Itulah BN, Nak Tolong Rakyat Bersebab... Kenapa Ler Hampa Janji di Waktu Ini,Padahal Boleh Janji Waktu Lain??...

Projek Lebuh Raya Bertingkat Bukan Projek Khas Pilihan Raya - Shaziman


BUKIT BERUNTUNG: Kementerian Kerja Rakyat menyifatkan pembinaan projek pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya di Lebuh Raya Utara-Selatan yang menelan belanja kira-kira RM85 juta, adalah projek lazim bagi kerajaan dalam usaha menyediakan kemudahan asas kepada rakyat.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor, bagaimanapun menolak dakwaan pihak tertentu yang mendakwa pembinaan persimpangan bertingkat itu sebagai 'projek khas' bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Sebaliknya beliau berkata, projek itu sememangnya sudah dirancang kerajaan sejak dari dulu lagi termasuk dengan pembinaan persimpangan bertingkat di Alur Pongsu dan Bukit Gambir.

"Jika ada orang kata persimpangan bertingkat ini adalah penipuan daripada kerajaan, bagaimana dengan persimpangan bertingkat di Alur Pongsu dan Bukit Gambir yang hari ini ia sudah ditender dan ini menunjukkan sudah menjadi perkara lazim untuk kerajaan melakukan pembangunan secara terancang.

"Bagi kementerian saya dari segi projek persimpangan bertingkat ini, ia bukan perkara istimewa ataupun khas untuk Hulu Selangor. Ini perkara lazim yang kementerian kami lakukan, tradisi kerajaan membangunkan infrastruktur dibawah kawal selia kementerian ini," katanya selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna kepada kanak-kanak di Sungai Buaya di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan perkara itu yang sememangnya dinantikan oleh kira-kira 5,000 penduduk Bandar Sungai Buaya dan hampir 20,000 penduduk sekitarnya apabila yang sememangnya mengharapkan kemudahan itu.

Pembinaan persimpangan bertingkat itu kata Perdana Menteri, bukti kerajaan Barisan komited mengatasi masalah rakyat terutama di kawasan berkenaan selaras dengan slogan 'rakyat didahulukan'.

Shaziman berkata, beliau yakin dan akan memastikan projek berkenaan dapat disiapkan mengikut jadul yang ditetap. Syarikat yang akan melaksanakan projek berkenaan tersenari di Bursa Saham dan mempunyai keupayaan mencukupi.

Katanya, difahamkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sedang mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi termasuk pejabat daerah dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) bagi proses pengambilalihan tanah.

"Ini lazimnya memerlukan 20 hingga 25 hektar tanah untuk diambil alih dan sebenrnya sebab itu hari ini kita melihat kerajaan negeri pun tidak menafikan perkara ini... realitinya dia tahu LLM sudah berbincang dengan pejabat daerah dan UPEN. Jadi bagaimana hendak katakan ini projek tidak betul.

"Saya mengharapkan kerajaan negeri... berhubung perkara pengambil alihan tanah ini, jangan melengah-lengahkan perkara ini kerana tujuan kesejahteraan rakyat. Beri kerjasama sebaik mungkin kepada LLM dan kerajaan pusat supaya projek ini dapat dilaksanakan dengan cepat itu saya minta," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.