman ekor ekoran rungutan orang ramai mendakwa tidak menerima notis saman, yang kebanyakannya timbul akibat mereka tidak mengemas kini alamat masing-masing.
Ketua Trafik Persekutuan, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, polis menyediakan saluran mudah untuk pemeriksaan saman seperti khidmat pesanan ringkas (SMS 32728) atau akses internet (www.myeg.com.my).
"Bukankah sudah diberitahu, orang ramai yang sudah berpindah perlu beritahu pada kita atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai alamat baru itu dalam masa seminggu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Abdul Aziz mengulas mengenai rungutan pelaksanaan saman ekor menyusahkan orang ramai kerana tidak menerima notis saman.
Beliau berkata, tindakan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan itu bukan untuk menghukum tetapi bertujuan memberi pengajaran kepada mereka untuk lebih bertanggungjawab.
Kebanyakan saman dikeluarkan kerana memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat dan polis mempunyai bukti seperti rakaman gambar kesalahan sebelum mengeluarkan saman berkenaan.
Sejak Sept 2009, pihaknya telah mengeluarkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pengguna jalan raya dan tempoh notis juga memadai untuk pesalah membayar sama bagi mengelak daripada disenarai hitam. – Bernama
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan1 week ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
July
(467)
-
▼
Jul 09
(22)
- Polis tidak rancang kaji semula saman ekor - Ketua...
- KDN tubuh jawatankuasa pantau berita palsu
- 'Biasiswa khas' untuk aktivis pelajar OLeh Kerajaa...
- Kawasan Penemuan Baru Lembah Bujang Dicalon Tapak ...
- Tka Habis-Habis Najib Perlekeh Peneroka
- Harakah Jawab Surat Tunjuk Sebab KDN Petang Tadi
- PM, AG tak hadir Persidangan Antarabangsa Undang2 ...
- Surat terbuka DPPP kepada Tan Sri Aziz, Pengerusi SPR
- Bekas mufti Johor: Mufti Wilayah tidak wajar haram...
- Haram ESQ: Dr Asri ingatkan tentang Talibanisasi
- Mashitah Rasmi Mesyuarat Wanita UMNO Jerlun Ulas J...
- PAS Fokus Strategi Hadapi PRU-13 - Retreat 3 hari ...
- Saman RM480 Juta Firma Aeroangkasa Terhadap Kement...
- Kematangan Zahid Jawab Isu Scorpene Jadi Tandatanya
- Kenapa tidak boleh berkawan dengan RPK?.. Dari Per...
- Lima Tahun Dibunuh Baru Peguam Negara Mahu Tubuh I...
- MB Selangor Kekal Pengerusi Pakatan Selangor
- Pengadil Itali, Robert Rosetti buat keputusan kont...
- Karpal & TG Nik Aziz Boleh Tutup Mulut Sat Tak..??
- Adakah PRU 13 Pada Februari 2011? Nampak Gaya Kera...
- UMNO - PAS BERBINCANG, Inilah Jawapan buat Penulis...
- Luna Maya & Cut Tari Mohon Maaf Dalam Isu Video Lu...
-
▼
Jul 09
(22)
-
▼
July
(467)
KESIAN KAT ORANG KAMPONG KENA BAYAR SAMAN. PEGAWAI BESAQ TAK PA LA, NI, LEPAIH SUBUH PAKAT DOK PI MENYEMBAH POKOK GETAH DAH, NASIB TAK HUJAN, KALAU HUJAN, KENA BAYAQ SAMAN PULA, BAKI TINGGAI BERAPA DUIT, ALAMAT TAK MAKANLAH ANAK BINI DIRUMAH, ALAMAT TAK SEKOLAH LAH ANAK-ANAK. MACAM TU JUGA ORANG BUAT BENDANG, LA NI BENA PERANG DOK SERANG PADI, KENA BELI RACUN ULAT, SATU RELONG MAU RM350, LEPAIH TU KENA BAYAR SAMAN EKOR PULA, TIADA MAAF BAGI MUA RM300, BENA PERANG GELAK BESAQ, SEBAB PETANI TAK BOLEH BELI RACUN, BAYAQ SAMAN POLIS PULA. TEROPONG JANGAN TAK TEROPONG!
ReplyDeletesy rasa macam tak adil saman tuh dikenakan atas penama kereta... kerana tak semestinya orang yang memandu itu memandu kenderaannya sendiri. boleh jadi kenderaan pinjam atau curi.. so 4me ianya secara tidak langsung telah menginaya pihak yg tidak bersalah.
ReplyDelete