Protes: Harus Fokus Kumpulan Rakyat Mangsa Barang Naik (Mangsa BN)

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) yang akan bermesyuarat esok dicadangkan agar memberi fokus bantahan isu kenaikan harga barangan keperluan kepada menjaga hal ehwal golongan yang menjadi mangsa.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat (gambar)berkata, Protes tidak perlu memfokuskan kepada bantahan kenaikan harga minyak sahaja kerana mana-mana kerajaan yang memerintah negara ini, tiada jaminan minyak tidak akan dinaikkan.

“Mungkin Protes itu sendiri perlu di
rebranding dengan nama baru iaitu Kumpulan Rakyat Mangsa Barang Naik (Mangsa BN),” ujarnya dalam blognya, http://www.kentong-suhaizan.blogspot.com/.

Beliau berkata, antara contoh tuntutannya adalah mendesak pihak kerajaan memberi subsidi RM500 sebulan terus kepada golongan keluarga berpendapatan rendah.

Tambahnya, formula menentukan mereka yang layak dan mekanisma pemberian perlu dirangka oleh pihak kerajaan.

“Keduanya, menghentikan subsidi kepada Penjanakuasa Elektrik Persendirian (IPP). Ketiganya, sebagai simbol penjimatan maka gaji semua menteri dipotong 20%,” ujarnya.

Keempat, tambahnya menambah peruntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang membiayai fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim dan kelimanya menghapuskan rasuah sepenuhnya.

“Semoga altenatif ini boleh membantu mereka yang memerlukan dan bantahan ini mendapat sokongan semua pihak dalam negara kita,” ujarnya.

Mengenai kenaikan harga barang 5 dalam 1, katanya ia dijangka akan menyebabkan kenaikan harga keperluan harian rakyat walaupun kerajaan beria-ria menafikannya.

Katanya, kalau enjin jet pejuang dalam kawalan Kementerian Pertahanan pun pun boleh hilang, apalah yang boleh diharapkan dengan kawalan kerajaan terhadap kenaikan harga barangan keperluan harian yang bakal naik.

“Enjin jet itu besar, terkawal, kuantiti tidak banyak pun hilang. Barangan keperluan harian ini banyak, kecil saiznya dan tidak ada tentera yang mengawalnya, bagaimana kerajaan boleh yakin ia boleh di kawal.

“Saya penuh yakin kerajaan tidak mampu mengawalnya,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.