KUALA LUMPUR 8 Julai - Malaysia kemungkinan berdepan dengan kemelesetan ekonomi berganda sekiranya keadaan ini berlaku di negara-negara Eropah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau yang baru pulang dari lawatan ke England berkata, bahawa terdapat tanda-tanda akan berlakunya kemelesetan ekonomi berganda di negara-negara Eropah dan perkara ini secara tidak lansung akan mempengaruhi keadaan ekonomi negara.
"Saya baru balik (dari England). Di Eropah (kemelesetan ekonomi berganda) akan berlaku. Kalau jadi di sana, kita pun mungkin berjangkit jugalah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Kontrak antara Iris Corporation Bhd. dan Koperasi Atlet Malaysia Bhd. di sini hari ini.
Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan ramai ahli ekonomi dan penganalisis bahawa akan berlaku kemelesetan ekonomi global berganda pada separuh kedua tahun ini dan sama ada ekonomi Malaysia akan menerima nasib yang sama.
Walau pun pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai pelan ekonomi dan langkah-langkah yang progresif termasuk Model Baru Ekonomi (MBE), beliau berkata, adalah sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan kerana apa juga yang berlaku di luar negara, tempiasnya akan terkena juga pada Malaysia.
"Kerajaan telah melakukan pelbagai langkah tetapi kita tak boleh meramalkan (apa yang akan berlaku pada masa akan datang) kerana apa yang berlaku di luar turut mempengaruhi kita," katanya.
- Bernama
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan1 week ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
July
(467)
-
▼
Jul 08
(24)
- Exco Pahang Dirompak Wang Tunai RM300,000, Banyakn...
- Undi pos: Pemuda PAS sambut syor baru SPR, tapi sa...
- Kenyataan "Malaysia bankrap" untungkan PR, kata To...
- Alhamdulillah, Empat Beranak Terselamat, Pokok Tu...
- Mangsa Tembakan Polis di Johor Tuntut Keadilan
- Nampaknya Bukan Setakat Felda Sahaja Bangkrap, Mal...
- Mengapa Menteri Pilih Dialog Untuk Selesai Isu Felda
- Judi sukan, Nampaknya Pegawai Kerajaan Dipersalahk...
- Isu Felda: Timbalan Menteri, Pemimpin PAS ‘Berdeba...
- Nampaknya Nasib Harakah Akan Sama Seperti Suara Ke...
- Harakah 'hairan', minta penjelasan balas KDN... Na...
- PAS, PKR, kariah tidak terlibat demonstrasi esok
- Program Jelajah Anjuran UMNO Selangor Bakal disert...
- Lawyer Zul Yang Terus Busuk
- Usul 'Deepak, Rosmah taja Bala' Ditolak Parlimen.....
- Alat Kelamin Penyanyi Ariel Diperiksa Polis
- Setelah 100 Hari Pemergian Din Beramboi...
- Tindakan Polis Buru Raja Petra Dikecam Pakatan Rakyat
- PKR: Suara Keadilan Tetap Dicetak, Mungkin Lewat D...
- Sekitar Demo RUM: Kesatuan desak presiden KTMB ber...
- Ada Sebab Kenapa Polis Tidak Mahu Tangkap Raja Petra
- Ramalanku Benar Belaka: Jerman Tewas 1-0 Kepada Se...
- KM Melaka Bagi Arahan Supaya Operasi Cegah Pelacur...
- Kes Altantunya: Benarkah Razak Baginda tak Bersala...
-
▼
Jul 08
(24)
-
▼
July
(467)
0 comments:
Post a Comment