Siapa Yang Keterlaluan Memperjuangankan Kaum? Kenapa PM Najib Sibuk Sekarang??


PUTRAJAYA, 14 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil tindakan keterlaluan dalam memperjuangkan kepentingan mana-mana kaum di negara ini.

Perdana Menteri berkata mereka perlu melihat dalam konteks negara ini secara keseluruhannya yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama.

"Kita tidak boleh menyekat mana-mana pihak tetapi kita tidak hendak perbalahan berlaku yang menyebabkan sentimen perkauman itu menjadi-jadi dalam negara kita.

"Itu yang mesti kita bendung kerana saya mengajukan bahawa semangat 1Malaysia itu menjadi panduan kita," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulan, penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang 2009 dan Penganugerahan Pembaharuan Pensijilan 5S Perbendaharaan Malaysia di sini Rabu.

Najib diminta mengulas mengenai cadangan penubuhan "Perkasa Cina" oleh Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim untuk berdepan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak orang Melayu iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang diterajui Datuk Ibrahim Ali.

Ditanya mengenai cadangan supaya kuasa pendakwaan kes-kes rasuah diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Najib berkata perkara itu masih dalam kajian dan memerlukan pindaan Perlembagaan.

"Jadi, ada kekangan dalam hal itu sebab pada masa sekarang, kita (Barisan Nasional) tiada majoriti dua pertiga dalam Parlimen," katanya.

Diminta mengulas mengenai pendirian pakatan pembangkang yang bersetuju supaya kuasa pendakwaan itu diberikan kepada SPRM, Najib berkata: "Nanti kita timbang dan kaji."

Sebelum ini, Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah berpandangan kuasa untuk pendakwaan kes rasuah harus diletakkan di bawah Ketua Pesuruhjaya SPRM dan bukan di bawah Peguam Negara.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.