Keputusan Rasmi : BN menang majoriti 1725 Undi... Tahniah BN.. Nanti Kita Berjumpa Lagi..



Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

KUALA KUBU BARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor kali ini adalah permulaan yang baikkepada parti itu untuk merampas semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, kemenangan itu membawa erti yang besar kepada BN kerana ia menunjukkan berlakunya peralihan sokongan kepada parti itu.

"Sudah berlaku peralihan (sokongan) kepada BN kerana (majoriti) menghampiri 2,000.

"Ini merupakan satu sokongan yang sangat besar ertinya kerana kita bertanding di negeri yang dikuasai pembangkang, tak seperti pada 2008, kita bertanding di negeri yang kita kuasai," katanya dalam sidang media selepas pengumuman keputusan bagi pilihan raya berkenaan di sinimalam ini.

Pada pilihan raya kecil ini, calon BN, P. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Kamalanathan memperoleh 24,997 undi manakala Zaid mendapat 23,272 undi.

Selain itu Najib berkata, pada pilihan raya ini ia memperlihatkan perubahan sokongan yang baik kepada BN.

"Saya percaya telah berlaku perubahan, saya percaya ada perubahan...tapi belum sepenuhnya," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kekalahan BN di majoriti kawasan pengundi Cina, Najib berkata: "Kita akan buat analisa tentangkeputusan ini, saya tak mahu buat kesimpulan terlalu cepat sebab kitakena kaji perkara ini dengan mendalam.

"Walaupun kita kalah di kawasan pengundi Cina, tapi berdasarkan kepada keputusan, ini adalah permulaan yang baik," katanya.

Najib turut mengucapkan terima kasih kepada semua jentera BN yang diketuai Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas kerja keras selama ini.

Najib juga berkata, BN akan memastikan segala janji kepada pendudukHulu Selangor akan ditunaikan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.