55 ahli Umno Bahagian Alor Setar Menyertai PAS : Serah Borang Kepada Ustaz Idris


Alor Mengkudu, 24 April: 55 ahli Umno bahagian Alor Setar isytihar keluar Umno untuk menyertai PAS dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Alor Mengkudu.

Penyerahan borang diakukan oleh Encik Zainal Abdul Rahman, 55, Timbalan Ketua Umno Cawangan Alor Keriang yang juga adalah bekas AJK Pemuda Umno Bahagian Pokok Sena. Borang kepada Encik Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat.

Zainal menjelaskan, antara sebab beliau keluar Umno dan sertai PAS adalah kerana merasa kesal dengan sikap pemimpin Umno yang gemar memperbodoh-bodohkan rakyat.

“Mereka kononnya memperjuangkan rakyat tetapi sebenarnya memperjuangkan kedudukan diri mereka semata-mata, rakyat terbanyak tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

“Hari ini rakyat makin hari makin susah akibat kenaikan kos sara hidup dan peningkatan pelbagai cukai yang dikenakan kepada rakyat,” ujarnya.


Menurut Zainal, jika Umno terus diberi mandat maka negara akan hancur kerana mereka tidak bertanggungjawab terhadap masa depan rakyat Malaysia.

Sementara itu, ADUN Alor Mengkudu, Dr. Ismail Salleh sewaktu berucap di majlis tersebut telah membongkar habis-habisan salah laku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah yang disifatkannya sebagai ‘Karam Singh Walia Kedah’.

“Dia turun bukan ikhlas untuk menyelesaikan masalah rakyat, tetapi turun dengan tv, radio dan akhbar yang mereka kuasai untuk menonjolkan kononnya dialah hero menyelesaikan masalah rakyat dan memburukkan saya seolah-olah saya wakil rakyat yang tidak bertanggung jawab,” ujar Dr. Ismail.


Beliau turut mendedahkan bagaimana Bashah selaku pengerusi Keda telah bertindak zalim terhadap penduduk di Kampung Berjaya. Setelah pihak Keda meluluskan peruntukan membina rumah, tuan rumah merobohkan rumah lama untuk di bina rumah baru.

“Apabila kontraktor menghantar batu-bata untuk memulakan kerja Bashah telah menyekat, kerana kononnya kerana pemohon itu orang PAS.

“Kalau tak mau buat dari awal tak payah suruh dia roboh rumah asal, sekarang dia sudah tiada rumah menumpang di rumah bapanya, tiba-tiba cadangan buat rumah disekat. Ini tindakan zalim,” tegasnya.

Majlis penyerahan borang menyertai PAS dari bekas ahli Umno ini adalah yang kedua dalam masa terdekat di kawasan Alor Setar, di mana pada 18 Mac lalu seramai 65 ahli Umno Taman Wira Mergong isytihar keluar parti untuk sertai PAS.

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.