Jom Telusuri Pelbagai Kepincangan Dalam YBK... Sapa Nak Jawab


Laporan audit ke atas dana dan aset Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menunjukkan pelbagai kepincangan di samping penguasaan keluarga Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Sakom sebagai pemegang amanah yayasan itu.

Menurut laporan itu, tanah milik YBK didapati telah digunakan oleh badan itu untuk membangunkan projek komersil atas tanah untuk orang miskin serta mencagarkan tanah-tanah lain kepada pihak ketiga serta tidak membayar cukai tanah.

Laporan itu juga mendapati Zainal Abidin yang juga bekas ADUN Batang Kali, menjadi pengerusi YBK sejak badan itu ditubuhkan pada 1990 dan isteri beliau, Hartini Osman menjadi pemegang amanah YBK.

Zainal turut menjadi ahli lembaga pengarah permodalan YBK Sdn Bhd selain mempunyai kepentingan dalam syarikat yang berurusan dengan YBK.

Fail-fail diambil oleh SPRM

Lebih mengejutkan laporan itu mendedahkan juru audit kerajaan tidak
dapat menyiasat status projek tertentu di Hulu Selangor kerana fail-fail berkaitan sudah diambil terlebih dahulu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

6. Menurut Selangorkini, semakan audit mendapati:

16 lot tanah YBK digadaikan kepada individu dan syarikat untuk berjuta-juta ringgit. PYBK terbabit dalam lima cagaran itu membabitkan RM102 juta. Ia tersasar dari tujuan asal untuk membasmi kemiskinan.

Cagaran itu menyebabkan tanah yang sepatutnya dibangunkan untuk membantu orang miskin beralih ke tangan pihak ketiga.

YBK dan anak syarikatnya diberikan hampir 2,000 ekar tanah dan tidak membayar tunggakan cukai tanah berjumlah RM7.36 juta kepada kerajaan negeri.

Dalam pada itu sumber-sumber memberitahu YBK menjalin kerjasama dengan tujuh syarikat termasuk empat anak syarikat – PYBK Usahasama, PYBK Resort and SPa, Servecare dan Serendah Height Sdn Bhd yang ditubuhkan dengan modal berbayar RM2 dan RM3.
YBK dan anak syarikatnya yang dianugerahkan 1,977.428 ekar tanah dibeberapa daerah tidak menjelaskan cukai tanah berjumlah RM7.36 juta.

Tiada bayaran atau laporan terhadap tanah yang dikurniakan di Serendah sejak 13 tahun lalu.

Projek penempatan rakyat termiskin daerah Gombak dibatal dan digantikan dengan pembangunan bercampur melibatkan pembinaan 410 unit rumah kedai dan pangsapuri.
YBK tidak pernah memohon secara rasmi membina universiti daripada mana-mana agensi kerajaan yang terlibat.
Laporan kewangan YBK di laman webnya tidak memperincikan aktiviti syarikat subsidiari seperti cagaran tanah.

Ada rumah-rumah projek perumahan rakyat termiskin diduduki bukan golongan miskin.
Zainal mempunyai saham dalam syarikat PYBK Usahasama Prihatin Ehsan, PYBK Usahasama, Servecare dan Serendah Sdn Bhd yang menjalankan projek-projek YBK.

Apabila pasukan audit dalaman cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai aset YBK di pejabat Tanah Hulu Selangor mereka diberitahu fail berkaitan sudah tiada lagi dalam simpanan.

Pegawai pejabat berkenaan melaporkan fail-fail berhubung urusan tanah YBK telah diambil oleh SPRM yang dikatakan juga sedang menyiasat kes yang sama.
Dalam pada itu sumber-sumber kerajaan negeri memberitahu akaun YBK tidak telus dan tersasar dari perlembagaan YBK.
Contohnya, undang-undang tubuh YBK mensyaratkan badan itu harus membelanjakan 70 peratus pendapatan untuk melaksanakan projek membantu orang miskin tetapi ini tidak dilakukan.

Pada 1996, hanya 15 peratus daripada pendapatan RM23 juta dibelanjakan untuk projek.
Pada tahun 2007, YBK mempunyai aset atau harta bernilai RM20 juta. Ini juga tidak dimanfaatkan mengikut garis panduan YBK untuk membantu golongan miskin.
Penyata kewangan YBK 2008 tidak telus

Laporan audit juga mendapati penyata kewangan 2008 yang disiarkan dalam laman YBK tidak telus, tidak mempunyai pecahan atau nota terperinci sebagaimana seharusnya.
Kerajaan negeri Selangor mengarahkan siasatan audit ini diadakan selepas YBK enggan bersikap telus dan menolak keperluan menteri besar dan barisan exco mengambil peranan langsung dalam menguruskan YBK.

Ini untuk memastikan segala sumbangan kerajaan negeri dimanfaatkan sepenuhnya untuk golongan miskin dan tidak dibolot oleh pemimpin tertentu.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji laporan audit berkenaan dan mengatur langkah untuk memastikan tiada lagi penyelewengan atas tanah-tanah yang disumbangkan kepada yayasan tertentu untuk tujuan amal.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.