Program Mesra Rakyat di Daerah Bandar Bharu Bersama MB Kedah


Semalam kami wakil rakyat dari Negeri Kedah telah berkampong di Serdang bersama-sama dengan YAB MB dalam program Mesra Rakyat di daerah Bandar Bharu, kawasan Baling selatan di Kedah sempadan Perak dan Pulau Pinang.

Program bermula dengan peresmian oleh MB serta penyerahan geran tanah kepada pemohon yang telah lama memohon disamping penyampaian skim kafalah kepada mereka yang telah kehilangan ahli keluarga didalam daerah tersebut.


Apa yang menariknya adalah skim yang mula diperkenalkan pada tahun ini telah menyumbangkan sebanyak RM 900 ribu setakat ini meliputi seluruh rakyat yang berpendapatan kurang dari RM 720 sebulan atau perkapita RM 180 ringgit sebulan.

Tahun ini sahaja kerajaan Kedah telah memperuntukan sebanyak RM4 juta untuk skim kafalah ini.

Selepas majlis peresmian, program lawatan ke penternakan ikan kelisa ( arowana) di Sungai Tengas bersama MB.

Cukup menarik mendengar penerangan dari pengusaha tersebut yang mendapat tunjuk ajar daripada Jabatan Pertanian, segala teknik dan cara memelihara ikan arowana ini memerlukan penjagaan rapi kerana harganya yang agak mahal bagi arowana gold ,tetapi agak mampu dibeli bagi arowana silver. Harga bagi Gold boleh mencecah RM 2000 seekor dan bagi Silver hanya belasan ringgit sahaja.

Mengikut kiraan beliau, anggaran perolehan bagi satu kolam untuk gold boleh mencecah sejuta ringgit, tetapi modal juga besar, mungkin mencapai RM 500 ribu satu kolam.

Di sebelah petang kami dibahagkan kepada 4 kelompok mengikut mukim dan masing-masing akan mengikuti program di kampong yang dipilih, selepas satu majlis dialog yang diadakan di Dewan Sri Serdang bagi kumpulan ana bersama YB Ustazah Aishah Ghazali (EXCO Kebajikan dan Pembangunan Wanita). Apa yang menarik diberitahu semalam adalah kerajaaan negeri telah menaikkan bantuan kebajikan kebada warga yang memerlukan sebanyak RM2 juta lagi pada tahun ini menjadikan jumlah semua ialah RM16 juta berbanding 14 juta pada tahun lepas di samping RM4 juta untuk skim kafalah menjadikan kesemuanya RM20 juta pada tahun 2010 ini.

Sebelum bertolak ke kampong melihat usahawan kecil dan sederhana, beliau sudi memberikan bantuan kepada warga daif didewan tersebut.

Antara yang kami lawati pada petang semalam adalah Noor Daq Farm and Trading dan Ala Flinstone kreatif, apa yang menariknya adalah mereka ini adalah usahawan muda Melayu.

- Dari Blog MP Pendang

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.