FDI Malaysia Pada Paras Terendah dam Tempoh 15 Tahun.. Apa PM Najib Dah Buat??

Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak pada tahun lalu.

Jumlah itu berkurangan RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion* yang diterima pada tahun 2008.

Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005.

Prestasi Malaysia juga dianggap memalukan jika dibandingkan dengan ekonomi Thailand dan Indonesia yang tidak mengecut dengan teruk di sebalik menerima tempiasan krisis kewangan dunia itu.

Thailand kehilangan RM14.24 bilion manakala Indonesia pula hanya berkurangan RM8.32 billion dalam FDI mereka, tahun lalu.

Paling buruk

Kejatuhan mendadak itu yang dikatakan paling buruk dalam 15 tahun menyaksikan jumlah terkumpul FDI yang mengalir keluar melebihi jumlah pelaburan yang diterima sebanyak RM3.21 bilion.

B

ercakap di ibupejabat PBB di Kuala Lumpur hari ini, pensyarah ekonomi Universiti Malaya Raja Rasiah berkata prestasi buruk Malaysia menimbulkan kebimbangan sama ada hasrat negara menjadi negara penduduk berpendapatan tinggi boleh dicapai.

"Malaysia bertuah kerana terletak di rantau kejiranan yang baik di kalangan negara-negara yang membangun. Tiga negara terbesar yang menerima FDI terbanyak terletak di Asia tetapi Malaysia gagal menduduki senarai 10 negara teratas,” katanya.

Adalah pelik bagi keadaan seumpama itu sedangkan Malaysia mempunyai dasar FDI yang khusus berbanding Taiwan yang tidak mempunyai polisi yang jelas mampu menduduki tangga kesepuluh.

Se
baliknya, Malaysia menyaksikan pencatatan pengeluaran FDI dan berada di senarai kelima di kalangan negara-negara di selatan, timur dan tenggara Asia.

"Bercakap kepada pengurus dana, saya mendapat tanggapan bahawa kita mempunyai sumber untuk melabur di dalam negara tetapi kekurangan pilihan yang bernas bagi berbuat demikian. Malah, pelabur tempatan mendapati pelaburan di Malaysia tidak menarik.

Halangan utama katanya, adalah kekurangan sumber tenaga manusia berkebolehan yang menyebabkan tahap pengeluaran di takuk yang rendah.

* Perangkaan diambil kira berdasarkan nilai 1 USD = 3.20650 MYR

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.