KPN: "Kita tengah siasat." Suara Keadilan

Akhbar rasmi PAS, Harakah, tiada masalah langsung dalam memberikan kerjasama kepada Kementerian Dalam Negeri, kata menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bagaimanapun, katanya, akhbar pembangkang lain yang mengalami masalah memperbaharui permit penerbitan seperti Suara Keadilan, sejak awal lagi bersikap sebaliknya.

"Suara Keadilan dari awal lagi dia dah umum nak terbit (tanpa permit)," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas menyampaikan anugerah kecermelangan kepada balai polis terpilih di Putrajaya, Hishammuddin berkata pihaknya bukan mengawal akhbar pembangkang semata-mata.

Akhbar BN juga disiasat

"Ia melibatkan 20 akhbar. Ada juga akhbar parti-parti komponen BN," katanya.

Tambahnya, status ke atas semua akhbar berkenaan bergantung juga kepada kerjasama yang diberikan kepada KDN.

Sehubungan itu, Hishammuddin berharap tiada pertimbangan politik dilibatkan dalam soal tersebut.

"Yang salah tetap salah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan pula memberitahu pihak polis sedang menyiasat Suara Keadilan di bawah akta penerbitan dan mesin cetak serta akta hasutan kerana menyiarkan surat sulit kerajaan.

"Dah mula (siasatan)," katanya ketika diminta menjelaskan status siasatan terhadap akhbar PKR itu.

"Kita tengah siasat."

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan pihak-pihak yang akan dipanggil memberikan keterangan kepada pihak polis.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.