Mengapa Menteri Pilih Dialog Untuk Selesai Isu Felda

Isu Felda disaran dibincangkan secara dialog daripada mengadakan debat terbuka yang dicadangkan oleh presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata pendekatan dialog adalah lebih efektif daripada meraih publisiti menerusi debat yang berlangsung beberapa jam sahaja.

"Berbanding debat yang paling lama pun boleh buat dalam dua jam, kalau dialog dua hari pun tak mengapa. Macam-macam perkara boleh dibincangkan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ahmad, yang juga ketua penerangan Umno, melihat perdebatan hanya sebagai satu usaha untuk meraih publisiti, bukan untuk mencari jalan penyelesaian kepada isu yang dibangkitkan oleh ANAK.

"Ia hanya sebagai satu bentuk publisiti dan masalah takkan selesai dengan cara sebegini," kata ketua penerangan Umno itu.

Beliau kemudian menyerahkan surat jemputan dialog itu kepada Mazlan yang hadir sama dan turut menyerahkan pula surat jemputan debatnya kepada Ahmad.

Ma
zlan yang merupakan anggota jawatankuasa PAS pusat berkata beliau tetap mahu mengadakan debat tersebut di saluran televisyen tempatan dengan harapan rakyat dapat menjadi hakim kepada perdebatan tersebut.

Kedua-dua mereka membayangkan supaya pertemuan mereka itu diadakan sebelum Ramadan ini.

- Bernama

2 comments:

  1. kahkahkah...
    aku nak gelak besar nih...
    kahkahkah...
    jangan berdialog la...
    berdebat lagi bagus...
    kalu takut bawak keris...
    tak pun c4...

    ReplyDelete
  2. Bukan tak tau menteri umno, dia melalak dalam surat khabar dan tv saja, tapi berdepan lari malam, sebab, teloq SUKU BIJI SAJA, otak pun tinggal suku juga, sebab tu dia nak dialog, kut-kut senang nak sumbat kat puak-puak anak. dia ingat anak tu orang boleh buat sekupang dua kut, minta maap lah mat mazlan oi, budak-budak la ni, calang-calang najib pun lari malam. pakat-pakat muhasabah lah diri wahai menteri umno yang dah buat duit tiap-tiap orang juta-juta ringgit. kena ingat orang kampong la ni dah ceredek oi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.