MP Shah Alam: 'Saya akan bangkit isu Umno-PAS Ahad ini'

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menjangka isu pertemuan pemimpin PAS dengan mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung soal kerjasaman dan perpaduan dengan Umno, akan dibangkitkan dalam majlis munaqasah PAS Selangor Ahad ini.

Majlis munaqasah atau perbincangan itu, diadakan oleh semua PAS negeri untuk membincangkan ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar lalu.

"Kalau tak ada orang bangkit, saya akan bangkitkan," kata Khalid ketika ditanya mengenai isu tersebut dalam satu sidang akhbar di pejabatnya pagi.

Semalam, ketika menulis dalam blognya, Khalid menggesa PAS bertindak tegas terhadap pemimpinnya yang mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak itu.

Sebelum ini, Harussani mendedahkan terdapat pemimpin Umno dan PAS yang menemuinya berhubung usaha mewujudkan kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu.

Setakat ini, isu pertemuan yang didedahkan Harussani itu masih menjadi misteri apabila mufti veteran itu memilih tutup mulut berhubung perkara itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.