Seorang pemimpin pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang pinjaman pendidikannya digantung kerana didakwa terbabit dengan pilihan raya kecil Hulu Selangor akan diberikan biasiswa khas.
Aktivis pelajar itu yang juga ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), berkata beliau menerima berita baik itu daripada kerajaan Selangor semalam.
"Saya gembira kerajaan negeri menawarkan biasiswa dan ia mengurangkan beban kewangan saya,” katanya.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum ini menggantung pinjaman Ahmad Shukri Kamaruddin's student loan bersama 1,500 lagi pemohon dari KUIS kerana didakwa terbabit dengan pilihan raya.
Ahmad Shukri bagaimanapun menafikan yang beliau berkempen tetapi hadir pada pilihan raya kecil itu atas kapasiti sendiri dan tidak menyokong mana-mana parti.
Mesyuarat dengan MB
Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata dia tidak mempunyai maklumat tambahan berhubung biasiswa itu.
"Saya percaya biasiswa itu hasil perjumpaan saya dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan exco pelajaran Dr Halimah Ali pada 23 Jun lalu berhubung pinjaman pelajaran saya,” kata Ahmad Shukri, yang berperanan aktif dalam politik kampusnya.
Beliau mengikuti kursus empat tahun bagi mendapatkan Ijazah Pengajian Islam (Syariah) dan mempunyai setahun lagi sebelum tamat pengajiannya.
Dekan Hael Ehwal Pelajar KUIS, Muhammad Subari Ramli berkata pihaknya tidak dimaklumkan berhubung biasiswa yang ditawarkan kepada Ahmad Shukri.
"Tetapi 1,500 permohonan baru sedang diproses oleh PTPTN dan tidak ada masalah berhubung perkara itu,” katanya.
Dilema Ahmad Shukri mendapat perhatian umum apabila Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) membawa masalah pelajar itu ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke -Sepuluh di Dewan Rakyat pada 17 Jun lalu.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan1 week ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
July
(467)
-
▼
Jul 09
(22)
- Polis tidak rancang kaji semula saman ekor - Ketua...
- KDN tubuh jawatankuasa pantau berita palsu
- 'Biasiswa khas' untuk aktivis pelajar OLeh Kerajaa...
- Kawasan Penemuan Baru Lembah Bujang Dicalon Tapak ...
- Tka Habis-Habis Najib Perlekeh Peneroka
- Harakah Jawab Surat Tunjuk Sebab KDN Petang Tadi
- PM, AG tak hadir Persidangan Antarabangsa Undang2 ...
- Surat terbuka DPPP kepada Tan Sri Aziz, Pengerusi SPR
- Bekas mufti Johor: Mufti Wilayah tidak wajar haram...
- Haram ESQ: Dr Asri ingatkan tentang Talibanisasi
- Mashitah Rasmi Mesyuarat Wanita UMNO Jerlun Ulas J...
- PAS Fokus Strategi Hadapi PRU-13 - Retreat 3 hari ...
- Saman RM480 Juta Firma Aeroangkasa Terhadap Kement...
- Kematangan Zahid Jawab Isu Scorpene Jadi Tandatanya
- Kenapa tidak boleh berkawan dengan RPK?.. Dari Per...
- Lima Tahun Dibunuh Baru Peguam Negara Mahu Tubuh I...
- MB Selangor Kekal Pengerusi Pakatan Selangor
- Pengadil Itali, Robert Rosetti buat keputusan kont...
- Karpal & TG Nik Aziz Boleh Tutup Mulut Sat Tak..??
- Adakah PRU 13 Pada Februari 2011? Nampak Gaya Kera...
- UMNO - PAS BERBINCANG, Inilah Jawapan buat Penulis...
- Luna Maya & Cut Tari Mohon Maaf Dalam Isu Video Lu...
-
▼
Jul 09
(22)
-
▼
July
(467)
0 comments:
Post a Comment