Lintas Langsung Terus Dari Hulu Selangor : Hulu Selangor: Sudah 12 % Keluar Undi Satu Jam Pertama


HULU SELANGOR, 25 April — Kira-kira 12 peratus pemilih telah keluar mengundi dalam tempoh satu jam pertama dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Ia bersamaan dengan 7,891 pengundi.

Bahagian Hulu Selangor mengandungi 64,500 pemilih layak mengundi.

“Proses pengundian berjalan lancar dengan kesemua 136 saluran dibuka serentak pukul 8 pagi tadi,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar kepada The Malaysian Insider.

Berita Sebelum...

Jumlah pengundi: 64,500 - Melayu (34,020 - 52.7%), Cina (16,964 - 26.3%), India (12,453 - 19.3%), Orang Asli (1,000). [Klik 'Refresh' atau 'Reload' untuk mendapat maklumat terkini]

------------------------------------------------------------------------
Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor bermula pagi ini sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka jam 8 pagi ini

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tiba di kawasan majoriti pengundi Cina di Baru Kelompang. Penyokong Pakatan di hadapan 'pondok panas' MCA mengusik beliau sambil melaungkan "Dato, marilah sini ambil gambar."

Chua hanya tersenyum dan melambai tangannya. Katanya, beliau yakin BN akan menang. "Saya yakin BN akan menang, tapi dari segi peratus tak tau."

Beliau mengaku bahawa strategi kempen MCA yang hanya ditumpukan kepada isu kampung baru dan pembangunan setempatan, tidak mampu menarik sokongan pengundi muda Cina dan pengundi yang tinggal di luar kawasan itu.

9.42pagi: Penyokong BN di Rasa, Kuala Kubu Bahru (kawasan majoriti pengundi Cina) lebih ramai daripada penyokong Pakatan. Mereka kelihatan 'mengejek' kenderaan yang membawa bendera PKR. Ada sesetengahnya cuba menutup tingkap kenderaan yang bergerak perlahan itu dengan bendera BN.

Penyokong kedua belah pihak yang berjumlah sekitar 70 orang, hampir bergaduh apabila seorang yang memprotes pembinaan menara TNB di Rawang naik angin dan mahu berdepan dengan penyokong di sebelah BN. Bagaimanapun anggota polis berjaya menenangkan keadaan.

Penyokong Pakatan melaungkan "Reformasi" manakala penyokong BN menjawab "Sudah Basi".

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat 'pondok panas' BN di kawasan majoriti Melayu di Sungai Buaya. Kelihatan sekitar 100 penyokong BN dan Pakatan berdiri di kiri kanan jalan mencari undi bagi calon masing-masing.

9.24pagi: BN sediakan 'pondok panas' di sebuah rumah berhadapn dengan pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan KKB,kawasan majoriti Melayu. Tiada kelihatan 'pondok panas' PKR di situ.

9.10pagi: Calon BN P Kamalanathan beredar dari pusat mengundi Sungai Choh untuk meninjau pusat mengundi yang lain. Beliau menyifatkan sambutan para penugndi sebagai 'fantastik'.

Agak ramai pengundi yang beratur untuk membuang undi, sebahagian besarnya wanita dan warga emas. Kelihatan kira-kira 20 penyokong BN dan Pakatan berdiri di kedua belah jalan, sambil memujuk pengundi yang lalu lalang di situ supaya mengundi calon mereka.

Beberapa kenderaan yang lalu di situ membunyikan hon masing-masing sebagai tanda sokongan.

8.42pagi: Di Kuala Kubu Bahru, walaupun SPR telah memberi amaran semalam, namun PKR telah menyediakan tempat untuk pengundi menyemak pusat mereka mengundi.

Tetapi petugas yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr Siaw berkata SPR, yang turut menyediakan tempat yang sama, telah mengarahkan mereka supaya menutupnya.

Sementara itu,

Pusat pengundian tersebut menyediakan 136 saluran di 47 sekolah dan dewan masyarakat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelia proses pengundian hari ini, dengan diketuai oleh pegawai pengurus pilihan raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan. Parlimen Hulu Selangor mempunyai seramai 63,701 pengundi.

Nor Hisham yang juga pegawai daerah Hulu Selangor menasihatkan mereka supaya datang ke pusat mengundi awal kerana tengah hari dijangka hujan.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandingnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia bulan lalu akibat barah otak.

Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara ketua penerangan MIC P.Kamalanathan dari BN dan bekas ahli parlimen Kota Bharu Datuk Zaid

Polis pula menggerakkan lebih 1,000 petugas dan beberapa helikopter bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.

Proses mengundi akan tamat jam 5 petang dan semua undi itu kemudiannya akan dikumpulkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hulu Selangor.

Keputusan pengundian dijangka paling awal dapat diketahui sekitar jam 9.30 malam.




Proses mengundi PRK Parlimen Hulu Selangor bermula

HULU SELANGOR 25 April - Proses mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor bermula pagi ini sebaik sahaja pusat-pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi ini.

Sejumlah 48 pusat mengundi yang ditempatkan di 47 sekolah dan dewan masyarakat yang menyediakan 136 saluran mengundi mula dibuka untuk pengundi pagi ini, dengan diselia oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia diketuai oleh pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan yang merupakan Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Seramai 63,701 pengundi dijangka mengundi hari ini untuk memilih Anggota Parlimen baru kawasan itu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meninggal dunia pada bulan Mac lalu.

SPR menjangka kira-kira 80 peratus pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada PRK ini dan beliau menasihatkan mereka supaya datang ke pusat mengundi awal kerana tengah hari dijangka hujan.

Polis menggerakkan lebih 1,000 petugas dan beberapa helikopter bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.

Di beberapa pusat mengundi kelihatan para pengundi sudah mulai beratur sebelum pusat mengundi dibuka lagi, seakan-akan tidak sabar untuk memilih antara ketua penerangan MIC P. Kamalanathan, 44, dari Barisan Nasional (BN) dan bekas Anggota Parlimen Kota Baharu Datuk Zaid Ibrahim, 59, dari PKR; untuk mewakili mereka di Parlimen nanti.

Proses mengundi akan tamat pada pukul 5 petang, diikuti dengan proses menghitung undi di semua pusat mengundi.

Semua undi itu kemudiannya akan dikumpulkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hulu Selangor di sini, dan paling awal keputusan dijangka dapat diketahui ialah pukul 9.30 malam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.