Luna Maya & Cut Tari Mohon Maaf Dalam Isu Video Lucah Areil Peterpan

DUA aktres yang disyaki terlibat dengan video lucah Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham iaitu Luna Maya dan Cut Tari akhirnya memohon maaf.

Namun mereka masih belum mengaku bahawa terlibat melakukan adegan biadab itu.

Sambil tersenyum, Luna tampil memberi kenyataan maaf dengan nada suara yang tersekat-sekat selepas tidak selesa dengan berita ke atas dirinya selama ini.

"Saya juga ingin minta maaf pada keluarga saya yang mungkin ... Emh ... ya intinya (kandungannya) saya benar-benar minta maaf pada semua ... Jadi ... emmm mudah-mudahan ...," kata Luna tanpa menjelaskan secara terus maksud kata-katanya itu.

Luna tidak mengiya mahupun menafikan bahawa dirinya merupakan bintang video porno tersebut.

Sementara Cut Tari juga mengaku resah dengan berita yang dilaporkan tentang dirinya lantas memohon maaf. Bekas peguam Insert itu bercakap sambil mengalirkan air mata.

"Assalamualaikum kepada Presiden Indonesia, Ketua Polis Indonesia, tokoh agama dan masyarakat, atas nama sendiri dan keluarga saya mohon berbanyak maaf atas pemberitaan baru-baru ini yang menimbulkan keresahan," kata Cut Tari disamping suaminya, Johanes Yusuf Subrata.

Sama seperti Luna, Cut Tari tidak membuat pengakuan berhubung wanita yang berada dalam video itu. Peguam Cut Tari iaitu Hotman Paris hutapea juga menegaskan anak guamnya tidak terlibat dalam video tersebut.

"Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan maaf tersebut bukan berkait dengan penyebaran video dan dia (Cut Tari) tidak tahu tentang video tersebut," kata Hotman.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.